CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajak Tak Tolak Teknologi Tapi Jangan Terlalu Bergantung, AI Tak Ada Perasaan

21-10-2023 10:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 20296| Komen: 11

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpandangan teknologi kecerdasan buatan atau AI dilihat masih belum mampu untuk menyaingi tugas penyampai radio sebenar buat ketika ini.


Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, teknologi AI tidak mempunyai keupayaan menunjukkan perasaan untuk menyelusuri jiwa para pendengar.



“Saya tidak menolak teknologi. Penerimaan terhadap teknologi AI ini memang sudah meluas di seluruh dunia. Ramai yang dah guna pun.


“Namun, ada satu perkara yang saya kurang bersetuju bila AI jadi penyampai radio. Penyampai radio harus mempunyai jiwa.


“Seperti kami di Suria FM, bila kami terima panggilan daripada pendengar yang berkongsi cerita sedih, takkan selepas itu radio nak mainkan lagu-lagu gembira yang telah di set oleh AI. Di mana emosinya?


“Jika ada penyampai yang bertugas secara langsung, kita boleh ikutkan suasana. Kalau sedih, kami mainkan lagu sedih. Begitu juga sebaliknya,” katanya.


Penyampai radio Suria FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Legacy Rider 2.0 yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Rabu.



Pada masa sama, Ajak turut berharap agar suami pihak tidak terlalu bergantung kepada teknologi sehingga ia memberi kesan terhadap perkejaan manusia


“Saya tak nafikan teknologi ini memang akan memberikan kesan buat para penyampai radio. Pekerjaan sebagai penyampai radio ini tak banyak pun.


“Hanya ada beberapa bilangan spesifik sahaja dalam sesebuah negara. Kalau semuanya sudah dikuasai oleh AI, tiada apa lagi untuk kita masa akan datang.


“Andai kata sistem ini juga boleh diterima, mungkin satu hari nanti pembaca berita juga tidak diperlukan lagi. Jangan terlalu bergantung kepada teknologi.


“Mungkin ia bagus tapi harus berpada-pada. Kita boleh lihat sendiri ada beberapa pekerjaan yang sudah tiada lagi di dunia ini disebabkan teknologi,” ujarnya lagi.


Dalam perkembangan lain, Ajak memaklumkan dirinya kini telah membuka rumah produksi sendiri dan bakal mengarahkan telefilem pertamanya yang berjudul Babysita.


Jelas Ajak, telefilem ini akan membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Eric Fuzi dan Ropie.



Sumber: Media Hiburan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-10-2023 07:06 AM
Jgn nnti AI tu caras job ko dh ler
Quote damian_lee 22-10-2023 07:10 AM
ibarat dj sebenar diganti dj pelawak?
Quote hayrin86 22-10-2023 09:44 AM
Lebih baik AI jadi bank daripada mencaras tugas manusia..
Quote Zazama 22-10-2023 10:29 AM
AI Kalau segi pertahanan, dasyat juga impaknya. AI tiada perasaan. Kalau dia rasa salah, dia hukum, dia tembak je. Lagi bahaya. Manusia boleh juga guna budi bicara. Boleh juga juga 'disuap' but not AI ya!
Quote pocongkiutss 22-10-2023 10:38 AM
Zazama replied at 22-10-2023 10:29 AM
AI Kalau segi pertahanan, dasyat juga impaknya. AI tiada perasaan. Kalau dia rasa salah, dia hukum,  ...

Alamak..segham pulak bila baca komen chuols ni..betul juga tu
Quote telracs 22-10-2023 01:15 PM
Apa ni?
Reputs cari ni kalau tulis artikel, semak dulu boleh tak?
Quote imanda 22-10-2023 02:10 PM
yg skg para youtuber tiktokers instafemes tu i is seram jugak sb dailylife drg sume dipertontonkan so xmustahil AI blh amik sbijik2 pergerakan drg dan emosi drg jugak.
Quote hashashes 22-10-2023 02:17 PM
Zazama replied at 22-10-2023 10:29 AM
AI Kalau segi pertahanan, dasyat juga impaknya. AI tiada perasaan. Kalau dia rasa salah, dia hukum,  ...

Teringat cite Arnold susah nak eja tu, manusia berperang ngan robot. Dulu2 rasa mcm just fiction je, mustahil nak jadi. Sekarang, anything is possible
Quote lilac85 22-10-2023 06:25 PM
I suka guna chat gpt je haha
Quote cranell 23-10-2023 11:03 AM
AI buat lawak. Cmne tu?
Quote Suchi 23-10-2023 11:46 AM
hashashes replied at 22-10-2023 02:17 PM
Teringat cite Arnold susah nak eja tu, manusia berperang ngan robot. Dulu2 rasa mcm just fiction j ...

Kan..
Kadang2 apa yg dlm movie tu sebenarnya menda realiti

Cth kisah cuci otak manusia ke, klon emm mcm2 lagi laa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.042184 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top