CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 60 Tahun Koma Lepas Warnakan Rambut, Doktor Cukur Rambut Selamatkan Nyawa

23-10-2023 12:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6660| Komen: 3

Beijing, China: Seorang wanita berusia 60 tahun di Huinan, bandar Changsha mengalami reaksi alahan teruk selepas mewarnakan rambut di salon.

Laman berita Thaiger melaporkan, empat jam selepas berdandan di salon kecantikan itu, dia mengalami kesukaran bernafas dan dikejarkan ke hospital.



Selepas dimasukkan ke unit kecemasan, wanita itu dipakaikan alat ventilator dan koma selama lima hari.

Doktor mengaitkan tindak balas alahan itu dengan bahan kimia dalam pewarna rambut tersebut.

Selepas mendapat persetujuan keluarganya, doktor memutuskan untuk mencukur rambut wanita tersebut untuk menyelamatkan nyawanya sebelum keadaannya beransur pulih.

Keradangan salur pernafasan pesakit juga berkurangan manakala sistem pernafasannya mula berfungsi secara normal.

Selepas tindak balas alahan itu hilang, dia dibenarkan keluar dari hospital.


Doktor mengesyorkan orang ramai memilih pewarna rambut yang diperakui berkualiti dan ramuanya disenaraikan. – Agensi 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 23-10-2023 07:26 PM
Seram pulak baca berita ni...aq pon suka gak tukar warna rambut,tapi yg makcik ni siap buat kat salon pon leh kena allergy
Quote adiksha 24-10-2023 02:48 PM
pakai henna je acik

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.143714 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top