CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Berpesta Tuang Bir Dalam Mulut Ular Sawa

21-10-2023 09:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15205| Komen: 51

Cape Town, Afrika Selatan – Sekumpulan remaja di Afrika Selatan diburu pihak berkuasa kerana menganiaya haiwan selepas mereka memasukkan bir ke dalam mulut seekor ular sawa ketika sedang berpesta. 


Portal berita MailOnline melaporkan, suspek-suspek didakwa ular sawa sepanjang 1.8 meter yang dilindungi itu ketika berpesta di dalam semak sebelum membuka rahangnya untuk menuangkan bir.


Pakar-pakar ular menyatakan bahawa organ dalaman reptilia tidak mampu menyesuaikan diri dengan alkohol dan ia akan membakar tisu dalamannya selain menyebabkan kerosakan teruk atau kematian.

Dalam sebuah klip video, dua lelaki dilihat memegang ular itu sebelum seorang lagi lelaki menuangkan sebotol bir ke dalam mulut reptilia tersebut.

Orang ramai di sekeliling mereka dilihat ketawa sebelum lelaki tersebut cuba menuangkan sebotol lagi bir ke dalam mulut ular tersebut.


Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (NSPCA) telah memuat naik video itu ke laman webnya untuk mendapatkan maklumat.

Seorang jurucakap NSPCA berkata: “Ia adalah spesies ular sawa batu Afrika yang terancam atau dilindungi dan kami akan mengambil tindakan undang-undang.

“Siasatan penuh sedang dijalankan dan sebarang maklumat penting akan membantu kami kerana sukar untuk mengesan pelaku dalam video yang disiarkan dalam talian,” katanya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 21-10-2023 09:34 PM
kejammm…mohon mereputs semua…
Quote kemaruk 21-10-2023 09:52 PM
Sian ulat sawah
Quote Binodino 21-10-2023 09:53 PM
Ingatkan berlaku di negara yenna. Rupanya negara safari.

Quote dua_chzy 21-10-2023 10:54 PM
Lepas tu deols panggang ke idok ular sawa tu? Macam marinate dari dalam je aku tengok.
Quote B40tastePosh 22-10-2023 01:32 AM
dua_chzy replied at 21-10-2023 10:54 PM
Lepas tu deols panggang ke idok ular sawa tu? Macam marinate dari dalam je aku tengok.

Baru je meols panggang ular sawa haritu

IMG20230903211549.jpg
Quote dua_chzy 22-10-2023 02:24 AM
B40tastePosh replied at 21-10-2023 05:32 PM
Baru je meols panggang ular sawa haritu

Innalillahiwainnailaihirojiun...Takpe la mati sekoq. Kaum kau banyak lagi di muka bumi ni belum diancam kepupusan.
Quote annehuda 22-10-2023 03:09 AM
B40tastePosh replied at 22-10-2023 01:32 AM
Baru je meols panggang ular sawa haritu

Sbb tu kalau nampak biawak jgn langgar. Biawak tu sbnrnye rabun dia mengesan pergerakan sbb tu die mcm slow. Biawak tu berjasa sebab dia makan telur ular.
Quote zuuu 22-10-2023 04:21 AM
Contoh manusia ada akal tapi x berfungsi,moga sekor2 mati dibunuh ular gak sebab korg dh ainaya haiwan
Quote imanjannah 22-10-2023 07:05 AM
ya Allah.. apa la gini
Quote hayrin86 22-10-2023 09:35 AM
Cuba bagi anjing atau khinzir minum arak.. Manusia takyah minum arak pun tak apa..
Quote jas7512 22-10-2023 09:42 AM
Ular ni binatang pendendam..lelaki2 yg aniaya habis lah kau diburu dan dibunuh oleh kerabat2 ular ni
Quote Tinot7 22-10-2023 09:45 AM
B40tastePosh replied at 22-10-2023 01:32 AM
Baru je meols panggang ular sawa haritu

Eeww.. hang mkn ular ka? Satu kampung jenis mkn ular ka?
Quote honeybee1802 22-10-2023 09:47 AM
B40tastePosh replied at 22-10-2023 01:32 AM
Baru je meols panggang ular sawa haritu

Pehtu hang cicah kicap ke black pepper sauce?
Quote Kurex 22-10-2023 10:30 AM
jas7512 replied at 22-10-2023 09:42 AM
Ular ni binatang pendendam..lelaki2 yg aniaya habis lah kau diburu dan dibunuh oleh kerabat2 ular ni

1000079038.jpg
Quote bakingsoda 22-10-2023 10:30 AM
aku takut la jugak ular tapi jahat gila perangai aniaya ular camtu, tak suka halau je la atau kalau rasa terancam bunuh serta merta bukan seksa!
Quote B40tastePosh 22-10-2023 01:37 PM
dua_chzy replied at 22-10-2023 02:24 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun...Takpe la mati sekoq. Kaum kau banyak lagi di muka bumi ni belum di ...

Aritu ada yg tunggu meols depan pintu pagar...pastu cabut lari...kalau terpijak konferm membelit...kalau membelit gigit terus dia..patahkan ekor dia...

Bahasa Bugis : Malunra' ladde
Bahasa Jawa  : Weynak banget
Quote B40tastePosh 22-10-2023 01:39 PM
Tinot7 replied at 22-10-2023 09:45 AM
Eeww.. hang mkn ular ka? Satu kampung jenis mkn ular ka?

Meols dgn adik angkat ni je

Quote B40tastePosh 22-10-2023 01:43 PM
Edited by B40tastePosh at 22-10-2023 01:46 PM
honeybee1802 replied at 22-10-2023 09:47 AM
Pehtu hang cicah kicap ke black pepper sauce?


Bakar...lepastu baru siang, gosok dengan daun serai...

Lepastu cuci dan rebus.

Lepas rebus tu ikut uols nak masak apa..masak kicap ke, daging bakar ke, masak lomak cili api ke..

Cicah  kicap bawang dgn cili api boleh
Quote Atata 22-10-2023 01:47 PM
B40tastePosh replied at 22-10-2023 01:43 PM
Bakar...lepastu baru siang, gosok dengan daun serai...

Lepastu cuci dan rebus.

Astagaa.. ui kau bukan islam ka

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.048148 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top