CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadzil Zahari Doa Untuk Farid Kamil

20-10-2023 08:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10609| Komen: 5

Adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari mendoakan yang terbaik buat rumah tangga abangnya yang sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.

Fadzil berkata, dia menyokong keputusan abangnya itu demi masa depan anak-anak mereka.



"Alhamdulillah, dia buat keputusan yang bagus untuk dirinya dan masa depan anak-anaknya. Kami sekeluarga mendoakan yang tserbaik buatnya," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran produk minuman susu Bagoos Oat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada dia ada bertemu Farid selepas mereka rujuk, Fadzil berkata, dia belum berpeluang bertemu dengan abangnya itu.

"Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengannya kerana kesibukan masing-masing. Kali terakhir kami berjumpa pada penghujung Ogos lalu," katanya.

Bagaimanapun, kata suami pelakon Yana Samsudin itu, dia sempat meluangkan masa bersama dengan Farid selama tiga hingga empat bulan ketika abangnya itu berdepan dengan masalah rumah tangga.


"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek.


"Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya, ia baik untuk dia dan anak-anaknya.

"Saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai adik dan ibu bapa kami pun harapkan saya untuk menemani Farid kerana saya buat perniagaan. Adik beradik lain pula terikat dengan komitmen kerja mereka.

"Dalam tempoh saya temankan Farid, dia pun okay sahaja. Dia yang buat keputusan itu. Sebagai adik, saya sudah menasihatkan apa yang patut dan ia terpulang pada pilihan dia sebab dia yang melayari rumah tangga," katanya.

Terdahulu, Farid dan Diana bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun berumah tangga.

Namun, pasangan sensasi ini mengesahkan mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-10-2023 09:42 PM
Waaa, doa skrg melalui online ye
Quote EncikRhoma 20-10-2023 10:18 PM
Ya tuhan...meols baca "Fadzil zahari doa untuk farid hamil"

Quote kaedahnya 21-10-2023 08:19 AM
kira dia ni ada kerja tetap lain & lakonan ni side income sajalah.
patutlah berperangai seperti nurtizen marhaen lain.
yana tu serius ke jadi gamer?
aku rasa dia & yana kena buat fake profile la kalau nak komen komen membawang macam nurtizen lain barula tak kena kecam.
Quote telracs 21-10-2023 09:13 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
Lagi!

Sila benamkan benang si duda terpaling lembam dan si janda terpaling teraniaya...
Quote eely_shana 24-10-2023 11:22 PM
Moga baik2 aja utk rumah tangga masing2, baik farid atau pun fadzil

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.031653 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top