CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom Selalu Masak Di Rumah, Tak Nak Fuad Merajuk Tak Makan 'Air Tangan'

21-10-2023 08:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3972| Komen: 32

Sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, penyanyi Tom mendedahkan dia akan memasak setiap hari untuk keluarga memandangkan suaminya tidak gemar makan di luar.

Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, biarpun dia dan suami iaitu Fuad Rahman sibuk dengan latihan program realiti Famili Duo musim ketiga (FD3) namun tetap mencuri masa menyediakan masakan buat keluarga.


Malah dedah Tom, Fuad boleh merajuk sekiranya tidak dapat merasai air tangannya.


"Tak sempat sejuk (nasi) dia dah makan... Hari ini sibuk soundchek dan latihan Famili Duo tapi masak tetap masak. Kalau tak masak, muncung Fuad sampai dekat parking bawah," katanya.

Tom berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu yang memperlihatkan Fuad sedang berselera menikmati masakan isterinya.

Dalam pada itu, Tom berkata, anak-anaknya juga hanya akan berselera makan jika menikmati hidangan masakannya.


Disebabkan itu, mereka juga sudah lama tidak memesan makanan demi mengelak pembaziran.

"Anak-anak pun bila Tom masa baru makan banyak... Makan dekat luar asyik tak habis saja.

"Jadi keluarga kami memang kena masak setiap hari. Tak boleh pesan makanan hari-hari... Dengan Fuad memang kena masak," jelasnya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Tom dan Fuad juga merupakan salah satu pasangan yang bertanding di pentas FD3 kali ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-10-2023 08:39 PM
Yerlah tom ni kan pandai masak
Quote I.K.A888990 21-10-2023 09:29 PM
ahhh gitu tom...
kenyang abe fuad sentiasa
Quote jihyomelly 21-10-2023 11:34 PM
air tgn ke air apa pun xde sapa kisah dah korang laki bini kan..
Quote marion24 21-10-2023 11:48 PM
Suka hati korangla..hatta air kaki pun xde sapa kisah
Quote miss_strangers 22-10-2023 12:11 AM
Xpela masuk je kisah ko byk2 dlm Bodgos ..Ada jugak sumbangan suara lalak ko dlm dunia seni. Jgn jadi si gigi hadid terapunggg yg menyemak kat bodgosss
Quote aemon 22-10-2023 11:49 AM
Bau makanan like basi mcm timbul lak kat skrin tepon ni.

Gara2 tengok muka kepam dorang
Quote sukacactus 22-10-2023 12:33 PM
Dah jadi suami kan
Buat je la apa yg laki ko suka tom oi!
Quote LaskarHijayu 22-10-2023 01:01 PM
Sendu btol 2 org ni baru 7 komen je dpt
Quote telracs 22-10-2023 01:03 PM
Semoga jadi suami isteri yang baik
Jangan ulang kesilapan lalu
Quote berlina 22-10-2023 02:04 PM
rasa mcm nk komen sesuatu tapi tetiber xpasti apa pulokk .. hmm xpe la asalkn bahagia kome berdua kan kekeke
Quote miss_strangers 22-10-2023 02:06 PM
Pasni ko up la stori ko morning sickness xpon ko nak berak sembelit ke xpon up gambar foadd dokong ko sambil menyanyi...aku restuu walaupon rupa korang Nan hadoo still korang ber2 ada sumbangan menyanyi dari si humpty Dumpty tu menyemakkkk kat bodgoss.
Quote pocongkiutss 22-10-2023 02:36 PM
Pasangan terbusuk
Quote ggxoxo 22-10-2023 02:37 PM
miss_strangers replied at 22-10-2023 02:06 PM
Pasni ko up la stori ko morning sickness xpon ko nak berak sembelit ke xpon up gambar foadd dokong k ...

Uols pun join kempen ke?
Untuk tak oot,  do whatever you want I guess
Quote telracs 23-10-2023 09:06 AM
ggxoxo replied at 22-10-2023 06:37 AM
Uols pun join kempen ke?
Untuk tak oot,  do whatever you want I guess

Kempen apakah?
Quote dewi_rina 23-10-2023 09:32 AM
Yela tom sebab tu laki tukar-tukar, pandai sangat masak
Quote dewi_rina 23-10-2023 09:35 AM
Tetap la si tom kepam ni nak citer si poad tu gigih cari dia balik pastu ajak dia kawin
Oi tom ko memang nak mintak kena kecam ke.. Gigih nak citer laki orang tu kejar kau ajak kawin apa nya.. Pastu dok nangis2 sedih.. Muka dalam tv rupa kak limah
Quote anilanil 23-10-2023 09:37 AM
Bagus la. Bole buka kedai makan Tom Tom Yam.
Quote ketambangkang 23-10-2023 10:55 AM
hauk betul si tom ni nyanyi lagu marsya
Quote tipah89 23-10-2023 01:06 PM
hmmm yelah pasal dia masak pun nak kena ada satu thread kan.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.042064 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top