CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lelaki Takut Nak Dekati Wani Kayrie

21-10-2023 09:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4480| Komen: 47

Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie mendedahkan ada lelaki yang takut untuk berkawan dan melangkah ke fasa serius kerana menganggap mereka tidak setaraf dengannya.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 23, berkata, jika nak diikutkan, dia bukanlah terlalu memilih untuk berkawan kerana yang penting lelaki itu seorang yang rajin berusaha serta bekerja keras sepertinya.



"Saya tidak cakap pun nak cari lelaki yang sama taraf kerana saya pun bermula dari bawah sebelum berada pada tahap sekarang

"Saya akui ada lelaki yang takut untuk melangkah ke fasa seterusnya bila mereka dapat tahu saya memiliki 'degree' (ijazah),"katanya.,

Menurut Wani yang memiliki kereta mewah, Mercedes-Benz CLA180, keselesaan hidup yang dimiliki hari ini juga berkat kerja kerasnya sejak 12 tahun berkecimpung dalam bidang seni tanah air.

"Maklumlah, saya anak sulung dan menjadi punca rezeki dalam keluarga. Mama saya juga masih bekerja dan ada adik yang masih kecil.


"Bagi saya, jika lelaki itu serius mahu berkawan, saya tiada masalah untuk terima asalkan dia pandai cari duit sendiri, walaupun hanya memandu kereta biasa saja," katanya yang pernah dikaitkan dengan penyanyi, Afieq Shazwan.


Wani yang akan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Perdagangan berkata, bukannya tiada lelaki yang mahu mendekati tetapi buat masa ini, dia mahu habiskan pelajaran terlebih dulu.

"Pada masa sama, saya juga ada perancangan untuk sambung belajar ke peringkat 'master' (sarjana) dan PhD (Doktor Falsafah) pada masa depan," katanya.

Ditanya sama ada dirinya dikongkong keluarga hingga tiada masa untuk mencari teman lelaki, Wani menafikannya.

"Saya bersyukur kerana mama okay dan tidak kisah jika saya nak berkawan dengan siapa sahaja termasuk rakan artis.

"Apa yang penting, saya pandai menjaga diri. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan kena beritahu mama terlebih  dulu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorlgonewhat 21-10-2023 09:53 PM
She nak ambil Master? So apa beza master dan postgraduate certificate?
Quote jari10 21-10-2023 10:23 PM
Takut atau tidak berminat?
Quote queae 21-10-2023 10:40 PM
bukan dia pakai tudung ke? ke aku salah wani. obv not want hasrita lah
Quote dua_chzy 21-10-2023 10:41 PM
Muka ko macam Nikki Palikat ka macam Faradhiya ni sebenarnya?
Quote codenamedream 21-10-2023 11:13 PM
queae replied at 21-10-2023 10:40 PM
bukan dia pakai tudung ke? ke aku salah wani. obv not want hasrita lah

Mungkin Itu Wani Syaz
Quote doubleA 22-10-2023 12:33 AM
Dia la yg friendzone apik sazwan tu kan sampai frust mamat tu. Bapak dia takda ke as if meninggal ke cerai hidup?
Quote miss_strangers 22-10-2023 12:39 AM
Dia ni budak cerdik Kan? Xpela kl xglemer jadi penyanyi..ikut jela jejak langkah pinaz tu. Jadi lecturer ye dikkkk
Quote tahanie 22-10-2023 12:42 AM
Dia ni berlakon masih tak dapat lead role kan
Quote sukanyanyi 22-10-2023 01:11 AM
tahanie replied at 22-10-2023 12:42 AM
Dia ni berlakon masih tak dapat lead role kan

Aha btol.. so far x nampak lg.
Quote sukanyanyi 22-10-2023 01:13 AM
doubleA replied at 22-10-2023 12:33 AM
Dia la yg friendzone apik sazwan tu kan sampai frust mamat tu. Bapak dia takda ke as if meninggal ke ...

Aah kesian apik frust. Tp mmg nampak x sesuai sbb air muka jauh berbeza.
Quote sukanyanyi 22-10-2023 01:14 AM
jari10 replied at 21-10-2023 10:23 PM
Takut atau tidak berminat?

Kan.. i sedikit rengsa baca awal2 tu, mcm, sure keee
Quote irsa 22-10-2023 02:53 AM
Tak berapa nak wow sgt kot paras rupa sheols ni. Nmpk kedesaan. Bila make-up tebal semakin teruk. Pendpt ikhlas. Bukan face shaming, ya.
Quote anony-mous 22-10-2023 04:32 AM
queae replied at 21-10-2023 10:40 PM
bukan dia pakai tudung ke? ke aku salah wani. obv not want hasrita lah

Bkn. Tu wani sorang lg yg muka mcm ustazah
Quote anony-mous 22-10-2023 04:33 AM
23??? I tot 33. Muka she mcm kwn iols sikit2. Tp kwn iols dah 30an. End up kahwin dgn laki org jah
Quote anony-mous 22-10-2023 04:34 AM
sukanyanyi replied at 22-10-2023 01:13 AM
Aah kesian apik frust. Tp mmg nampak x sesuai sbb air muka jauh berbeza.

Awat dia frenzone kan mamat tu ye? Pdhal i rasa mamat tu yg patut frenzone kan she? Sbb mamat tu xkaya?
Quote miszclassique 22-10-2023 06:12 AM
tahanie replied at 22-10-2023 12:42 AM
Dia ni berlakon masih tak dapat lead role kan

Dayang senandung tu sheol lead kot
Yang viral waktu black lives matter tu
Quote sukacactus 22-10-2023 06:33 AM
Dah ok ke dgn afiq tu
Reramai aritu gi holiday bangkok nampaknya
Quote myhairisbad 22-10-2023 07:52 AM
sukacactus replied at 22-10-2023 06:33 AM
Dah ok ke dgn afiq tu
Reramai aritu gi holiday bangkok nampaknya

Kann.. perasan dlm gambar mostly Afiq n Wani berdiri sebelah2 n nampak happy.
Quote takayama 22-10-2023 08:40 AM
Suara okay tp maaf aura kurang sgt nak oii, x blh nak panggil adik sbb dah lbh kurang umur anak acik... hahaha
klu menyanyi berlakon x menjd then sambung ke master ke PHD leh jd lecturer nnt. Ikut cam najwa Latiff tu

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045457 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top