Usahawan sensasi Kak KM meminta mana-mana pihak bercakap buruk tentang anak perempuannya iaitu Rania supaya tampil bersemuka dengannya. Malah Kak KM atau Liana Rosli juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekira ada komen melampau sehingga boleh menjejaskan emosi Rania.
"Jangan nak sibuk bercakap tentang anak orang. Saya tahu siapa yang bercakap itu... Saya baca setiap komen yang ditulis. “Yang pakai fake akaun tu namanya pengecut, kalau berani hina wajah anak saya, hadap saya dulu. Mari kita bersemuka! "Saya nak ingatkan negara kita ada undang-undang. Saya boleh saja nak ambil tindakan saman kepada mereka yang menghina anak saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Kak KM memberi amaran itu sebagai mengulas terdapat segelintir pihak menyamakan Rania, 13, dengan seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) dari China dikenali sebagai Xiao Xiao.
Xiao Xiao sedang tular kerana menghidap sindrom dobby yang mana tumbesarannya terbantut selain mudah tantrum disebabkan faktor sekeliling. Netizen mula membuat perbandingan dan menghina Rania seperti Xiao Xiao selepas remaja itu memuat naik sebuah video di laman sosial TikTok miliknya. Membaca semua kritikan tersebut, Kak KM secara lantang menyelar tindakan netizen mengutuk anaknya sebagai kurang ajar. "Kau bercakap tak pakai akal ke? Lihat dengan mata sendiri, anak saya itu sempurna semuanya. “Ada mata, hidung dan wajah yang cantik. Jangan nak mudah bercakap hal orang kerana takut jadi pada diri sendiri. "Mereka yang bercakap ini seolah-olah tiada adab. Memang dasar kurang ajar," tegasnya. Kak KM berkata, sebagai ibu dia tidak akan membiarkan golongan ini menghina anaknya sehingga tergamak bercakap perkara buruk. "Saya memang tak puas hati orang yang bercakap buruk fasal anak saya. Kalau nak bercakap tu biarlah perkara yang elok," ujarnya. Sumber: mStar
|
dua_chzy: Sorry. Aiol tergelak tengok mu ...
Buritan replied at 21-10-2023 10:17 PM
Tp mmg seakan akan pun.. kuat tantrum pun sama..
aammyy replied at 21-10-2023 10:30 PM
Kuat trantrum? Anak dia umur berapa?
ADVERTISEMENT