CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nyanyi Sumbang, Syafinaz Terima Komen Netizen

23-10-2023 06:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3865| Komen: 30

Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat menerima komen dan kritikan netizen terhadap persembahannya pada program Konsert Ini Baru Bintang di TV1 pada malam Sabtu lalu.

Syafinaz, 50, berkata, perkara itu adalah bukti dia juga tidak terlepas melakukan kesilapan.


Walaupun bergelar guru vokal namun itu bukam bermaksud dia mampu memberikan persembahan sempurna di mata penonton.


"Jadi manusia perlu sempurna dalam semua perkara? Pada akhirnya, kita tetap manusia yang tak sempurna dan selalu cenderung melakukan kesilapan.

"Jangan takut buat kesilapan kerana kita juga manusia biasa," katanya.

Tambahnya lagi, dia sentiasa terbuka terhadap kritikan bagi memperbaiki dirinya agar dapat memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang.

"Pada saya, muzik itu besar. Terpulang jika suka, ada yang tidak suka, terlalu subjektif untuk dinilai.

"Saya terbuka dengan apa jua kritikan. Ini bukanlah perkara baharu dalam perjalanan karier saya. 

"Kalau saya rasa komen itu betul, saya akan ambil dan perbaiki diri. Saya nilai diri saya sendiri malah sedaya upaya perbaiki mana yang boleh," katanya.

Syafinaz turut mengakui persembahannya tidak mencapai standard seperti yang dikatakan netizen.

"Saya juga bersetuju dengan segelintir netizen yang cakap tak sedap tu. 

"Kalau orang cakap tak sedap dan kalau saya dengar pun memang agak sumbang, jadi saya terima, saya belajar daripada kesilapan diri sendiri," ujarnya.

Terdahulu, persembahan Syafinaz pada Sabtu lalu mendapat kritikan daripada netizen ketika menyampaikan lagu Persis Salju dan Europa.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aysia19 23-10-2023 07:05 PM
Penjara takde ubat gigi ke uolss? Muka lagi putih dari gigi.
Quote Manusiabesa 23-10-2023 07:06 PM
Ni la mak sedara tira yuhada kan
Quote j3m4h 23-10-2023 07:16 PM
Sheol ni les ke? Ape jd kt ank sedara dia yg accident putus kaki tu ek?
Quote MissYouSayang 23-10-2023 07:26 PM
Dalam banyak2 bidang, bidang nyanyian paling pelik sekali. Guru vokal tapi nyanyi haukk. Yang nyanyi sedap plak tp bukan guru vokal silap2 nyanyi pun main bedal je tp sedap gile. Tak mcm bidang perubatan ke engineer ke, ko takde ilmu psl medical kiok pesakit tu or bangunan runtuh.
Quote sleepandream 23-10-2023 08:04 PM
kalau dia nyanyi sedap mestilah dah jadi penyanyi nombor syatuuu dikk
Quote Joysparta 23-10-2023 08:07 PM
Hope kekal sebagai cikgu vokal saja la..
Quote hanihan16 23-10-2023 08:13 PM
kalau atira anak buah tok naz, tiara pun anak buah dia, maknanya sepupu la kan atira dgn tiara tu.
Quote maroon_nerd 23-10-2023 08:15 PM
Takpe la tok naz. Janji uolls power ajar muzik. Tak semestinya kena suara sedap baru boleh ajar vokal. Janji uolls tau teknik walaupun diri sendiri tak berdaya nak praktikkan. Setiap org ada kelebihan & kekurangan. Macam tokti tu. Suara sedap tapi mana reti ajar muzik or vokal.
Quote Nizleen86 23-10-2023 09:57 PM
Tokti, kak mich, jaclyn victor antara suara2 power yg kdg tak ikut pun teknikal2 ni sgt. Asal nyanyi sedap sudah.
Quote annadonna 23-10-2023 11:20 PM
Cikgu sains pun bukanlah saintis tapi dia mampu menyediakan ilmu asas utk manusia menyumbang dlm sains. Pensyarah sheikh muzafar pun takde sorang angkasawan tapi boleh produce angkasawan. So sudah sudahlah stigma guru vokal tu suara kena lebih sedap drpd anak murid. Sekurang kurangnya dia boleh la nyanyi dan pernah ada album. Tapi stigma tu rentikanlah. Nampak tak cerdik.
Quote eely_shana 24-10-2023 05:44 AM
Bagusnya terima kritikan
Quote KamikuP 24-10-2023 08:06 AM
Bagus Tok NNaz ni x sentap dan meroyan. Selalunya acik2 yg andalusia ni kuat sentap , kalau boss yg andalusia lagi le sentap yaa amponnn.. huhuhuhu
Quote Hanzeviera 24-10-2023 08:31 AM
Janji reti ajar org vokal. Pedulikan sajoooo
Quote umbut 24-10-2023 08:40 AM
Biasalah tu, guru vokal x semestinya leh nyanyi.. cam coach bola x semestinya pandai main bola
Quote wadiunong 24-10-2023 08:41 AM
KamikuP replied at 24-10-2023 08:06 AM
Bagus Tok NNaz ni x sentap dan meroyan. Selalunya acik2 yg andalusia ni kuat sentap , kalau boss yg  ...



boss iols yg married & nak masuk umo 50s pon kuat sentap uols. kalah iols yg andartu ni ha byk beralah. manjang nak menang je dia & terpaling betul
Quote Piramida 24-10-2023 08:42 AM
Dia pun pernah penyanyi..
Ai beli kot album dia yg tribute to Ahmad Nawab tu... dr kecik mak bapak dah dedahkan dgn lagu2 Ahmad Nawab hahaha.. Sedap2 lagu dlm album tu.
Sedap je suara dia dulu.... Tp lately mcm dah kurenggg maybe sbb too technical sgt nak ber Haaaa haa ha haaaa haaa... Entahlah. Tak minat bab teknikal ke saprano ke apa ke.
Yg penting kerjaya seorang penyanyi kalau nyanyi mesti sedap.
Quote refleCtion 24-10-2023 08:57 AM
MissYouSayang: Dalam banyak2 bidang, bidang n ...


Coach sukan bukan semuanya hebat main sukan tu...ada yg x pernah jejak olimpik pun, tapi mampu coaching atlet sampai menang gold medal
Quote belacan_gurl 24-10-2023 09:02 AM
aysia19 replied at 23-10-2023 07:05 PM
Penjara takde ubat gigi ke uolss? Muka lagi putih dari gigi.

Nih mesti nk komen kat Yasin tapi terkomen disini pastu plak jenis dah komen .. terus blah mcm xde pepe
Quote KamikuP 24-10-2023 10:38 AM
wadiunong replied at 24-10-2023 12:41 AM
boss iols yg married & nak masuk umo 50s pon kuat sentap uols. kalah iols yg andartu ni ha byk b ...

Oo ye ke cuolls? ntah2 boss cuolls tu takde anak (mandul) kot tu yg kuat sentap kot - kataku menuduh di pagi buta.. ekekeke

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.099141 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top