CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Akan Terus Melawak, Yang Terasa Hati Tengok Rancangan Lain "Tiada Paksaan Untuk Tonton Rancangan Yang Ada Saya"

20-10-2023 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6744| Komen: 91

Nabil Ahmad akan tetap menjadi diri sendiri semasa mengacarakan rancangan All Stars Gegar Vaganza pada masa akan datang.

Hal ini berikutan skop dunia lawak yang dirasakan subjektif dan apa yang disampaikan bertepatan dengan audiens rancangan yang dikelolakan.


Foto: IG

“Saya akan tetap jadi diri saya. Saya akan buat apa yang sepatutnya saya buat dan yang saya rasa… itulah tindakan yang betul.

“Dunia lawak ni subjektif. Untuk orang yang rasa offended (terkesan) saya minta maaf. Mungkin awak berada di saluran yang salah. Tiada paksaan untuk tonton rancangan yang ada saya.



“Kalau tak kena dengan jiwa, feel free untuk tengok rancangan lain. Kita ada our own supporters dan penonton yang dah lama ikut Gegar Vaganza. Target kita untuk puaskan penonton kita,” katanya kepada Gempak.


Terdahulu, rakan sepengacaraan Nabil, Jihan Muse dikritik kerana menjadikan kekurangan pada penyanyi Azmi Saat sebagai bahan jenaka ketika vokalis Caliph Buskers itu dijemput sebagai teman duet Azharina pada konsert All Stars Gegar Vaganza minggu lalu. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dolmat 20-10-2023 06:18 PM
Edited by Dolmat at 20-10-2023 06:22 PM

Satu Dior.. semua Dior.. satu LV semua LV , satu Gucci semua Gucci, satu Ferragamo, semua Ferragamo, satu louboutin semua pun berlouboutin! Perangai bataks!!

Hahaha sibats tol! Chanel, Hermes tak nak pulak berlumba2 pakai! Phuuuuits!

Aku nak campak tepi, simpan dlm robok atau jual preloved  brand2 yg dorang pakai! Merosakkan MENJAHANAMKAN quality brand name tol bila dorang pakai!




Quote I.K.A888990 20-10-2023 06:32 PM
dia yg terpaling betol dan tak salah dlm dunia
penunggang pun ya jgk ni
Quote prince_marhaen 20-10-2023 06:36 PM
SEMOGA MELINGKOPPPPPPP....SOMBONG.
Quote prizadane 20-10-2023 06:36 PM
Bongkaknya statement. Sedar la diri sikit orang tengok ASGV tu sebab orang nak retis nyanyi. Bukan nak tengok korang melawak. Aku kalau takde host pun program tu, aku tengok je
Quote emera 20-10-2023 06:37 PM
Jgn lps ni ko merayu2 nk job plak.
Quote Antifake 20-10-2023 06:47 PM
Kita bayar utk produk kualiti bukan sampah
Quote edoraixora 20-10-2023 06:49 PM
Hemboiiii berlagaknya statement
Quote kaseh80 20-10-2023 06:50 PM
Yang salah dan berdosa Netizen tau
Yang baik dan trrpaling SUCI  dio lah
Quote MissYouSayang 20-10-2023 06:57 PM
aku tgk gv since season 1 pun sebab ada hosts(termasuk kepom) dgn juri yg ngam je yg bagi aku mmg bagi impak why aku akan setia until when2 disamping tgk  peserta2 gv yg dah lama x tgk menyanyi. Blh la aku pefeeling jadi juri tak bertauliah skejap.
Quote Diamondmoney 20-10-2023 06:59 PM
Berlagak sibat ni
Quote nolya 20-10-2023 07:03 PM
Jgnlah cakap mcm tu Nabil. Spt ada warna2 riak d sombong dlm statemen. Nabil nak jadi pelawak sbg nafkah pencarian itu tak masalah tapi Nabil juga pernah ikut kumpulan beragama ke ape, takka tak blj cabang tasauf untuk menjaga lidah. Mentang2 disanjung dn ramai peminat, masakan tatabicara tak diperhatikan.
Quote SANKURIANG 20-10-2023 08:48 PM
Tengok Shuk sekarang…kesian dia..dah tak kuar TV dah kan.  NAsib seseorang….kita tak tahu lagi..Allah nak duga kau..kejap aja sampai.
Quote jihyomelly 20-10-2023 09:01 PM
amboi amboi amboi..amboi amboi amboiiiiiiii…
Quote takayama 20-10-2023 09:12 PM
Astaghfirullahalazim
yealah betullah tu apa dia ckp x suka x payah tgk tp masaalahnya ASGV tu dr TV berbayar klu dah muka selenga ko yg terpacak mcm jebon kt situ nak tak nak kena juga ngadap sbb dah byr kat Astro
kerana pulut santan binasa dan jgn sbb mulut ko yg puaka hbs kerjaya ko nnt
Quote Kentot_Wangi 20-10-2023 09:13 PM
Sombong benor si bibir tebal telinga capang ni... Nyampah plak ak.. Jgn berlagak2 sgt. Nt ade netizen korek kes2 ko dlu. Muahahaha
Quote amyza82 20-10-2023 09:14 PM
Dgn ni, mmg patut tak yah tgk si bongkak ni.
Acah dekatkn diri dgn agama tapi...
Quote TerataiMelur02 20-10-2023 09:20 PM
SANKURIANG replied at 20-10-2023 08:48 PM
Tengok Shuk sekarang…kesian dia..dah tak kuar TV dah kan.  NAsib seseorang….kita tak tahu lagi..Al ...

Padahal shuk tu not bad kalau mengacara.

Ot jap..boleh shuk try shu pulak. Dua2 single tu
Quote prettyrara 20-10-2023 09:28 PM
Masalahnya bangbil, orang tengok gv nak tengok retis menyanyi. Bukan nak tengok engko mengacara mcm gampang. Kalau ko takde pun, org tetap tengok sebab nk tengok artis ye.
Quote Piramida 20-10-2023 09:29 PM
Bengap much..
Kalau rancangan ko sorang oklah cakap mcm tu.
Kalau GV ni punyalah ramai artis menyanyi dgn kepelbagaian peminat... Ingat hadap nak tengok ko sorang.
Ehhh dia ni.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.091778 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top