CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konflik Palestin-Israel: Serangan Baharu Zionis Ragut 55 Nyawa

22-10-2023 03:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2620| Komen: 0

Bandar Gaza: Serangan berlarutan sepanjang malam ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan nyawa sekurang-kurangnya 55 orang, kata pasukan Hamas ketika tentera Israel mengumumkan akan meningkatkan pengeboman.


“Lebih 55 orang syahid,” kata pejabat media Hamas dalam satu kenyataan mengenai pengeboman terbaharu Rejim Zionis.


Lebih 30 rumah musnah beberapa jam selepas jurucakap tentera Israel memaklumkan bahawa pihaknya akan meningkatkan serangan di Gaza.

Hamas berkata, lebih 4,300 penduduk dengan kebanyakannya orang awam, telah terbunuh akibat pengeboman Rejim Zionis sebagai tindak balas kepada serangan pada 7 Oktober lalu.  

Dalam pada itu, Hamas menyuarakan kegusaran mengenai kekurangan bantuan untuk memenuhi keperluan pelarian walaupun selepas 20 trak memasuki wilayah Palestin semalam. 

Ini disebabkan terdapat 1.4 juta orang kehilangan tempat tinggal di semenanjung tersebut.


“Bantuan yang tiba di Gaza tidak mencukupi untuk satu hari. Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel bagi membawa masuk beribu-ribu trak bantuan,” jelas kenyataan itu. – AFP


Sumber: Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.577250 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top