CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bebas Atau Bersalah? Nasib Yasin Sulaiman Ditentukan 29 November Ini

23-10-2023 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1805| Komen: 7

Dibebaskan atau disabit kesalahan atas tiga pertuduhan dadah, nasib Yasin Sulaiman akan diketahui 29 November ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin akan membacakan keputusan pada jam 2 petang.


Sekiranya mahkamah mendapati penyanyi nasyid berusia 47 tahun ini tidak bersalah, dia akan dilepas dan dibebaskan.

Foto: Harian Metro

Andai kata mahkamah berpandangan sebaliknya, Yasin yang didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, berdepan hukuman penjara atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Keluarga Yasin pula mahu penyanyi itu meneruskan rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sekiranya dibebaskan kelak.

Tarikh itu ditetapkan selepas pihak pembelaan menutup kes hari ini selepas satu-satunya saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Ian Lloyd Anthony selesai memberi keterangan.


Pihak pendakwaan pula memanggil tujuh saksi dalam prosiding yang bermula 28 Ogos lalu antaranya pegawai penyiasat, pegawai serbuan dan pegawai kimia.

Hakim Faiz berkata, pihak pendakwaan dan pembelaan perlu memfailkan hujahan bertulis pada 15 November.

"Mahkamah akan menetapkan keputusan di akhir kes pembelaan pada 29 November ini jam 2 petang," katanya.

Sepanjang perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.

Dalam prosiding bela diri sebelum ini, saksi pembelaan yang juga pakar perunding psikiatri mencadangkan supaya Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.

Dr Ian berkata, tertuduh mengalami gejala bipolar mania termasuk perubahan mood yang melampau, perasaan yang tidak realistik, paranoia dan sikap berhalusinasi untuk tempoh tertentu di antara 2009 dan tahun lalu.

Pakar itu berkata, pesakit yang mengalami gangguan itu amat sensitif kepada isu kekeluargaan atau persekitaran sama ada secara spontan atau peristiwa berterusan.

Sehubungan itu, pakar psikitari berkenaan mencapai kesimpulan bahawa tertuduh tidak waras dari segi perubatan dan undang-undang kerana mengalami kecelaruan bipolar dan 'hyperthyroidism'.

Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Yasin menunjukkan, pesakitnya berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eely_shana 24-10-2023 05:53 AM
X sangka akhirnya
Quote miss_strangers 24-10-2023 05:59 AM
Aku xleh imejin apa perasaan parents yassin ni...Sian pulak kat Dr sulaiman...anak yg sorang ni xmenjadi pulak... ujian betul utk Dr sulaiman
Quote elzy 24-10-2023 08:32 AM
Penampilan dia semakin tak terurus, kesian. Semoga diberi peluang untuk kehidupan lebih baik in the future..
Quote cmf_premierleag 24-10-2023 08:37 AM
eeee gigi kuning..dh berapa lama x gosok gigi
Quote belacan_gurl 24-10-2023 08:40 AM
Beza muka dia ehhh
Quote sayurmayur88 24-10-2023 10:19 AM
kesiannya. kenal dia masa lagu nostalgia brothers,teman sejati, pastu femes ngan lagu mimpi laila.
pastu menyepi dari dunia hiburan Msia.
semoga dipermudahkan lah urusan yasin.
Quote rainbowrainz 24-10-2023 03:48 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037503 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top