Selepas mengetahui perkara tersebut, ibu bapa mangsa membuat aduan terhadap guru berkenaan. Anak mereka dikatakan sakit selepas dipaksa makan muntahnya sendiri. Kejadian itu berlaku pada hari lahir budak lelaki tersebut iaitu pada 15 September lalu di wilayah Liaoning. Menurut bapa mangsa, Zhang, dia memakaikan anaknya dengan pakaian baharu sempena hari lahir kanak-kanak itu, tetapi pakaiannya kotor selepas pulang ke rumah. Zhang dan isterinya segera melaporkan kejadian itu kepada pihak taska dan beberapa kali meminta untuk melihat rakaman CCTV, namun permintaan mereka tidak diendahkan sehingga polis campur tangan. Pada 13 Oktober lalu, biro pendidikan tempatan dalam akaun WeChat rasminya berkata, pihaknya mengesahkan kes tersebut selepas siasatan polis dijalankan, manakala Zhang dan isterinya menuntut pihak sekolah memohon maaf dan memecat guru tersebut. – Agensi Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT