CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"I Dress For Allah" - Mia Ahmad Pakai Tudung Labuh Tak Kisah Orang Cakap Macam Mak Cik

23-10-2023 10:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8576| Komen: 50

Pelakon Mia Ahmad menegaskan dia sama sekali tidak kisah dengan pandangan segelintir pihak yang beranggapan penampilannya seperti 'mak cik' dan tak moden.


Kata isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi itu, pemilihan pakaian yang digayakan adalah kerana Allah.



"Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden. Sorry, I dress for Allah. Ada yang cakap I tak akan istiqomah. Ada yang cakap husband I takkan support.


"I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik," tulisnya.


Sudah mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, pelakon ‘Jejak Karmila’ iaitu Mia Ahmad dilihat lebih selesa menguruskan perniagaan berbanding muncul di kaca televisyen.



Sering berpakaian longgar dan bertudung labuh tatkala memuat naik foto di media sosial, penampilan sopan Mia Ahmad sentiasa mendapat pujian dan sokongan peminat serta netizen. Menurut Mia, dia mengubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik.


"Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua. 


"Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra," katanya lagi.


Ujar Mia, untuk terus istiqamah bukan sesuatu perkara yang mudah namun, dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.



Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 24-10-2023 02:28 AM
Oh bulan ni interview dia ke?
Atau dia sendiri beri kenyataan kepada oh bulan, dan bayar untuk disiarkan?
Quote she 24-10-2023 02:36 AM
Waima bertudung labuh
Masih tak dapat kikis sifat terpaling sheols

Benda macam ni pun masuk forum
Quote she 24-10-2023 02:38 AM
telracs replied at 24-10-2023 02:28 AM
Oh bulan ni interview dia ke?
Atau dia sendiri beri kenyataan kepada oh bulan, dan bayar untuk disia ...

Dia macam
Takde sape ambil tahu
Sendu
Tetiba keluar headline macam beribu orang tertanya pasal dia

Choi
Quote codenamedream 24-10-2023 05:17 AM
Laki dia dh main untuk Pahang lah, bukan JDT.
Artikel tahun bila ni?
Quote Piramida 24-10-2023 05:20 AM
Jah Bungkus patut berguru dgn dia ni bab I dress for Allah tu.
Quote eely_shana 24-10-2023 05:26 AM
Cantik juga
Quote nuryakmal 24-10-2023 08:00 AM
Tak paham org yg dok berbungkus ni still ada dalam industry hiburan. Apa purpose eh?
Quote miss_strangers 24-10-2023 08:02 AM
Walaupon ko dah sejuk beku n hampir expired jadi retiss tetap sumbangan ko ada dlm lakonan...so buat jela apa2 content n masuk dlm bodgos ni...boleh jugak aku cuci mata tengok yg indah2 belaka
Quote miss_strangers 24-10-2023 08:05 AM
Aku pon dah terkena sumpahan kak Duda berhias.....nak tengok yg cantik2 n yg hensem2 je...xreti berlakon ke , nyanyi hauk ke xpe...asal ada rupa herlock bagi sedap mata hati aku
Quote moonela 24-10-2023 08:06 AM
Alhamdulillah.. Semoga istiqomah Mia...
Quote ReginaGeorge 24-10-2023 08:08 AM
Awal sangat riak sis Tak usahlah cakap I dress for Allah. Sok lusa ko kena anxiety, buka tudung, ko nak jawab apa? i undress for myself???? Tak payah la buat kenyataan syurgawi. Play safe je jawab i baru nak berjinak2 pakai labuh, semoga iols kuad. Yelah, org industri hiburen..susah nak tahan godaan unless rambut botak, kulit berkeruping.
Quote selipar_hijau 24-10-2023 08:23 AM
tak lama la tuu
Quote pocongkiutss 24-10-2023 08:24 AM
Apa kabar agaknya peminat dia yg goreng ikan sampai hangus tu?
Quote cmf_premierleag 24-10-2023 08:28 AM
abih tu ko x reti2 ke nl berambus dr dunis seni ni? ko belakon pun basic je
Quote Prickford 24-10-2023 08:32 AM
nuryakmal replied at 24-10-2023 12:00 AM
Tak paham org yg dok berbungkus ni still ada dalam industry hiburan. Apa purpose eh?

Iolls lg tak paham retis2 yg bertudung asikkk la nak clarify & justify pasal deyols bertudung. Padahal takde sape2 tanya pon.

Quote umbut 24-10-2023 08:39 AM
So?????????
Tapi respect zandra hakimi, dulu seksi skrg labuh tutup semua, aku lak yg rimas tgk baju meleret
Quote Naftalena 24-10-2023 08:55 AM
Lain dah muka mia sekarang
Quote HoneyManjer 24-10-2023 08:58 AM
org tak bungkus ko kecoh...org dah bungkus elok pun ko kecoh....
netz pls find other things nak membawang punnnnn
semakkkkkkkkkkkkk
Quote red_velvet 24-10-2023 09:00 AM
Manusia tahun bila tu yang jusge orang pakai tudung labuh macam makcik? Nowadays tudung labuh dah common dikalangan  ummah belia, lagi pulak macam2 fashion tudung labuh boleh gayakan sekarang ni... Ke diri sendiri yang insecure, diri sndiri yang terasa macam acik2  so gigih buat statement tak kisah tu... Hayoo pulishh lah.. dah la expression  dia ni bila suka, sedih, marah  time berlakon semua sama... Acah2 entitled sgt berita ko bertudung labuh ni

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.064151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top