CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aedy Ashraf Dedah Berhenti Belajar Pada Usia 16 Tahun, Pilih Kerja Sebab Nak Bantu Keluarga Susah

21-10-2023 01:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14902| Komen: 116

Pelakon Aedy Ashraf mendedahkan dia terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat demi menyara keluarganya yang dalam kesusahan ketika itu.

Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata, meskipun ia keputusan paling sukar pernah dibuat dalam hidup namun dia terpaksa membuat pilihan itu demi keluarga.


Jelasnya, tidak mudah membahagikan masa jika dia perlu melakukan dua perkara dalam satu masa dan keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan ibunya yang juga pelakon Liza Zain.


"Waktu itu umur saya baru 16 tahun... Kalau saya lakukan dua-dua perkara itu (belajar dan berlakon) saya akan gagal melakukannya.

"Kalau saya pilih untuk teruskan persekolahan jadi kita tidak akan ada duit nak makan sebab kalau sekolah saya tak boleh shooting langsung," katanya.

Aedy berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program Studio Sembang yang dikendalikan oleh pelakon Amelia Henderson di YouTube.


Pelakon drama Budak Tebing ini memberitahu selepas berhenti sekolah dia memang memberi fokus sepenuhnya dalam bidang lakonan termasuk aktif menghadiri pelbagai uji bakat.

Imbau Aedy, dia pernah menghadiri uji bakat seorang diri dengan menaiki pengangkutan awam selain bersungguh-sungguh mendalami ilmu lakonan bagi memastikan produksi mengupahnya.

"Apabila saya mula berlakon, saya betul-betul memberi fokus, pergi uji bakat walaupun terpaksa naik pengangkutan awam seorang diri.

"Sebab itu saya bersungguh-sungguh pada lakonan selain banyak belajar termasuk memperbanyakkan membaca tentang ilmu lakonan," jelasnya.

Tidak pernah menyesal dengan keputusan dibuat, Aedy sebaliknya berbangga dengan pengorbanan dilakukan kerana dapat meringankan serta memperbaiki mutu kehidupan mereka sekeluarga.


Tidak hanya itu, Aedy berkata, hasil lakonan diterimanya dapat membantu membiayai yuran pengajian kakaknya di kolej.

"Saya pernah cakap dengan ibu biar saya cari duit, bagi peluang kakak sambung belajar. Saya bayar yuran pengajiannya di kolej.

"Ketika itu umur saya baru 17 tahun manakala kakak pula 19 tahun. Itu keputusan paling sukar saya buat dalam hidup tapi saya gembira," ujarnya.

Sementara itu, Aedy berkata, dia sedar akan kepentingan pendidikan namun waktu itu dia tidak mempunyai pilihan apabila mengenangkan keluarga dilanda masalah kewangan.

Kata Aedy, melihat kejayaan dikecapi hari ini membuatkan pengorbanan dilakukan sebelum ini terbayar namun menegaskan sekira ada pilihan serta kemampuan dia akan memilih pelajaran berbanding lakonan.

"Saya rasa segala usaha saya terbayar sekarang... Saya tak kata yang saya bangga kerana tidak pergi sekolah, tiada SPM.

"Saya tahu pelajaran penting dan kalau pada waktu itu saya ada wang, saya akan terus belajar.

"Masalah utama keluarga kami (ketika itu) adalah kewangan, memang tak ada duit langsung," katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syamzana 21-10-2023 01:51 PM
tgk peel pun tau malas bljr
Quote putericahaya999 21-10-2023 01:52 PM
Bagus lah... ambil APEL A tahap 6 pergi apply degree berlakon
Quote Kebabomb 21-10-2023 01:52 PM
Sekarang dah ada duit kan? Pergi sambung belajar….
Quote telracs 21-10-2023 01:58 PM
Tak de SPM rupanya...

Boleh je nak sambung belajar...
Dulu Pembantu Am Rendah kat tempat saya cuma ada SRP je. Kitoran selalu beri galakan pada dia supaya sambung belajar ambil SPM. Ada rakan-rakan guru beri dia tusyen percuma sebagai sokongan. Alhamdulillah, berkat kesedaran dan kesabaran, berjaya dia peroleh SPM. Pastu kahwin dengan cikgu ada Degree. Isteri dia pula beri galakan sampai diploma walau pun dah jadi bapa kepada 2 orang anak masa tu.
See... di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya..
Go Aedy go!!!
Quote straycat 21-10-2023 02:00 PM
Dia tiada ayah eh?
Quote telracs 21-10-2023 02:08 PM
Search kat google tak jumpa apa² pasal ayah dia...
Tapi jumpa ni pulak...
Quote berlina 21-10-2023 02:11 PM
aku suker tgk muka mamat ni dari meerqen .. tibeh
Quote kotakominami 21-10-2023 02:31 PM
Sementara anak biawak jantan itu masih menyusun rumah puaka....
Quote JunkMail 21-10-2023 02:39 PM
Dah senang kan skrg. Boleh dah la ambil SPM tu dik..
Quote kakikuDibibirmu 21-10-2023 03:02 PM
Dia ni cute kalau tak ada misai
Quote zuriey 21-10-2023 03:20 PM
Lepas tu ko nak hadap ppuan level2 amelia tu.
Bawah tapak kaki je la dia kerja kan ko

Quote izat123 21-10-2023 03:28 PM
zuriey replied at 21-10-2023 03:20 PM
Lepas tu ko nak hadap ppuan level2 amelia tu.
Bawah tapak kaki je la dia kerja kan ko

Amelia pun ada spm jah pun walaupun so called Mensa certified. Sebab kerja juga tak sambung belajar.
Quote I.K.A888990 21-10-2023 03:36 PM
takpe lepas ni ada rezeki boleh je sambung belajar
Quote CikYaYaYa 21-10-2023 03:36 PM
Apa2 jerlaaaa dikk. asal ko bahagiaaaa
Quote she 21-10-2023 04:20 PM
Jalan hidup dia
Ok lah dia tak jadi penagih dadah
Atau bewak pukul mak adik
Duduk rumah banglo free

Ada hasil juga dia berkorban untuk keluarga
Yang patut dikecam tu bebudak taknak amek SPM
Lepas tu menyesal susah dapat keje
Menyusahkan mak bapak

Takpe macik ok je
Macik memahami
Quote HappyGumbira 21-10-2023 04:27 PM
tak taubla dia ni ada ke tak ayah sbb ambik alih tugas ketua keluarga. tp setidaknya dia tak tjebak buat benda bukan2 dan sara kaka sambung belajar. harap ambik spm juga la ye jd calon psendirian
Quote Diamondmoney 21-10-2023 04:33 PM
Bgs jgk dia ni. Kira mmg dia tanggung keluarga la kan.

Semoga baik2 saja utk aedy
Quote codenamedream 21-10-2023 04:34 PM
she replied at 21-10-2023 04:20 PM
Jalan hidup dia
Ok lah dia tak jadi penagih dadah
Atau bewak pukul mak adik

Heols pun tak buat statement "Takde SPM boleh berjaya" maupun menjadi biawak.
Tanggung kakak sendiri sambung belajar.
Tidaklah bimbo
Quote nazzse 21-10-2023 04:46 PM
Maknya pelakon rupanya. Kira bagus la budak ni walaupun nampak nakal

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043856 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top