CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Tiada Masalah Dengan Elly Mazlein, Perli Pengacara Lain Sekadar Bakar 'Line'

23-10-2023 09:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2002| Komen: 16

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan selebriti iaitu Elly Mazlein susulan dakwaan memerlinya ketika mengacarakan program Famili Duo musim ketiga (FD3) minggu lalu.


Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, Elly juga ada menelefonnya selepas insiden itu dan tidak wujud sebarang isu di antara mereka.


"Selepas daripada perkara (memerli) itu pun Kak Lina (panggilan Elly) ada menelefon saya... Kami berbual, tak ada isu.

"Sebagai rakan artis hubungan kami semuanya baik-baik sahaja... Saya dengan abang Nabil pun semua okay tak ada masalah," katanya kepada mStar.

Janna menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas selesai konsert minggu kedua FD3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmerie Shah Alam pada malam Ahad.

Sebelum ini, Janna didakwa memerli Elly yang menarik diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza (ASGV).


Menjelaskan perkara itu, Janna berkata, sebagai pengacara dia mengikut arahan penerbit dan skrip disediakan.


Janna memberitahu dia juga tidak melihat apa dilakukan sebagai kesalahan malah FD3 turut mendapat rating tontonan yang tinggi.

"Sebenarnya perkara (memerli) itu memang ada dalam skrip tapi apabila kita bercakap secara kasual, saya tambah 'rasa' sikitlah.

"Secara peribadi kita memang tiada isu dengan mana-mana pihak. Dalam industri ini kita lebih mengenali sesama rakan artis.

"Bila bekerja kita kena ikut kehendak penerbit... Kalau penerbit nak minta kita 'bakar line' kita buat... Kalau penerbit suruh tone down, kita ikut cara baik.

"Saya kena buat kerja dengan jujur dan ikhlas... kalau penerbit minta saya tukar cara penyampai 100 peratus, saya akan tukar," jelasnya.

Selain Janna, FD3 turut dihoskan Izzue Islam yang disiarkan setiap hari Ahad pukul 9 malam di TV3.

FD3 menampilkan enam pasangan duo termasuk Shila Amzah dan Amir Syafiq, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful Zero, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 23-10-2023 10:08 AM
Sebagai makluman, Janna Nick bukanlah penyanyi pada asalnya. Dia adalah pelakon.
Quote sayurmayur88 23-10-2023 10:59 AM
ohh ok, faham.
btw movie terbaru sheolls 'jemputan ke neraka" tu best ke? poster nampak mcm psiko je citer tu
Quote Sunkiss8999 23-10-2023 12:24 PM
Tah pape la dorang ni nak perli memerli..padahal dua2 bukan asal nye pengacara..
Quote ekselen 23-10-2023 02:22 PM
Edited by ekselen at 23-10-2023 02:27 PM

betul lah tu ko ada niat nk perli kan? sbb gigih ko menambah rasa bagai... ko pun ckp dgn mimik muka beria2 sgt like aku rasa nk tampar je muka kau nasib baik aku x tgk fd time tu...yg ko nk perli pun org dlm industri jgk, pastu ckp xde mslh ngan rakan sesama artis selain elly... so mmg ko ada la mslh ngan artis lain la kan? what will i say? jaki??? hmmm mmg mendapatlah cercaan... bodoh tol statement
Quote LadyCarefree 23-10-2023 05:08 PM
Baru je kau keluar statement kalau buat kontroversi xde kaitkan dengan orang lain. Main cakap je eh?
Quote eely_shana 24-10-2023 05:56 AM
Jgn lah perli2..jadilah pngcara baik2
Quote aldinaa 24-10-2023 06:01 AM
kalau tak perli, rating tak naik ke?
Quote Aneem 24-10-2023 06:21 AM
Kalau buat org lain takpe..
Kena kat dia, pandai lak menggelupur.
Terus tertekan emosi bagai.
Quote noor2 24-10-2023 06:41 AM
Dah knp nk perli2...x boleh ke ckp cara baik...last2 play victim
Quote wirazam 24-10-2023 06:42 PM
APA perkataan yg dia perli Tu...anyone pla
Quote uda 24-10-2023 09:36 PM
sayurmayur88 replied at 23-10-2023 10:59 AM
ohh ok, faham.
btw movie terbaru sheolls 'jemputan ke neraka" tu best ke? poster nampak mcm psiko je ...

I tenguk tadi...mcm boring je. Kisah nak balas dendam atas kematian kawan sekolah bakal suami dia, Norman dan rakan2.
I ffw until end dan ada another 5 mins utk akhir dan stop. Tapi taulah sebab apa org tu revenge.
Quote eely_shana 24-10-2023 11:11 PM
Tapi pic kat atas tu lawa
Quote sleepandream 25-10-2023 02:03 AM
sheols jadi host agak krik2 la...
pastu tv3 please la upah dalam 10-20 orang beruk utk jerit2 sorak2 bagi bunyi lg meriah dkt FD tu...
Quote DianaSaksen 25-10-2023 02:06 AM
Mummy mas idayu pun sound
Bingit lah janna ni
Quote eely_shana 25-10-2023 07:10 AM
Mula2 tgk JN dlm drama jodoh dgn scha. First time berlakon kot masa tu
Quote sayurmayur88 25-10-2023 11:32 AM
uda replied at 24-10-2023 09:36 PM
I tenguk tadi...mcm boring je. Kisah nak balas dendam atas kematian kawan sekolah bakal suami dia, ...

ohhhh.. ok2 thankx...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.215975 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top