Oleh Adib ZA Jika sebelum ini, banyak sifat wanita yang dihuraikan, yang mana jadi pilihan lelaki, penampilan mana yang menarik perhatian dan sebagainya.
Kini, wanita juga mempunyai pilihan mereka sendiri terutama dari segi penampilan lelaki. Dalam entry ini, bakal diketahui warna rambut bagaimanakah di kalangan lelaki yang sangat digemari oleh kaum wanita? Ya, jangan terkejut kerana rambut lelaki juga memainkan peranan dalam menarik perhatian wanita, agar mereka berasa lebih jatuh cinta kepada lelaki itu. Agak-agak, dalam banyak-banyak rambut lelaki, wanita cenderung menyukai warna rambut perang, coklat, hitam atau bagaimana?
Terdapat sebuah kajian menerusi laman web Whatsyourprice.com mendapati lelaki berambut perang kurang digemari wanita. Kajian itu dilakukan terhadap 145,000 orang lelaki pada bulan Jun dan Julai 2015 mendapati kaum lelaki memiliki rambut perang paling sedikit mempunyai kekasih atau teman. Ini kerana ada pandangan stereotaip mengenai lelaki berambut perang. Mereka ini dikatakan lebih suka 'enjoy' dan kurang memberi komitmen. Sebab itu kaum wanita mengelakkan lelaki sedemikian. Sebaliknya, wanita memilih lelaki yang berambut gelap seperti coklat kerana bukan sahaja nampak menarik, malah seksi. Begitu juga dengan lelaki yang berambut hitam, wanita menyenangi lelaki sebegini. Ini kerana mereka dilihat memikat dan menarik. Nampaknya, warna rambut juga memberi gambaran personaliti seseorang lelaki itu, bukan? - CARI Infonet |
12
Bagus |
1
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT