CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Cipta Kontroversi Guna Isu Sensitif," Amaran Janna Nick Untuk Baby Shima

23-10-2023 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1758| Komen: 9

Janna Nick sebelum ini bertindak meninggalkan komen di Instagram Baby Shima selepas memuat naik sebuah video menggunakan filter 'I Stand With Israel'.

Janna tak senang Baby Shima mencipta kontroversi melibatkan isu sensitif.



Foto: IG

Sekiranya ingin mencipta kontroversi sebaik-baiknya jangan mengaitkan isu sensitif demi meraih perhatian ramai.

"Saya tidak suka dikaitkan dengan orang yang suka mengambil peluang untuk membuat kontroversi menggunakan isu sensitif dan mengaitkan orang lain.

"Macam saya, kalau nak buat kontroversi saya guna nama saya sendiri sahaja... Saya tidak akan mengajak satu Malaysia untuk kecam orang lain," katanya kepada mStar.


Sebelum ini, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli meraih perhatian di media sosial selepas memuat naik sebuah video menggunakan filter 'I Stand With Israel' di Instagram miliknya.

Pun begitu, pada penghujung rakaman video tersebut menunjukkan penyanyi berkenaan menumbuk dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes terhadap rejim zionis itu.

Bagaimanapun Shima dikecam kerana dilihat cuba bergurau tentang isu tersebut malah Janna turut menegur penyanyi tersebut dan memintany membuat hantaran sedemikian.

"Stop buat content macam ini... Ia bukan satu gurauan. Terima kasih," tulis Janna.


Shima menerusi temu bual bersama mStar baru-baru ini menjelaskan dia mempunyai misi sama seperti umat Islam lain iaitu mengecam tindakan rejim zionis.

Namun dia ada cara tersendiri dalam menyampaikan bentuk sokongan supaya lebih ramai pengikut di media sosial mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 23-10-2023 02:55 PM
Gam je minah ni selamanya.
Quote ketambangkang 23-10-2023 03:00 PM
pastu saje je dia provoke janna kat ig artis2 lain ek..

"jgn buat camtu nanti janna nick marah"
Quote Perawankota 23-10-2023 03:23 PM
Sapa talent management dia ek?
Quote Zazama 23-10-2023 03:45 PM
Edited by Zazama at 23-10-2023 03:51 PM

Bangganya dia stand for Isra3L tp kena tgk video dia smpai abis. Lambat skit mesej nk smpai.
Quote Zazama 23-10-2023 03:50 PM
Asalnya kaka ingat dia sokong isr43L tp endingnya dia ada mesej. Kaka pun dh salah faham tp tu la..jd issue skit.
Quote LadyCarefree 23-10-2023 04:48 PM
Perawankota replied at 23-10-2023 02:23 PM
Sapa talent management dia ek?

Nagaswara ke apa entah syarikat rakaman indon. Talent mgr kat msia ke lain ke xpernah tau. Biasanya melakaboy yg rajin tangkap influenzers dan retis2 gini.
Quote pocongkiutss 23-10-2023 04:55 PM
Zazama replied at 23-10-2023 03:45 PM
Bangganya dia stand for Isra3L tp kena tgk video dia smpai abis. Lambat skit mesej nk smpai.

Malas nak menambah views kt video dia..leh suap tak uols..apa yg minah ni nak sampaikan
Quote Manusiabesa 23-10-2023 04:56 PM
Celah mana bipolar hat tu pown klu apa yg jd kt retis lain semua dia mencirit tinggalkan pesan acah2 trpaling suci?? Er.
Quote Zazama 23-10-2023 05:01 PM
pocongkiutss replied at 23-10-2023 04:55 PM
Malas nak menambah views kt video dia..leh suap tak uols..apa yg minah ni nak sampaikan

Asalnya npk mcm dia support Isr43L dgn isyarat tgn dia tu. Pastu dia smbung tunjuk penumbuk. Kt screen masih lg tinggal icon Isr43L tu dia hentak dgn heels dia dan pijak2 sekali.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.097995 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top