CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabri Yunus Tak Terlalu Paksa Angeline Tan Solat "Biar Dia Ambil Masa"

24-10-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5140| Komen: 54

Walaupun dilanda kontroversi, Sabri Yunus, 62, bersyukur perkahwinannya dan isteri juga pelakon, Angeline Tan, 56, yang baru dua minggu terus  menerima doa-doa baik daripada ramai.

"Alhamdulillah anak-anak, keluarga saya dan dia (Angeline) serta semua rakyat Malaysia terus mendoakan baik-baik untuk kebahagiaan kami. Semuanya menerima dan menyokong.


"Saya pun pernah cakap pada dia (Angeline) beberapa tahun dulu, kalau kita berdua kahwin nanti seluruh rakyat Malaysia, suka.

Foto: Harian Metro

Alhamdullillah, syukur doa itu diperkenankan," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas penghijrahan isterinya, Sabri berkata, Angeline kini masih dalam fasa mengenali serta memahami Islam dan dia sebagai suami, memilih untuk tidak mahu terlalu memaksa. 

"Saya secara mudah, sebelum dia memeluk Islam sudah memberi tempoh tiga tahun untuk dia mengenali dan memahami Islam. Kemudian, baru dia 'convert' dan kami berkahwin.


"Jadi, saya tak harap dia buat semua perubahan dalam masa singkat, macam misalnya bangun pagi esok kena sembahyang. Biarlah dia mengambil masa untuk memahami Islam lebih dulu.

"Alhamdulillah, dia (Angeline) dah semakin faham mengenai Islam. Kalau dia tak memahami, mungkin isu sebelum ini (berkaitan perkahwinan) boleh menghancurkan keluarga kami yang baru dibina ini," katanya.

Terdahulu, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Dalam masa sama, Sabri mendedahkan ahli agamawan itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perselisihan pendapat.

Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis, pada 14 Oktober lalu dan Angeline pula memeluk Islam pada 26 September lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 24-10-2023 10:52 AM
Edited by Thunderclouds at 24-10-2023 10:53 AM

Patot xyah bg stetmen gini.
Abes la kna tarbiyah ngn nitizen sangkak life sendri tonggang tbalik.
Isley mulayu ni lain mcm sikit.
Menipu ka... Mcuri ka.. Hapa ka.. Pangai mcm org tadak iman ka akan dimaafkn kalo katup aurat & xtinggai solat.
Yg depa paham dh islam tu wajib solat walau pangai mcm haram jadah.
Bini mualaf alip ba ta br² nk kenai blakang kira.
Abe yi somi gagal katanyehhhh
Quote ketambangkang 24-10-2023 11:00 AM
asal tgk muka dorg je mesti teringat lucy & che we
Quote taji2906 24-10-2023 11:07 AM
Edited by taji2906 at 24-10-2023 11:08 AM

kawan aku laki mualaf. masa mula convert, dia cakap dia tak tau baca masa solat. tapi dia paksa diri jugak belajar dan solat. masa mula2 dia tau baca niat dalam bahasa melayu, bismillah. tu je. kemudian dia dapat baca fatihah je. lain2 dia tak tau. tapi tetap dia buat solat tu. amik masa setahun jugak la untuk dia tau baca dengan hafal surah lazim. sikit2 dia belajar

sekarang, aku rasa iman dia lebih baik. pernah dia ajak jamak dan aku buat2 tak tau macamne jamak tu. saja nak test dia. pastu dia boleh terangkan semua dan siap offer jadi imam. Alhamdulillah
Quote talapia 24-10-2023 11:27 AM
taji2906 replied at 24-10-2023 11:07 AM
kawan aku laki mualaf. masa mula convert, dia cakap dia tak tau baca masa solat. tapi dia paksa diri ...

alhamdulillah...

seronok dengar kisah camni...
sepenuh hati dia belajar kan..
kita yg lahir2 islam pon kadang x mampu nk belajar sepenuh hati..
belajar mengaji masa kecik.. sekolah..
dah tua2 ni harap solat aje.. mengaji pon x semua dapat buat.

aku terbayangkan kalau muallaf yg dari 0 kan..
takkan nak expect arini shahadah... esok pagi bangun baca qunut pulak.
so berdikit2 la.. mungkin pada awalnya dia bole praktis more to menghormati n biasakan diri dengan rutin solat.
mcm budak2 baru belajar solat.. awal2 hanya mengikut kita solat aje.. tanpa bacaan.
nak sebut Allah pon kemain susah nk tergeliat lidah..
so kita support je la.. doakan yg baik2 untuk semua
Quote taji2906 24-10-2023 11:49 AM
talapia replied at 24-10-2023 11:27 AM
alhamdulillah...

seronok dengar kisah camni...

ya betul.. dorang ni kena ada guidence, bimbing dorang dan semangat sendiri. iman tu memang da ada dalam diri. kena pupuk lagi je. sikit2 dorang belajar dan aku yakin orang2 macam ni Allah akan mudahkan nanti.  Alhamdulillah orang sekeliling dia banyak support dan bantu. kawan2 pun ok. aku yg rapat dgn dia je tetap panggil dia nama asal. sebab dari kecik tu panggilan nama dia. hahha.. ooo.. dan majlis agama pun banyak bantu geng mualaf ni tau.
tapi ujian tu tetap ada. kawan aku ni ujian dia dari family la. kesian sampai makan tahun tapi dia sabar dan kuat iman. dia cakap, aku percaya nanti Allah bukak hati family dia. memang bertahun2 la dia sabar dan akhirnya berdamai da sekarang. berkat dia dengan wife sabar bertahun2 dan kuat iman tu.
Quote purplelilac 24-10-2023 11:51 AM
Ajar islam kat mualaf ni sebiji mcm mcm kene ajar kanak2. Btl la apa yg abe ni buat. Pedulikan orang melayu yg mulut hansuang tu eheh. Welcome to the group abe sabri
Quote chinta89 24-10-2023 11:53 AM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote I.K.A888990 24-10-2023 11:55 AM
kena byk kesabaran mengajar
semoga dipermudahkan
aku suka tgk interview depa berdua
lembut je bercakap
Quote babelina 24-10-2023 02:50 PM
moga dpermudahkan segala urusan dorg bdua nie..
kwn baik aku cina.. semua benda di ikut nya.. kecuali solat.. org puasa dia puasa.. org istifar dia pn sama.. klau kt bibir tu.. semanjang nye la Ya Allah.. mcm kita2 nie selalu sebut la.. hrp2 1 hari nanti dia dpt hidayah..
Quote AWEKSAMURAI 24-10-2023 03:00 PM
purplelilac replied at 24-10-2023 11:51 AM
Ajar islam kat mualaf ni sebiji mcm mcm kene ajar kanak2. Btl la apa yg abe ni buat. Pedulikan orang ...

Betul sgt.  Yg kwen pasangan convert tau la .mcm aku .. aku pun bukan alim sgt ..tapi aku selalu ajak laki aku tgok ceramah agama sesama kat youtube ..hahaa ajar dia bacaan surah pendek2 .. kdg2 tu tulis kat kertas a4 tampal kat dinding jd waktu solat tu dia bleh baca
Quote KamikuP 24-10-2023 03:45 PM
Tengok balik Pi Mai Tang Tu kat Netflix mmg best yaachh bila tengok Lucy ngan Abe We ni berlakon..
Quote MeowPARSI 24-10-2023 03:50 PM
AWEKSAMURAI replied at 24-10-2023 03:00 PM
Betul sgt.  Yg kwen pasangan convert tau la .mcm aku .. aku pun bukan alim sgt ..tapi aku selalu a ...

Husband sis Chinese jugak ke? Convert
Quote hzln 24-10-2023 03:58 PM
Aku rasa acik angeline ni kat luar dlm urusan seharian belum fully bertudung, kecuali kalu ada press atau mmg dijemput utk hadir ke sesatu majlis.
Kut nanti terjumpa tgh isi minyak keta ke, tgh beli ikan kat pasar ke, togel saja tak berkelubung, terus terloncat2 ummah tiktok terpaling masuk syorga lebih awal berbanding org lain nih...
Quote Farnor 24-10-2023 04:05 PM
Ya bukn senang..mcm my lengzhai pun ambl masa 5 thun nak blajar bila dh kawin alhamdulillah ada peningkatan..
Quote LadyCarefree 24-10-2023 04:09 PM
Thunderclouds replied at 24-10-2023 09:52 AM
Patot xyah bg stetmen gini.
Abes la kna tarbiyah ngn nitizen sangkak life sendri tonggang tbalik.
I ...

Kan? Belum apa2 dah sibuk psl totop ghambot. Sampai Angelina kena keluar statement bagi dia ruang. And biarlah panggil dia Angelina takde salah pun.
Quote LadyCarefree 24-10-2023 04:16 PM
babelina replied at 24-10-2023 01:50 PM
moga dpermudahkan segala urusan dorg bdua nie..
kwn baik aku cina.. semua benda di ikut nya.. kecual ...

Serupa my husbandlah. Bab tanggungjawab sebagai suami memang terbaik. Bab underatanding and respecting me as an individual pun bagus. Bab solat je lompong. Tapi solat jem'at dia kemain rajin. Smayang raya pun excited.
Quote babelina 24-10-2023 05:02 PM
LadyCarefree replied at 24-10-2023 04:16 PM
Serupa my husbandlah. Bab tanggungjawab sebagai suami memang terbaik. Bab underatanding and respec ...

ye.. kebanyakkannya mcmtu la..
kt ofc nie lg la.. klau bulan puasa semua nya bersolat.. hbs puasa x solat..
kaut pahala bulan puasa jer kaedahnya..
Quote LadyCarefree 24-10-2023 05:15 PM
babelina replied at 24-10-2023 04:02 PM
ye.. kebanyakkannya mcmtu la..
kt ofc nie lg la.. klau bulan puasa semua nya bersolat.. hbs puasa  ...

Biarlah. Tu memasing punya dosa atau pahala personal xde kena mengena dgn org lain. At least diorang ada gak smayang kan? Lagipun pada iols yg banyak berkawan dgn macam2 jenis manusia Muslim, iols xheran. Halah halah meleis terpaling Muslim pun select juga hakikatnya.
Quote eely_shana 24-10-2023 05:17 PM
Semoga kekal bahagia

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.249629 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top