Pelakon Yana Samsudin, 39, mendedahkan dirinya kini sedang hamil enam bulan. Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin berkata dia tidak pernah berniat merahsiakan berita baik itu.
"Untuk kehamilan pertama dan kedua, suami, Fadzil Zahari yang umumkan. Kali ini, saya tidak umumkan, tapi ada yang bertanya, jadi saya tidak boleh sorok sebab menipu cakap tak mengandung. "Kalau orang jumpa dan tanya, saya jawab Alhamdullillah, doakan saya selamat bersalin. Memang dari hamil anak pertama lagi lapan bulan barulah saya umum. "Sebab saya ada sindrom ovari polisistik (PCOS), bermakna saya tak tahu tarikh saya subur, susah nak hamil dan saya sudah tiga kali kehilangan anak ketika melakukan prosedur Inseminasi Intrauterine (IUI). "Saya habiskan RM30,000 untuk prosedur ini. Jadi, pada awal kehamilan saya tak mahu berkongsi sangat. Bila nak dekat bersalin dan semuanya sihat, barulah saya berani berkongsi. Saya tiada niat nak berahsia," katanya.
Bertanya mengenai jantina anak, Yana dan Fadzil tidak kisah kerana sudah mempunyai sepasang cahaya mata. "Saya tidak kisah Allah nak bagi anak lelaki atau perempuan. Saya dan Fadzil terima sahaja," katanya yang memang berhasrat mempunyai ramai anak. Bakal melahirkan anak pada penghujung Januari atau awal Februari tahun hadapan, Yana mengakui, dia mengalami alahan teruk menerusi kehamilan ketiga ini. "Menerusi kehamilan pertama, bulan kelima barulah saya tahu saya hamil, jadi tiada rasa loya. Menerusi kehamilan kedua, pagi sahaja tak okay, petang dan malam seperti biasa. "Kali ini, siang dan malam saya tak boleh bangun. Baring sahaja, makan pun tak boleh. Memang teruk alahan kali ini. "Memang mencabar, saya pernah dijangkiti influenza A dan macam-macam lagi. Sampai usia kandungan hampir lima bulan, barulah keadaan bertambah baik. "Allah sudah atur cantik memandangkan saya nak lancarkan produk baharu. Kalau dulu dua minggu sebelum melahirkan anak saya boleh pergi berniaga lagi dan berdiri lama, tapi kali ini berbeza," katanya yang akan melahirkan anak secara pembedahan. Yana berkongsi mengenainya selepas majlis pelancaran produk minuman susu Oat Bagoos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, petang tadi. Sumber: BH Online |
Nizleen86: Happynya bila fasa muntoh2 tu ...
nyoyoyenye replied at 20-10-2023 03:13 PM
so camne kes laki sheols gado2 dengan alep sukri tuh ? staged je ke tu ?? sampai tangan yana luka2 b ...
Prickford replied at 21-10-2023 08:32 AM
Astaga...chuolls tetinggal ketapi ke. Tu kan rancangan prank astro. Deyols prank Yana.
bawaku_terbang replied at 20-10-2023 09:18 PM
no one cares
Manusiabesa replied at 21-10-2023 08:02 AM
Turnoff tol bila nmpk kelibat dia ngn laki dia. Dd dh abes pkir ke nk terima biras dan ipar ni smula ...
anony-mous replied at 22-10-2023 04:36 AM
39??? Untung muka she baby face xgaya 39 pon.
telracs replied at 21-10-2023 09:14 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
ADVERTISEMENT