CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik, Pekerja Kedai Emas Ditahan Dipercayai Guna Identiti Kerabat Diraja Kelantan

21-10-2023 09:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2048| Komen: 5

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, kedua-duanya suspek masing-masing berusia 42 dan 46 tahun yang juga adalah pemilik syarikat serta pekerja kedai emas ditahan pada 4 petang.


Terdahulu, katanya, pihaknya menerima laporan Isnin lalu, memaklumkan terdapat beberapa individu menggunakan gambar kerabat Diraja Kelantan bagi merasmikan premis perniagaan emas di Kota Bharu.

KHAIRUL Khuzaini yang dipercayai turut terbabit dengan sindiket penipuan pelaburan emas sedang dikesan pihak polis. FOTO Ihsan Polis

"Bagaimanapun, pengesahan yang diperoleh dari pihak Istana Kelantan menyatakan perkara berkenaan sebenarnya adalah tidak benar.

"Sehubungan itu, mereka ditahan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman tiga hari bermula 21 sehingga 23 Oktober untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Rosdi berkata, susulan kes itu pihaknya sedang mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai Khairul Khuzaini Zamsani, 28, yang dipercayai turut terbabit dengan sindiket penipuan pelaburan emas.

"Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau seperti membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) AMLA 2001.

"Hasil risikan dan siasatan juga mendapati, kumpulan berkenaan menggunakan modus operandi dengan menjalankan aktiviti pelaburan yang meragukan serta menjurus kepada penipuan terhadap orang ramai.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek supaya menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhd Eran Mustapha Amir Shariffudin (JSJK Kelantan) di talian 012-3011852 atau 09-7752200," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-10-2023 03:10 PM
Astaga
Iols ingat pengkid tadi
Quote batmana 22-10-2023 04:01 PM
cm muka pelakon tu plak
Quote sharlenetexas 22-10-2023 04:02 PM
Tengku rak


Quote Belibis 22-10-2023 05:04 PM
batmana replied at 22-10-2023 04:01 PM
cm muka pelakon tu plak

Zalif sidek ka sis?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051146 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top