Johor Bahru: Lelaki yang menyamun remaja dalam lif pangsapuri di sini minggu lalu, mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Mohamad Hidayat Daim, 43, yang tidak diwakili peguam pada prosiding di hadapan Hakim Fatimah Zahari turut menolak tawaran ikat jamin RM15,000 dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya.
Dia sebelum itu mengaku bersalah melakukan samun pada jam 3.18 petang 15 Oktober lalu ke atas remaja lelaki berusia 14 tahun dalam lif blok A, Pangsapuri Desa Jaya, Jalan Bayu Puteri 2, di sini, iaitu sebuah telefon bimbit jenis Vivo YISA warna biru gelap. Mohamad Hidayat didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. Thiviya mencadangkan ikat jamin RM15,000, selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali, menyerahkan pasport antarabangsa dan memohon mahkamah memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak mengganggu mangsa.
Namun apabila tertuduh menyatakan tidak mahu diikat dijamin, Fatimah menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan fakta dan jatuh hukum. Sumber: Harian Metro |
jazaa100 replied at 22-10-2023 03:42 PM
Menakutkn.....
Aku takut remaja tu diapa² kan je....
jazaa100 replied at 22-10-2023 03:42 PM
Menakutkn.....
Aku takut remaja tu diapa² kan je....
umbut replied at 22-10-2023 02:31 PM
Yendonnn..
nw111 replied at 22-10-2023 04:57 PM
Yendon ke... muka mmg cam yendon..
Tapi skrg ni lama dh tak dgr yendon merompak besar besaran mcm ...
Decaffeinated replied at 22-10-2023 09:26 PM
Muka yendon tu macam mana?
ADVERTISEMENT