CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Julia Farhana Nafi Bela Anjing, Hanya Tumpangkan Sementara

21-10-2023 03:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8200| Komen: 17

Pelakon Julia Farhana Marin menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dia membela anjing seperti yang didakwa netizen sebelum ini.

Menurutnya, haiwan tersebut hanya ditumpangkan sementara di rumahnya dan dijaga oleh pembantu rumah selain memberi rawatan kerana penyakit kulit.



“Saya tidak tahu dari mana kenyataan dan dakwaan mengatakan saya membela anjing itu muncul.

“Sebenarnya saya tidak bela dan hanya jaga sementara untuk beberapa bulan di rumah dan beri rawatan bagi penyakit kulit anjing itu.

“Tak pernah main atau habiskan masa dengan anjing-anjing itu pun. Kini sudah ada tuan lain menjaga mereka,” katanya.

Dia bagaimanapun mengakui khilaf kerana menjaga haiwan tersebut di kediamannya sedangkan boleh menyewa di premis lain untuk tujuan murni tersebut.

“Hakikatnya makhluk lain pun perlukan kasih sayang dan penjagaan tetapi mungkin cara saya salah.


“Mungkin selepas ini, kalau nak beri jaga atau rawat, saya akan sewa satu ruang sebagai tempat pelindungan haiwan sebegitu.

“Selain itu, saya bukan sahaja bantu anjing sahaja tetapi juga miliki dan menjaga lebih 20 ekor kucing,” ujarnya.

Sebelum ini, Julia pernah tampil memohon maaf jika tindakannya menjaga anjing bernama Julio mengundang rasa kurang senang ramai.

Ujarnya, haiwan peliharannya itu bukanlah dipelihara di dalam kediamannya sebaliknya diletakkan di halaman rumah.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 21-10-2023 03:34 PM
ingatkan benda ni dah lama

Quote berlina 21-10-2023 03:58 PM
xpenah masok umah pulekss .. bukan dulu ko yg ckp anjing tu baik bijak siap betunggu betangga depan pintu bilik ko tingkat 2 tggu ko bukak pintu kerrr .. bila kene kecam ko ckp ko solat kat bilik lain kat tgkt 3...??? ke aku yg salah igt citer ko ni ngan sebuah drama akasia yg sama ngan jln citer ko ni.. kalo gituh mintak maap la ye takot jatoh pitnah pulekk
Quote Buritan 21-10-2023 04:00 PM
berlina: xpenah masok umah pulekss .. b ...


Aku pun baca mcm ko tulihh tuu..
Quote she 21-10-2023 04:15 PM
Macik ok je dia nak bela anjing bewak khinzir gebu apa pun
Bukan rumah macik
Rumah dia

Wakakakaka
Quote sharlenetexas 21-10-2023 04:24 PM
Idea sapik, cadar dan gf tumpangkan 50 kucing kt rumah jf.


Quote sharlenetexas 21-10-2023 04:25 PM
Tanyalah doc suami pulak.


Quote anilanil 21-10-2023 05:04 PM
Aiols ingat lagi article tu tulis hanjing tu tunggu ko dpn pintu bilik. Apa selama ni ko tido kat porch kereta ke? Ke hanjing tu yg salah trespassing masuk rumah? Ke wartawan tu fitnah ko? Ke ko yg lupa ada bela hanjing dlm rumah?
Quote Kentot_Wangi 21-10-2023 07:50 PM
Dah macam xda menatang lain nak bela. Tak anjing & "bewok".. Tu je. Haha..
Quote TomyamPuteh 21-10-2023 07:53 PM
Dia dh spin dh tuan-tuan.
Quote susukambingbest 21-10-2023 08:17 PM
berlina replied at 21-10-2023 03:58 PM
xpenah masok umah pulekss .. bukan dulu ko yg ckp anjing tu baik bijak siap betunggu betangga depan  ...

Ye uol. Sblm sheol glemer dlu baru bbrapa taun jd retis, sheol prnah post video brkejaran dgn anjing dlm umah sheol yg 2 tgkat tu. Brmain2 dgn anjing comei tu. Mngaku je la. Diam je sudah xpyh konar baring. iol pun geram je tgok anjing shiba inu. Tp redha je la, xblh bela anjing. Ikut je la praturan yg Allah dah ttapkn tu. Mlawan hawa nafsu tu jihad pling besar.
Quote susukambingbest 21-10-2023 08:18 PM
Kentot_Wangi replied at 21-10-2023 07:50 PM
Dah macam xda menatang lain nak bela. Tak anjing & "bewok".. Tu je. Haha..

Haha bewok ramai yg bela uol
Quote LadyCarefree 21-10-2023 08:24 PM
Kecohnya. Rumah dia, sukati dia lah.
Quote Kentot_Wangi 21-10-2023 08:32 PM
susukambingbest replied at 21-10-2023 08:18 PM
Haha bewok ramai yg bela uol

Hahahaha... Betul2.. Nak2 yg tgh "hot" skrg ni. Londeh2 pasal kakak dia, skali dia lg teruk kena londeh.
Quote bakingsoda 21-10-2023 08:42 PM
anilanil replied at 21-10-2023 05:04 PM
Aiols ingat lagi article tu tulis hanjing tu tunggu ko dpn pintu bilik. Apa selama ni ko tido kat po ...


skali baca pon tau dia rescue/foster haiwan lettew, yg masuk rumah dulu tu anjing lain, ni cite anjing lain. dulu mungkin penah jahil siap bagi masuk rumah. lepas kejadian yg tu dia dah tak bagi anjing masuk rumah la kot. pasni dia sewa terus tempat lain haa
Quote mxngchii 21-10-2023 10:10 PM
I.K.A888990 replied at 21-10-2023 03:34 PM
ingatkan benda ni dah lama

Kannnn. Tahun lepas-lepas pun naik jugak isu pasal anjing sheols ni tapi i just nak cakap lah kan, i tak pernah lagi jumpa anjing yang dgar cakap. Tuan dia kata no, lagilah anjing tu buat huhuhuhu
Quote bukan_ustazah 22-10-2023 12:30 AM
Edited by bukan_ustazah at 22-10-2023 12:33 AM

So dia bela ajing me tidak sebenarnya?
Quote pocongkiutss 22-10-2023 10:19 AM
Bela anjing lg bagus dr bela biawak bertotey

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.133163 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top