CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bali Isytihar Darurat Dua Minggu

22-10-2023 07:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11959| Komen: 19

Bali: Bali diisytiharkan darurat selama dua minggu akibat kemarau dan kebakaran yang semakin teruk melanda pulau peranginan itu, lapor The Jakarta Post.

Pemangku Gabenor Bali SM Mahendra Jaya berkata, keputusan itu dibuat berikutan kemarau berpanjangan dan peningkatan kebakaran tanah dan hutan.


Arahan itu dikeluarkan pada Khamis lalu dan membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.


Darurat itu berkuat kuasa sehingga 1 November dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut keperluan.

Ketua Badan Mitigasi Bencana Bali (BPBD-Bali) Made Rentin berkata, status kecemasan diisytiharkan bagi membantu memudahkan akses bagi penempatan sumber manusia, peralatan dan logistik lain untuk misi bencana.

Menurutnya, dengan status yang berkuat kuasa, pentadbiran wilayah akan dapat mengarahkan institusi lain untuk mengambil peranan aktif dalam mengurangkan bencana.


"BPBD mendapat akses kepada semua sumber yang kami perlukan untuk menangani kemarau dan kebakaran," katanya.

Dengan keadaan darurat, Rentin optimis bencana itu dapat dikurangkan dengan segera.

Pada Khamis, Mahendra mencadangkan bahawa tidak ada sebab untuk mengisytiharkan darurat kerana keputusan untuk meningkatkan status kesedaran bencana dibuat secara berhemah sebagai cara untuk menggerakkan sumber.

Kemarau melampau melanda pulau yang bergantung kepada pelancongan itu sejak Julai lalu dengan sekurang-kurangnya 113 banjar (kampung tradisional) menghadapi krisis air bersih.

Kawasan yang paling terjejas termasuk dusun di Buleleng, Jembrana dan Karangasem.

"Krisis kemarau dan air bersih mungkin merebak ke kawasan lain, jika tiada hujan dalam beberapa hari akan datang," kata Mahendra dalam pertemuan dengan BNPB di Denpasar, pada Khamis.

Menurut data biro Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Denpasar, tiga daerah di seluruh pulau tidak mengalami taburan hujan selama 94 hari berturut-turut

Musim kemarau yang berpanjangan di Bali, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca El Niño yang turut mengakibatkan banyak kebakaran hutan dan tanah, dengan sekurang-kurangnya tujuh kebakaran hutan dilaporkan antara Julai dan Oktober; dua di Buleleng, empat di Karangasem dan satu di Bangli.

Tiga kemudahan tapak pelupusan yang menyediakan perkhidmatan sisa penjagaan kesihatan turut terbakar dan pihak berkuasa masih bergelut untuk memadamkan kebakaran selepas lebih seminggu, termasuk di tapak pelupusan sampah terbesar di Bali di Suwung, Denpasar.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-10-2023 09:19 PM
Malaysia ni asik kena jerebu sebab negara jiran je
Quote krustykrab 22-10-2023 09:32 PM
Perawankota replied at 22-10-2023 09:19 PM
Malaysia ni asik kena jerebu sebab negara jiran je

Tu pun menteri di yg tongong mcm priskis kata bukan negara dia yg eksporlt jerebu ke malaysia.
Quote Perawankota 22-10-2023 09:34 PM
krustykrab replied at 22-10-2023 09:32 PM
Tu pun menteri di yg tongong mcm priskis kata bukan negara dia yg eksporlt jerebu ke malaysia.

Biasalah org kentut depan org, jarang nak nagaku dia yg kentut kan
Quote green~tea 22-10-2023 10:19 PM
Panas mcm neraka ke
Quote OshinDaSolja 22-10-2023 10:40 PM
emm kemarau ek kt sana...alhamdulillah Malaysia dh start hujan2...btw tak pernah minat nk pergi Bali... tak suka dgn culture patung2 dan sembahan pelik2...
Quote rosmahisham 22-10-2023 10:53 PM
Derang ni nk hjg tahun panas la kn..dpt dr summer aussie..
Quote minahmanja 22-10-2023 10:59 PM
Perawankota replied at 22-10-2023 09:19 PM
Malaysia ni asik kena jerebu sebab negara jiran je

Yelah kan kita dah “kirim” banjir kat dia.. so dia antar lah jerebu bagi fair. Hahaha
Quote edayildiz 23-10-2023 12:08 AM
OshinDaSolja replied at 22-10-2023 10:40 PM
emm kemarau ek kt sana...alhamdulillah Malaysia dh start hujan2...btw tak pernah minat nk pergi Bali ...

i pun xpnh pergi bali lg
Quote sayurmayur88 23-10-2023 07:34 AM
sebb ramai sgt tourist western buat maksiat ke?
Quote honeybee1802 23-10-2023 08:33 AM
Fuh..hawai terbakar...bali plak....climate change is real...the planet getting hotter...
Quote brego 23-10-2023 09:59 AM
honeybee1802 replied at 23-10-2023 08:33 AM
Fuh..hawai terbakar...bali plak....climate change is real...the planet getting hotter...

terlalu innesen
Quote iolss 23-10-2023 10:58 AM
xpenah pergi bali.. btl ke cantik spt yg digambarkan?
Quote MadameOnion 23-10-2023 11:03 AM
banyak sangat maksiat..haaa gitu meols jadi setajah jadian
Quote cranell 23-10-2023 11:06 AM
Biasa hujung tahun sana peak season. Sebelah sini closed sana open. Sama macam phuket.

Boleh tgk ikan mora mora dekat bali
Quote helicornia 23-10-2023 11:59 AM
iolss replied at 23-10-2023 10:58 AM
xpenah pergi bali.. btl ke cantik spt yg digambarkan?

cantik la jugak
culture n senibina dorang unik
tapi tak tahan ramai sgt orang dengan pelancong n org tempatan, pastu penjual suka kejar n paksa org beli brg.serabut
nak makan halal pun area tertentu je ada
Quote sepiITUindah 23-10-2023 12:23 PM
tu ler benci lagi kat upin ipin
dapat tulah
Quote stingerbumpy 23-10-2023 12:30 PM
Parlimen tutup macam waktu abahcow tak?
Quote stingerbumpy 23-10-2023 12:32 PM
edayildiz replied at 23-10-2023 12:08 AM
i pun xpnh pergi bali lg

Kerja macam nak mampos....berlaki tak jugak...holidays jauh sekali...apa mau mu dlm hidup ini sevenarnyer?
Quote stingerbumpy 23-10-2023 12:34 PM
green~tea replied at 22-10-2023 10:19 PM
Panas mcm neraka ke

Katanyer  ko pernah berexpedisi kesana?

Share ler...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049276 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top