Penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah menyeru para wanita agar berdiri atas kaki sendiri tanpa terlalu bergantung pada pasangan. Susulan terlalu banyak kes curang dan pergolakan rumah tangga, Ifa menasihatkan agar kaum wanita mengutamakan kerjaya berbanding rupa yang cantik.
"Jadilah wanita yang berduit kerana wanita yang cantik dah banyak," katanya. Pemilik nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tegas dan berpendirian teguh membuatkan dia kuat menguruskan syarikat. "Saya sebenarnya seorang individu yang bersemangat dan suka memberikan komitmen dalam setiap pekerjaan termasuklah bisnes," katanya. Dalam pada itu, dia berharap dapat mewariskan perniagaan yang diusahakannya kepada anak-anak. Katanya, dia ingin fokus beribadah apabila menjengah usia tua nanti. Sumber: Xtra, Nona
|
timah03 replied at 24-10-2023 12:54 AM
Fokus beribadat bila usia tua nanti? Sempat ke tua seperti yg di harapkan..?
Start je la sekarang... ...
doubleA replied at 23-10-2023 02:57 PM
Jadilah wanita bijak dan tinggi harga diri
Wanita bimbo dah banyak
TomyamPuteh replied at 24-10-2023 07:41 AM
Org umo kata umo 30 dh tua. Org umo 30 kata umo 40 dh tua. Org umo 40 kata 50 dah tua. Org umo 50 ka ...
ADVERTISEMENT