CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunyi Ekzos Punca Gaduh, 24 Lelaki Ditahan

20-10-2023 09:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10806| Komen: 29

Polis menahan 24 lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah stesen minyak di Bagan Ajam di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, dalam insiden tersebut, seorang remaja lelaki dipukul sekumpulan individu sehingga menyebabkan kecederaan.



“Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa melakukan provokasi dengan membunyikan ekzos motosikal. Tindakan mangsa itu menghasilkan bunyi bising dan pada masa sama satu upacara keagamaan sedang berlangsung di kawasan itu.


“Kesemua suspek termasuk mangsa yang berusia antara 16 sehingga 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan salah seorang daripadanya didapati memiliki dua rekod kesalahan lampau,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 kerana merusuh.


Sementara itu, Mohd Asri meminta kerjasama orang ramai untuk membantu menyalurkan maklumat berhubung kejadian terbabit.


“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke IPD SPU atau balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd. Nazri Wan Chik di talian 014-3190131 membantu siasatan,” katanya.


Terdahulu, tular satu video berdurasi 15 saat di laman sosial yang memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu.



Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-10-2023 09:26 PM
Ntah la dek. Padan muka kau dok provok2 gitu. Kengkadang manusia ni tak faham takat kau bahasakan dia. Kena guna buku lali juga kot, baru faham. Namun, beginilah cara perang bermula dek.
Quote B40tastePosh 20-10-2023 09:27 PM
Rindunya Penang.

Quote kakikuDibibirmu 20-10-2023 09:33 PM
Nak kasi tak bunyi pun boleh

[youtube]_31MLFG3Q2Y[/youtube]
Quote manopBKK 21-10-2023 02:16 AM
Tu lah senjata mat rempit....bangga ada motor. Ni lah susah bila negara takde undang buat bising. Denda setakat RM 100...lepas 12 malam......what a joke.
Quote Buritan 21-10-2023 04:56 AM
manopBKK: Tu lah senjata mat rempit....b ...


Aku rasa undang undang plg bengong sbb biar je mat rempit merempittt.. pas tuu golll.. mak pak ckp anak baik suke cuci sojid .

Kalo aku jd gomen aku tgkp matbrempit pas tuu kena masuk plkn ke . Suh hempuk di askar ke.. suh jd buruh kontrak kee..
Quote kepompong 21-10-2023 07:22 AM
anak i form 2 tanya kenapa negara semaleh tkde rempits. i kata sbb sejuk (padehal sbb tak tahu nak jawab apa) ... rempits2 ni kat indon, malaysia , telen, mmg byk
Quote Belibis 21-10-2023 07:35 AM
dua_chzy: Ntah la dek. Padan muka kau do ...

Buku lima sis..[em:3:]
Quote Samerosie 21-10-2023 07:56 AM
Edited by Samerosie at 21-10-2023 08:04 AM
kepompong replied at 21-10-2023 07:22 AM
anak i form 2 tanya kenapa negara semaleh tkde rempits. i kata sbb sejuk (padehal sbb tak tahu nak j ...


Hahaha bagus juga jawapan you.  Sebenarnya kat negeri mat salleh kebanyakkan motor mat rempit 2 stroke engines ni banned on highways.  Tak silap i kena lebih 250cc baru boleh sbb have to achieve certain speed if not merbahaya.  Lagipun motor2 rempit ni mat salleh besar mau rasa macam naik moped tak terbawa motor tu dgn size berat derang hahaha
Quote PinkyPie 21-10-2023 07:57 AM
Padan muka. Bebudak motor bising ni kurang kasih sayang gamaknya.
Quote Samerosie 21-10-2023 08:03 AM
Sekarang ni merata jpj ngan polis buat roadblock, iols suka sangat.  Yg wira waja tinted gelap pastu bawak macam nak drag race habis semua kena ke tepi, lori motor semua kena tepi...tapi adalak kat taman wa tak puas hati pulak....
Quote airfilterkotor 21-10-2023 10:13 AM
Kenapa remaja cina tak main rempit muto berbanding melayu?
Sebab....

*sila sambung dengan ikhlas ye.
Quote airfilterkotor 21-10-2023 10:15 AM
Seat LC135 tu muto dia kaa?
Macam muto baru keluar balai jaa... penuh dgn tulisan² putih.
Quote Firenzza 21-10-2023 11:16 AM
Samerosie replied at 21-10-2023 07:56 AM
Hahaha bagus juga jawapan you.  Sebenarnya kat negeri mat salleh kebanyakkan motor mat rempit 2 st ...

X jugak.....moto mat salleh lg ganas wpun xde 2T....klau ikut mat salleh konvoi moto Harley ka Enfield mau pecah anak telinga dgr bunyi eksoz depa
Quote AbukRokok 21-10-2023 01:45 PM
alhamdulillah semoga berlaku kebangkitan rakyat membelasah mat rempit
Quote she 21-10-2023 04:33 PM
Sedangkan event moto besor kat Desaru haritu pun bergaduh
Inikan pula event sukan rakyat malam minggu
Lagi lah huru hara
Quote sharlenetexas 21-10-2023 04:41 PM
Ni budak2 pikul ekzos modified bingit preng preng. Memang mendapatlah ganggu ketenteraman awam. Padan muka!

Quote sharlenetexas 21-10-2023 04:42 PM
Buritan replied at 21-10-2023 04:56 AM
Aku rasa undang undang plg bengong sbb biar je mat rempit merempittt.. pas tuu golll.. mak pak ckp ...

Padahal mufti pernah cakap mcm mati bunuh diri.

Quote Buritan 21-10-2023 04:52 PM
sharlenetexas replied at 21-10-2023 04:42 PM
Padahal mufti pernah cakap mcm mati bunuh diri.

Aku tgk bebudak zmn skrg byk yg tak solat.. aku dulu gigih hmbt budak time solat.. gigih nyorok dlm jmbn.. time solat org tonggek dia tonggek tp sembang mcm mcm dlm solat.. siap gelak gelak lg..
Quote Buritan 21-10-2023 04:53 PM
sharlenetexas replied at 21-10-2023 04:42 PM
Padahal mufti pernah cakap mcm mati bunuh diri.

Depa tuu bg dihempuk dgn zionis tak pum bg pd scammer telend jee baru baik

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.121525 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top