CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Meniarap Fitnah Hamas Serang, 'Kantoi' Orang Belakang Rileks Je Jalan Dan Berbasikal

24-10-2023 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3131| Komen: 25

PETALING JAYA – Seorang wartawan asing  yang memburukkan pejuang Hamas dengan membuat laporan dalam keadaan meniarap, kononnya Hamas sedang giat menyerang Israel 'kantoi' ia hanyalah lakonan semata-mata.


Dalam video yang dimuat naik di X, jelas memaparkan wartawan berkenaan melaporkan berita dalam keadaan cemas di Israel, tetapi malangnya lakonan itu ‘dirosakkan’ oleh orang awam yang berjalan dan lalu-lalang berbasikal secara santai.

Ia jelas membuktikan, cubaan media asing memburukkan pejuang Hamas di mata dunia, semakin menjadi-jadi.

Foto: X

“Wartawan Romania di Israel memberi laporan dalam keadaan meniarap kerana katanya Hamas sedang giat menyerang Israel.

“Dalam masa sama, kelihatan orang awam berjalan dan berbasikal secara santai berhampirannya,” katanya.

Perkongsian itu mencetuskan rasa lucu orang ramai sekali gus menjadi bahan sindiran pengguna media sosial.



“Hamas punya power serang Israel guna basikal ja, tak payah guna kereta kebal,” komen XXARRA.

“Nak jadi bodoh boleh tapi jangan rakam bagi satu dunia tengok,” selar Maju Saham.

“Pagi-pagi dah nampak kebodohan Zionis ni. Tolong, kami nak tengok lagi!,” perli Im.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, menyindir cubaan media Israel untuk memfitnah pemimpin Hamas menerusi gambar-gambar yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi platform X, beliau yang berbakat besar dalam bidang suntingan video kesan visual (VFX) berkata, kesan suntingan itu dengan jelas dapat dikesan.

Gambar-gambar yang disunting dan ditularkan itu menunjukkan pemimpin Hamas sedang bersantai dalam suasana mewah ketika rakyat Palestin sedang bergelut dengan peperangan.

Namun gambar-gambar itu dikritik hebat kerana hasil suntingannya sangat teruk dan jelas kelihatan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-10-2023 10:04 AM
Tajuk bodoh apa ni hanat oiiii...teruk betoi penguasaan bm reputz nih... Resign je la jadi reputz
Quote slavehunter 24-10-2023 10:25 AM
Hehe controlled media.
Quote ifanonline 24-10-2023 10:29 AM
Edited by ifanonline at 24-10-2023 10:33 AM

ramai wartawan wanita antarabangsa nak kena pulas puting ni

Quote kemaruk 24-10-2023 10:43 AM
Dorang memang sedaya upaya nak burukkan hamas

Ramai yang terpedaya termasuklah acik2 porem
Quote syamzana 24-10-2023 10:45 AM
gigih plak meniarap lagutu tak ke sakit dada nak bercakap lagi
Quote edoraixora 24-10-2023 10:54 AM
bercakap pun rilek2 jer, xde nada cemas atau takut pun
nanti pergilah kelas lakonan tambah skill

Quote Thunderclouds 24-10-2023 10:57 AM
Formula sama di mana².
Ada tu kt amerika yg repot dr tempat banjir dlm bot kunun² teruk sgt keadaan kt situ tp kantoi org rilek jln² air paras betis ja
Quote Decaffeinated 24-10-2023 10:58 AM
Syukurlah masyarakat dah makin sedar wartawan pun cari makan. Ini belum masuk content creator tiktok lagi.

Dalam whatsapp group aku ada sorang pakar screen fake videos. Menariknya ramai yang kantoi biasanya lobais.

Berhati2lah.

Quote hudalarva 24-10-2023 10:58 AM
at this point la kan... i rasa siapa2 yg backup yesroel tu mmg otak tepu... terang2 kena kencing tp masih menjilat zeeyonis... zarah2 izlamophobic mengalir utuh dlm saluran darah theyols... or traumatic dgn sosok agama yg abusive sampai pemikiran jd tertutup tp claim paling brilliant...
Quote plywood 24-10-2023 11:00 AM
aku rasa dia ni sengaja jer... tapi apa motif dia sengaja tu kurang pasti.
Quote Paiya 24-10-2023 11:07 AM
sengaja nak buka mata dunia kebanyakan(bukan semua) wartawan memang kerjanya menipu untuk duit
Quote Highflyer19 24-10-2023 11:20 AM
Hahaha...ngok
Quote pokokmeranti 24-10-2023 11:25 AM
kemaruk replied at 24-10-2023 10:43 AM
Dorang memang sedaya upaya nak burukkan hamas

Ramai yang terpedaya termasuklah acik2 porem

byk juga media barat yg laporkan berita seimbang. ada laporan tu sebut HAMAS tu parti politik yg memerintah Gaza, Al- Qassam adalah sayap tentera mereka. Maka, apabila Biden kata bantuan ke Gaza tidak boleh melalui HAMAS, reporter itu kata adalah suatu kepelikan kerana rakyat Gaza memilih Hamas sebagai parti yg merajui Gaza.Semua benda mesti melibatkan Hamas.
Quote sharlenetexas 24-10-2023 07:57 PM
Over ko sis.

Quote noor2 24-10-2023 08:56 PM
Onggila.....
Quote Tinot7 24-10-2023 09:01 PM
Tak pi klas lakonan ka kak?

Dan sapa yg cari site utk shooting? Patutnya pi la tmpt yg sunyi ka apa..
Quote Login_ID 24-10-2023 09:33 PM
plywood replied at 24-10-2023 11:00 AM
aku rasa dia ni sengaja jer... tapi apa motif dia sengaja tu kurang pasti.

Nak menganjing wartawan CNN mungkin!
Quote edayildiz 24-10-2023 10:56 PM
dia menganjeng je kot sbnrnya
Quote Simunggu 25-10-2023 07:49 AM
CNN BBC dari dulu penipu...waktu cobit pun menipu..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.115328 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top