CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Nak Bolot Harta Pusaka Tergamak Hantar Ibu Ke Hospital Sakit Jiwa

21-10-2023 01:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6478| Komen: 2

Sumatera, Indonesia: Seorang pemuda tergamak menganiaya ibu kandung sendiri dengan menghantar wanita tersebut ke hospital sakit jiwa, gara-gara kerana mahu membolot harta pusaka.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang berusia 62 tahun sedang duduk di tangga rumahnya di Labuhan Selatan, Sumatera Utara sebelum dihampiri tiga orang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).



Wanita warga emas itu dipaksa masuk ke dalam kenderaan tersebut biarpun meronta-ronta dan mulutnya ditekup dengan kain.

Dia kemudian dihantar ke RSJ (Rumah Sakit Jiwa) Prof Ildrem di Kota Medan.

Mangsa kemudian membuat laporan kepada pihak polis yang membawa kepada penahanan anak lelakinya yang dikenali sebagai Alex Parmonangan Tobing, 28, pada 17 Oktober lalu.

Difahamkan, mangsa langsung tidak mengalami sebarang gangguan mental berdasarkan surat yang dikeluarkan doktor di RSU Putri Hijau Medan.


Jika sabit kesalahan, pemuda tersebut bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama dua tahun dan lapan bulan.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iolss 23-10-2023 05:10 PM
2 thn je???? hmmmm

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.864030 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top