CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menyamar Pegawai Polis Berkeras Letak Kereta Tengah Jalan

21-10-2023 09:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6599| Komen: 10

George Town: Seorang lelaki warga emas diberkas selepas dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dengan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas, semalam.

Suspek berusia 63 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) berhampiran sebuah pasar raya di Sungai Tiram di sini, kira-kira pukul 9.40 pagi.



Menurutnya kenyataan di Facebook IPD BD, suspek dikatakan telah memberhentikan keretanya jenis Proton Perdana di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi berkenaan.

“Ketika kejadian, orang awam cuba menasihati suspek, tetapi tidak diendahkannya dan mengaku sebagai anggota polis sambil menunjukkan sekeping kad polis komuniti.

“Sebaik menerima aduan daripada orang awam, polis Barat Daya kemudiannya terus ke tempat kejadian dan suspek diminta untuk menunjukkan kad pengenalan serta mengalihkan kenderaan.


“Namun, suspek enggan mengemukan kad pengenalan selain tidak mengalihkan kenderaannya,” katanya di sini, hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, polis turut merampas sekeping kad polis komuniti milik suspek dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 170 dan 186 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kad polis komuniti yang dimiliki suspek adalah palsu dan direkannya sendiri. 


Sumber: Kosmo! Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 21-10-2023 10:25 PM
Dah tua pun bodoh!
Quote shernazz 22-10-2023 03:09 PM
Haha
Bangang
Quote batmana 22-10-2023 05:23 PM
xde keje cari keje
Quote Jitu 22-10-2023 07:32 PM
tak waras ke ni
Quote Skuau 22-10-2023 07:59 PM
hebat versi kiatsu bodoh..ngn polis pon msh 'degil'....
Quote Skuau 22-10-2023 08:01 PM
batmana replied at 22-10-2023 05:23 PM
xde keje cari keje

keje dh kena amik ngn abangla...terpaksa buat FORMULA sendiri...wujudkan peluang pekerjaan tuk diri sendiri....
Quote otai_g 22-10-2023 08:32 PM
Dah tua nak mampos. Org tua mcm ni halal diterajang utk bg sedar diri.
Quote cranell 22-10-2023 08:53 PM
kira kad polis komuniti tu dah kebal ye?
Quote BoongaKertas 23-10-2023 12:46 PM
first time dgr. apa tu kad polis komuniti?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.032710 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top