Pelakon Ratu The Movie, Bkay Nair, memperkenalkan Saree Malaysia menerusi kain jenis batik, sutera dan songketmdalam sebuah acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Bkay, idea yang dibawakan bukan hanya melambangkan warisan budaya Malaysia, malah mencerminkan sejarah dan tradisi yang kaya di negara ini. "Negara kita belum ada sari ciptaan Malaysia. Kebanyakan sari yang dijual di negara ini diimport dari India. "Jadi, timbul satu idea untuk saya memperkenalkan sari buatan Malaysia yang menggunakan kain jenis batik, songket dan sutera, sekali gus menjadi lambang kebanggaan di negara ini. "Menerusi Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa anjuran Bkay Nair Resources ini, saya membawakan lapan pereka fesyen terkenal untuk menampilkan koleksi rekaan sari yang dihasilkan dengan teliti daripada batik, songket dan sutera Malaysia.
"Program ini juga acara antara usaha untuk mencipta platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional dalam fesyen moden," katanya.
|
Buritan: Songket mmg cantik ekslusif.. aku yg juai beg songket kat shoppe pun byk laku.. pdhl jahit main main je sbb aku kan ade sindrom pemalaass
Buritan replied at 23-10-2023 12:18 PM
Songket mmg cantik ekslusif.. aku yg juai beg songket kat shoppe pun byk laku.. pdhl jahit main main ...
kechikchomel replied at 23-10-2023 03:57 PM
bagi link sopi sis. iolss nak usha
kechikchomel replied at 23-10-2023 03:57 PM
bagi link sopi sis. iolss nak usha
ADVERTISEMENT