CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kami Bukan Penyanyi'- Ryan Bakery Tak Terasa Dapat Komen Nyanyian Tak Sedap

23-10-2023 02:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3065| Komen: 16

Pasangan Adik-beradik Famili Duo 3, Ryan dan Adam Bakery mendapat kritikan daripada Ajai yang seakan tidak berpuas hati dengan persembahan mereka.

Adam dan Ryan berkata, mereka menerima komen daripada juri tetap tersebut dengan hati yang terbuka. Malah menjadikan nasihat yang diberikan Ajai sebagai satu cara untuk menambah baik persembahan mereka pada minggu akan datang.



"Pada kami, tak rasa apa-apa. Tapi kami ambil komen tu sebagai penambahbaikan sebab kami pun bukan penyanyi. 

"Bila masuk Famili Duo ni, sedikit sebanyak benda baharu yang kami belajar. Apa yang dia cakap tu, kami hormati dan terima," katanya.

Apabila ditanya mengenai penerimaan mereka berhubung komen ‘panas’ tersebut memandangkan ini baru minggu kedua, Ryan dan Adam akui mereka sebenarnya berasa gementar.

"Kami gugup. Tapi mungkin pemilihan lagu kami salah. Tekanan tu tak ada lah, sama je. Pada minggu pertama pun pressure dah, gugup sebab yang bertanding dan bersaing dalam ni memang penyanyi. 



"Kami pula bukan penyanyi. Tapi lepas terima komen juri-juri, insyaAllah minggu hadapan kami akan lebih berkonsep.

"Saya tak menyesal, sebab ini pertandingan. Kalau kalah, tersingkir. Kalau menang, rezeki. 

"Tapi kami berani masuk program ni, segala cabaran dan rintangan kami hadapi. Apa yang berlaku hari ini, jadi pengajaran buat kami," kata Ryan lagi.


Sumber: Oh Bulan!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 23-10-2023 03:13 PM
program ni mmg tangkap muat eh?asal ada je...
suara level2 karoeke pun boleh masuk..
dah ketandusan idea ke TV3 ni?
Quote Perawankota 23-10-2023 03:15 PM
Elok letak nama pertandingan ni, pertandingan influencer… yg penyanyi pulak tak abis2 nyanyi seme nak jerit2..
Quote imransulaiman 23-10-2023 03:26 PM
Eh, bukan ke hari tu dia ada buat statement memang nak jadi penyanyi? Siap cakap lagi penyanyi sebenar jangan cemburu kalau influencer nak jadi penyanyi. Tinggi tahap keyakinan dia masa tu.

OT - malam tadi Adira & Emma amat sangat terlalu nak tunjuk vocal TAPI tak menjadi. rasanya sebab pilihan lagu...
Quote mamajawie 23-10-2023 03:33 PM
dah tu buat apa join???berflakon pun x penah dua mangkuk ni
Quote noorhairiahma 23-10-2023 03:35 PM
Penyanyi, bukan.
Pelakon pun, bukan.
Pelawak, lagilah bukan.
Quote wirazam 23-10-2023 03:35 PM
Kump zero tu pun bukan penyanyi...tapi ok je boleh menang lagi week 1...
Korang jgn nak mcm mcm..lebih baik tmpt korang ni diberi kat klpp...klpp ada sedara penyanyi kan
Quote adra5028 23-10-2023 03:45 PM
da tu buat apa masuk pertandingan menyanyi???
lain kali masuk raja lawak
Quote Kentot_Wangi 23-10-2023 04:10 PM
Next year Masukkan ratu farah!!!!
Quote LadyCarefree 23-10-2023 04:25 PM
Dahtu kenapa masuk pertandingan nyanyian?
Quote akuHavocczz 23-10-2023 04:51 PM
Asal minggu minggu dapat duit kan. Onz aja walaupun suara nan hado
Quote missyL 23-10-2023 04:57 PM
Da tu korang masok rancangan ni sbb ape

Quote zuuu 23-10-2023 07:29 PM
Bertabah jelah aq tpaksa hadap program ni,mujur la next week dh start mr player kat 8tv
Quote eely_shana 24-10-2023 05:50 AM
Peserta FD lagi
Quote KamikuP 24-10-2023 02:42 PM
Mohon masukkan Soeb dan Watitek utk FD musim depan tyaach
Quote missbigrockstar 24-10-2023 03:59 PM
Dah tau tak sedap, kenapa masuk. Ceh.
Quote meteorspeed 24-10-2023 04:09 PM
Dah tue yg ko masuk program nyanyi tue jadah nyer

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.199672 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top