Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon untuk mendapatkan kembali pasportnya dari Mahkamah Sesyen sebab nak bercuti bersama keluarga di luar negara. Kata engerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu itu, ia adalah suatu kebiasaan apabila beliau akan membawa keluarganya untuk bercuti selama sebulan setiap tahun.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perancangan untuk bercuti tahun ini tidak terkecuali dan ingin membawa keluarganya ke London, United Kingdom (UK), pada akhir tahun. Katanya, percutian itu penting bagi membolehkan masa diluangkan bersama kerana dirinya dan keluarga amat tertekan pada tahun ini. "Saya difahamkan daripada ejen pelancongan bahawa adalah sukar untuk mendapatkan tiket penerbangan dan mengaturkan perjalanan percutian untuk jumlah orang yang ramai secara sekali gus ke London terutama berdekatan dengan Krismas dan Tahun Baharu.
"Oleh demikian, langkah berjaga-jaga diambil untuk menempah tiket penerbangan bagi saya dan isteri terlebih dahulu sebelum ahli keluarga lain. "Saya berharap mahkamah akan membenarkan permohonan supaya boleh meluangkan masa dengan ahli keluarga dalam percutian tahunan," katanya menerusi afidavit sokongan difailkan firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company, Isnin lalu. Pada 2 Oktober lalu, Muhyiddin memohon supaya dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga lagi tuduhan jenayah yang dihadapinya iaitu menerima wang hasil aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM200 juta. Pengerusi PN itu membuat permohonan berkenaan dengan alasan bahawa beliau sudah dilepas dan dibebaskan untuk kesalahan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Mahkamah Tinggi. Beliau berkata, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pertuduhan di Mahkamah Sesyen adalah tidak berasas kerana tidak mendedahkan suatu kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang. Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu selepas membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU. Selain itu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Beliau percaya bahawa Hospital Mount Elizabeth ada teknologi canggih bagi membolehkannya membuat pemeriksaan jantung tanpa ujian stres jantung atas treadmill atau pengisar injakan. "Ujian stres jantung memerlukan saya untuk berjalan atau berlari di mesin berkenaan, sesuatu yang amat sukar. "Beberapa tahun lalu, saya menjalani ujian stres jantung tanpa treadmill di Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS). "Saya dinasihatkan oleh doktor bahawa Hospital Mount Elizabeth ada rawatan dan peralatan diagnostik seperti mana yang saya lakukan di Klinik Mayo, oleh itu saya berniat keSingapura," katanya. Muhyiddin menegaskan dirinya tiada risiko untuk melarikan diri berdasarkan beberapa sebab termasuk memegang jawatan penting seperti Ahli Parlimen Pagoh, Presiden BERSATU dan Pengerusi PN. "Oleh itu, saya ada tanggungjawab untuk menjalankan tugas memenuhi keperluan kawasan Parlimen dari semasa ke semasa. "Saya juga perlu menghadiri sesi Parlimen jika bersidang, selain ada ahli keluarga dan aset di Malaysia," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
stingergrumpy replied at 20-10-2023 07:32 PM
Mau jumpa menantu antoo keww bah?
Kahkahjahkahkahkah
tumpanglalu74 replied at 20-10-2023 09:49 PM
https://youtu.be/0f_fpudBddg?si=vHIKbUsiet9VvJlB
Antifake replied at 20-10-2023 10:56 PM
Oooo wak jahit bole pulak modify muka. Passport dapat balik. Dengan Madanon ni mmg jangan harap la d ...
3chanceno replied at 21-10-2023 03:56 PM
Banyaknya $ dia boleh gi obersea dgn famili sampai sebulan tu agak2 menantu pun dah mula siap2 pl ...
Antifake replied at 20-10-2023 10:56 PM
Oooo wak jahit bole pulak modify muka. Passport dapat balik. Dengan Madanon ni mmg jangan harap la d ...
ADVERTISEMENT