Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuan isteri baharu bekas suaminya Fizi Ali yang dilihat menekup mulut anaknya dalam foto perkahwinan mereka.
Pemilik nama sebenar, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata, dia ada bertanya perkara itu kepada Fizi namun masih belum mendapat sebarang balasan daripada penyampai radio tersebut. “Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok... Sekeping foto yang dimuat naik memperlihatkan anak perempuan (isteri Fizi) menekup mulut anak saya. “Sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas,” katanya. Pada Isnin, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, mengumumkan pernikahannya bersama wanita pilihan hati iaitu Siti Zulaikha, 30, pada pagi Isnin. Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.
Dalam pada itu, Shakilla berkata, dia terkejut apabila menerima berita perkahwinan Fizi memandangkan baru bertemu penyampai radio itu yang mahu mengambil anak mereka. Shakilla berkata, Fizi memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema air namun rupa-rupanya mengambil anak mereka untuk menghadiri majlis pernikahannya. Katanya lagi, Fizi sepatutnya berterus-terang apabila dia menerima banyak pertanyaan tentang berita perkahwinannya. “Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin... Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang mengenai anak. “Tapi tidak pula dia beritahu nak nikah pada Isnin cuma memaklumkan mahu ambil anak sebab nak pergi taman tema air. “sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya... Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” ujarnya.
|
Suchi replied at 24-10-2023 09:35 AM
Sangka baik : anak dia sendiri yg letak tangan kat mulut tu
Sangka tak berapa baik : anak dia pot pe ...
ADVERTISEMENT