Pengacara, Nabil Ahmad menafikan spekulasi yang mendakwa hubungannya dengan Elly Mazlein bermasalah hingga menyebabkan wanita itu menarik diri daripada program All Star Gegar Vaganza (ASGV). Pemilik nama sebenar, Ahmad Nabil Ahmad, 40, itu berkata, dia sendiri sudah menganggap Elly sebagai seorang kakak yang dihormati.
Kata Nabil, dia menghormati keputusan Elly memandangkan masing-masing mempunyai alasan dan jawapan tersendiri. "Kami akan buat show sama-sama, akan bertembung juga. Macam mana pun kita akan berjumpa, bertegur sapa. "Dari pihak saya, dia tetap kakak untuk saya," katanya. Dalam pada itu, Nabil turut menerima dengan hati terbuka berkenaan teguran yang diberikan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim. "Apa pun nasihat daripada senior kita ambil dan untuk jadikan pengajaran sebab bagi saya, kalau mereka tidak sayang, mereka tidak tegur," katanya.
Sumber: mStar |
kaedahnya: bila baca komen komen kat bena ...
mawarika replied at 21-10-2023 02:01 AM
Sarimah tu patut diam la. Poyo. Pengacara senior? Celah mana job dia lebat sgt ke dulu? Kalau ogy tu ...
ADVERTISEMENT