CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Ingat Sufian Suhaimi Main-Main Merisik "Ini Bukan Gimik MV Baru"

23-10-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2998| Komen: 7

Sedia maklum Sufian Suhaimi, 31, dah selamat merisik kekasih hatinya dikenali Rania, 23, pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan kenalan rapat yang berlangsung di kediaman wanita itu.

Kata Sufian atau'baby Pian', ia bukan gimik pembikinan muzik video lagu baharunya, tetapi memang majlis merisik yang betul sebelum mereka melangkah ke fasa perkahwinan.

Foto: TT

"Alhamdulillah, majlis merisik itu berjalan dengan lancar semalam dan ia sama sekali bukan gimik untuk pembikinan muzik video lagu baharu saya atau sebagainya. Saya memang dah sedia untuk tamatkan zaman bujang.

"Saya dan Rania merancang untuk majlis perkahwinan kami diadakan pada Disember depan atau Januari 2024, bergantung pada lokasi majlis dan segala persiapan kami berdua," katanya kepada Harian Metro.

Sufian berkata, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan segala kebaikan dan kebahagiaan buatnya serta kekasih dengan berharap segala perancangan mereka untuk melangkah ke jenjang pelamin dipermudahkan Allah.


Terdahulu, tular satu hantaran video tular di platform TikTok menerusi perkongsian daripada akaun milik hairamikayla00 yang memaparkan Sufian bersama keluarganya hadir di kediaman Rania bagi tujuan merisik.



Rata-rata netizen yang menonton video TikTok itu mengucapkan tahniah dan mendoakan ikatan hubungan Sufian dan bakal pasangannya kekal hingga ke jenjang pelamin kerana sama cantik dan sama padan.

Sebelum ini, kisah hubungan penyanyi lagu Di Matamu itu bersama wanita berkenaan pernah menjadi perhatian media pada April lalu ketika mereka hadir di majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon Aiman Tino.


Namun, Sufian sekadar memperkenalkannya dengan panggilan 'Sayang' dan berusia 23 tahun serta memaklumkan mereka saling mengenali daripada kawan pada tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-10-2023 09:08 AM
sukati kola piannggg
Quote laksmanabentan 24-10-2023 09:11 AM
janji ko bahagia la piang weeeyy...
jangan jadi bewok sudah...
Quote KamikuP 24-10-2023 02:39 PM
Rengsa tengok tudung Rania yg nmpk rambut tu
Quote eely_shana 24-10-2023 05:15 PM
Tahniah supian n rania. Cantik org ya
Quote eely_shana 25-10-2023 07:14 AM
Eh, pandang lagi sekali macam intan njwa pulak
Quote fairiza 25-10-2023 08:29 AM
eely_shana replied at 25-10-2023 07:14 AM
Eh, pandang lagi sekali macam intan njwa pulak

Tu ah aku cam adik intan najwa kah?
Quote nanasno 25-10-2023 10:46 AM
pian ni apa je lagu dia. macam takde lagu baru je. heols ada bisnis bantal tu je la kan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037232 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top