CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Kekurangan 12,000 Tenaga Pakar Atasi Serangan Siber

21-10-2023 10:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2093| Komen: 34

Kuala Lumpur: Malaysia masih kekurangan kira-kira 12,000 pakar keselamatan siber pelbagai bidang bagi menangani isu serangan siber selepas ia dilihat sebagai satu cabaran dalam usaha kerajaan memacu agenda pendigitalan negara.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata Malaysia memerlukan kira-kira 27,000 pakar keselamatan siber namun ketika ini hanya memiliki 15,000 orang untuk membantu menangani isu itu.


"Ini satu kekurangan yang sangat besar sebab bila kita faham keperluan untuk keselamatan siber dan rata-rata syarikat, terutama yang banyak terlibat dengan ekonomi digital, mereka akan mementingkan isu keselamatan siber dan akan ada keperluan mendesak untuk menubuhkan unit keselamatan siber sendiri.

"Setiap syarikat bergantung kepada saiz, mungkin memerlukan antara 20 hingga 30 orang, dan kalau kita tengok perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai contoh, memang ada keperluan," katanya selepas program Ruang Bicara bertajuk Pasca Pembentangan Belanjawan 2024 terbitan Bernama TV malam tadi.


Beliau juga percaya Kementerian Komunikasi dan Digital, menerusi CyberSecurity Malaysia, mempunyai beberapa ikhtiar yang akan dilaksana bagi memantapkan lagi industri itu dalam menangani serangan siber.

"Perkara ini boleh diatasi dengan kerjasama pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta, juga dengan membawa masuk pakar dari luar.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam belanjawan juga ada menyatakan beberapa insentif iaitu sama ada rakyat Malaysia kembali ke tanah air melalui TalentCorp dan warga asing boleh berkhidmat di Malaysia serta beberapa lagi insentif tertentu," katanya.

Fahmi juga berkata setakat ini, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran atau tempoh dalam usaha memenuhi keperluan tenaga pakar keselamatan siber kerana industri itu berkembang dengan pesat.

"Tidak ada anggaran masa tetapi oleh sebab sektor ini berkembang pesat, angka (pakar keselamatan siber) akan berubah tahun demi tahun.

"Apabila lebih banyak syarikat yang ditubuhkan maka akan ada keperluan, jadi saya lihat angka akan menjadi dinamik pada tahun depan, mungkin akan lebih besar," katanya. 


Sumber: Bernama






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 21-10-2023 10:49 AM
Import jelah pekerja asing dari India.

Quote ninja boy 21-10-2023 11:06 AM
Edited by ninja boy at 21-10-2023 11:09 AM

Org yg belajar sains komputer ramai kerja lari bidang,  tangkap balik mereka ni bekerja yg sepatutnya, apa barang ambil pekerja negara asing
Quote kelapaparut 21-10-2023 11:11 AM
skrg ni hackers malaysia nak serang israel  hashtag israel cuek, dieorg ingat penyokong2 israel xretaliate ke.
Quote orangbiasaje 21-10-2023 01:25 PM
Sedara sis kerja bidang cybersec gak, tapi quit lepas 3 tahun. Work environment dgn keperluan tu sbbkan dia burnout. Kerja masuk 7am habis sampai 2-3 pagi even balik rumah pun. Hujung minggu pun kerja juga. Tak kira la kerja syif atau transfer office job, bidang tu mmg high pressure. 2 kali dia keguguran sbb stres. Kali ke-3 dia mengandung nekad dia quit.
Quote AbukRokok 21-10-2023 03:01 PM
12000 tu level superpower kot
Quote _blackbird 21-10-2023 03:03 PM
panggil la penggodam yg hack cc yisrael aritu, tak pon panggil hady awang dari kg pak chan marang

Quote tungkai 21-10-2023 03:18 PM
Asik import aje. Takde plan ke nak develop local resources..??
Quote VespaSilbe 21-10-2023 03:35 PM
Dah tak cukup 12k baru nak ikhtiar? Nak tunggu banyak mana lagi baru nak start plan
Quote ultra78 21-10-2023 08:13 PM
Pakar dari India aim nak kerja di US aje. Gaji di Malaysia murah.
Quote SalenaGomez 21-10-2023 08:44 PM
orangbiasaje: Sedara sis kerja bidang cybers ...


Stress betul keje nya. Hope gaji tinggi lah. Kalau gaji tinggi pon kadang2 x berbaloi dgn stress level atau mcm xde life ni. Weekend sure kena standby. Kalau gaji rendah, xtau la nak kata apa.
Quote honeybee1802 21-10-2023 08:59 PM
orangbiasaje replied at 21-10-2023 01:25 PM
Sedara sis kerja bidang cybersec gak, tapi quit lepas 3 tahun. Work environment dgn keperluan tu sbb ...

Keje ni 24x7....kena standby kan?ada le shiftnya kan?tp iols kagum dgn org kena operation 24x7 ni...iols takat 1-2x sethn keje keje mlm rs mata mcm panda je la...
Quote orangbiasaje 22-10-2023 01:24 AM
Edited by orangbiasaje at 22-10-2023 01:27 AM
SalenaGomez replied at 21-10-2023 08:44 PM
Stress betul keje nya. Hope gaji tinggi lah. Kalau gaji tinggi pon kadang2 x berbaloi dgn stress l ...


Around RM3k je. Tu bagi dia tak berbaloi. Dia kerja SOC kat Cyberjaya dulu 2 tahun syif setahun office kalo x silap. Ofis masa naik pangkat, tapi selalu nak jumpa dia xdpt sbb dia asyik kena panggil masuk. skrg da pindah Banting, jadi fulltime housewife.
Quote orangbiasaje 22-10-2023 01:25 AM
honeybee1802 replied at 21-10-2023 08:59 PM
Keje ni 24x7....kena standby kan?ada le shiftnya kan?tp iols kagum dgn org kena operation 24x7 ni. ...

Haah. Dia kerja area SOC. SOC tu mcm operation centre kalau tak silap, tpt Cyberjaya tu byk ofis tech. Kiranya ada shift mcm call centre, tapi diorg focus on cybersec.
Quote juboqhang 22-10-2023 02:21 AM
mcm mana x kurang...ramai minat jadi tiktockers...main medsos...ikut acik sittah
Quote annehuda 22-10-2023 03:13 AM
Tetiba teringat fb suruhanjaya perkhidmatan awam (spa) perak yg official kene hack. Hackers letak video lucah. Pastu ada yg komen hackers tu agaknye calon interview yg tak lulus sebab takde kabel kot lol . Tak pun admin dia kantoi guna akaun official tekan link shopee
Quote honeybee1802 22-10-2023 07:25 AM
orangbiasaje replied at 22-10-2023 01:24 AM
Around RM3k je. Tu bagi dia tak berbaloi. Dia kerja SOC kat Cyberjaya dulu 2 tahun syif setahun of ...

Itu gj entry ke?kontrak or permanent?sbb byk kampeni skang offer kontrak je dah...huhuhu...kalo gj tu fresh grad ok lg...and kena la kenaikan...dan cuba jg sambung belajar or ambil courses yg boleh add values...ada member iols keje jaga telco tower dulu sampai rs takleh dgr bunyi call memlm..triggered dia kata...dia berenti jd lecturer...
Quote Firenzza 22-10-2023 09:08 AM
Rasanya pernah ada tered dlm porum suma programer it yg power2 kt msia nih import dari India sbb tu gomen mcm ada takut2 dgn yindia tnh besar tu.....silap2 rahsia besar suma dlm tgn depa, any time boleh godam
Quote Tinot7 22-10-2023 09:12 AM
Gaji byk ka? Iols tgk ada jahh kos ni ditawarkan kat uni, takkan takde sapa grad setiap tahun?
Quote orangbiasaje 22-10-2023 09:37 AM
honeybee1802 replied at 22-10-2023 07:25 AM
Itu gj entry ke?kontrak or permanent?sbb byk kampeni skang offer kontrak je dah...huhuhu...kalo gj ...

Nope. Itu gaji dia last sebelum quit. Time tu dah keje 3 tahun. Tadi I ty dia. Dia kata permanent. Probation first year 3 bulan je kemudian covert permanent. Masa first year, SOC analyst 1, dia gaji entry RM2800.

Tapi dia ckp jgn terkejut pun, mmg byk kerja cybersec kena hadap mcm kuli. Pernah heboh dlm cybersecurity group dia, diorg jumpa ada job vacancy CISO (kiranya tahap paling tinggi dlm cybersec utk company) kat myfuturejobs, tapi  offernya sampai RM7k ke.

Pastu dia ada share ni: Screenshot_20231022_093419_X.jpg


Kiranya indah khabar dari rupa je keje diorg ni. Gaji ciput utk keje separuh mati. Tu yg byk lagi suka jadi hacker scammer kot. Jadi software engineer pun lg untung, tak sebeban cybersec.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.200304 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top