CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Kongsi Tips Untuk Kekal Bertahan Pada Hujung Bulan

20-10-2023 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12696| Komen: 189

PETALING JAYA – Waktu paling mencabar adalah bila nak bertahan pada hujung bulan sementara menunggu gaji.

Pertanyaan Lisa Hadeeja Adelina di Facebook mendapat perhatian ramai tentang perkongsian cara untuk bertahan sewaktu hujung bulan.


Memandangkan isu ini begitu subjektif, pelbagai pandangan dikongsikan oleh pengguna media sosial.

Gambar Hiasan


“Bila dapat gaji, beli barang basah dulu. Pergi kerja bawa bekal. Sememangnya cara ini akan buat kita dapat bertahan sampai hujung bulan,” kongsi Zatie Aariz Delon.

“Saya malam jual nasi lemak. Hujung minggu pula, saya pulang ke kampung untuk menoreh getah,” tambah Aziz Manap.

“Saya bertahan sampai hujung bulan dan apa yang saya buat adalah bila saya dapat gaji, saya tidak berbelanja sakan.

“Saya belanja ikut kemampuan. Hujung bulan jika ada baki baru saya akan berseronok,” ulas Hashimah Hassan.


Sementara itu, Mohd. Rafiq Najmuddin Kamal memilih untuk tidak meminjam wang dari kawan atau keluarganya.

Beliau lebih suka bekerja lebih masa dengan melakukan pelbagai pekerjaan sambilan untuk mengatasi keperluan kewangan.

Melalui pelbagai pendekatan yang berbeza, rakyat Malaysia telah menunjukkan idea ketahanan dalam menguruskan kewangan mereka pada hujung bulan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 20-10-2023 07:07 PM
Kena beli bahan kering yg tahan lama mcm bihun,tepung,ikan bilis,meggi kering kosong,keropok keping..nti tgh bulan boleh ulang buat jemput2 bilis, bihun goreng, meggi goreng, keropok keping tu makan sambil tengok movie laaayaaan. Selain tu kalau ada duit lebih topup la frozen food mcm daging burger tuu..bosan2 boleh buat burger sendiri..lg jimat dari beli kedai.
Quote TabletSusu 20-10-2023 07:24 PM
tepung dgn ikan bilis lah.. boleh buat cokodok. maggi pun ok buat stok, wlupon dah mahal sikit dah skrg ni. aah meggi kering kosong tu pun ok jgk. telur beli yang 30 biji terus. klu utk mkn sorg memadai wiken beli sayur2 mcm karot, radish tu yg kecik2 je.
Quote pengecatbintang 20-10-2023 07:27 PM
depa2 yg komen kat atas tu x der sebut stabak ya
Quote mata_kucing 20-10-2023 08:07 PM
kalu dh mggu ke3 gaji, i mmg bersedia adik nbr 2 akak text nk 'pinjam' duit. Hakikatnya kira ambik terus. Walhal mmg setiap bulan i hntr stok brg basah ke rumah dia, pernah tgk payslip dia, mmg gaji nett 0.00. terkejut i. Byk buat loan personal utk join MLM  dan scammer. Dulu, i nasihat dia elok2, dicarutnya i dlm wasap status mcm2, now org yg kau carutkan ni tmpt ko nk nempel. Tp prinsip i satu je, i akan bg terus stok makanan utk kegunaan anak2 dia, utk mak bapak budak2 tu, dh dewasa kan, silalah cari sendiri. Kita pun ada komitmen juga bulan2, mmg la hidup selesa, husbnd keje oil & gas, tp side hsbnd pun dia duk sara family abg dia. abg dia zaman muda mat rempit sekolah x abis, beranak pinak ramai, ujung2 selain mak bapak sbg banker tetap, dia meminta la kat adik beradik.
Quote isseliparjepun 20-10-2023 08:29 PM
I pun buat macam ni jugak. Beli barang basah tu betul, barang kering pun beli jugak. Tapi awal awal gaji seronok bawa bekal disamping kita tengok kawan kawan lain makan cafe lauk aneka warna. Kira inspirasi untuk menu kita esok esoknya.
Quote otai_g 20-10-2023 08:30 PM
Org yg ckp x cukup mkn tu tgh post status dkt insta guna iphone13
Quote ninja boy 20-10-2023 09:00 PM
Edited by ninja boy at 20-10-2023 09:20 PM

Zaman dulu2 gaji kecil boleh la jimat sbb kerang sekilo 1.50, kaki ayam leher hati baru 1-2 ringgit boleh dapat, seringgit togeh byk dapat, ni tua2 gaji boleh la okey xde jimat sangat tahap kedekut tahap miskin,  cuba setelkan hutang byr ke dpn sikit2 kalau dibuang kerja xde tergolek jatuh teruk. Backup wang simpanan kena ada 1 tahun menganggur, emas, tanah tanam ubi keladi penting juga.
Masa terhad x boleh bawa bekal hari2, ada ja kedai murah beli sarap separuh makan pagi separuh mkn tghr, dinner masak sendiri, sbb masa terhad kadang2 rebus keledek kentang telur jah jenis masak tinggal 10 minit siap
Jgn amalkan la habiskan gaji sampai berkais2
Quote glump 20-10-2023 09:21 PM
Masa org baru dapat gaji Kita berjimat..makan dirumah , entertainment di rumah etc ..bila org kering,baru Kita berbelanja ..top up makanan Kering basah dsb..aman2 berbelanja kurang orang,dapat barangan yg lebih berkualiti untuk stock up.planning lah elok2
Quote antikorok 20-10-2023 09:57 PM
Dapat gaji yg paling penting bayor segala komitmen dulu, mcm rumah, kenderaan, loan, segala tu. Kemudian beli brg2 makanan dan keperluan, kemudian simpan sedikit huntok simpanan waktu kecemasan, last sekali barulah allocation huntok shopping berjimba2 tuh. Yg penting, komitmen hutang tak boleh lebih 60% sebulan.
Kalau mampoo, barulah buat kerja ekstra cari pendapatan lain
Quote akies 20-10-2023 09:59 PM
Makan secara sederhana, ringkas2 je..
Boleh je bertahan di waktu kesempitan
Quote vespa_oren 20-10-2023 10:16 PM
aku memg downgrade lifestyle
asalkan anak2 hujung bulan nk gie mcd
masih boleh beli lgi
Quote brego 20-10-2023 10:31 PM
Edited by brego at 20-10-2023 10:51 PM

setakat ni,
maseh boleh nak makan fast food, masuk setarbak
setiap hujung minggu, even hujung bulan

sebab my expenses way below my income

kesian pada yang ada family, ada anak
expenses tinggi, hutang banyak,
laki bini kena keje.. buat 2,3 keje,
just to survive
Quote syamzana 20-10-2023 10:50 PM
plg pntg lifestyle tu terus tukar kalau dah nmpk gaji tgh bulan pun paras hidung. tak payah nak tggu slow2 laa sikit2 la sbb gaji mmg dok tara tu jugak tp harga makanan bila dah naik payah nak turun makin naik ada la.

Quote Far 20-10-2023 10:55 PM
vespa_oren replied at 20-10-2023 10:16 PM
aku memg downgrade lifestyle
asalkan anak2 hujung bulan nk gie mcd
masih boleh beli lgi

samalah dengan I, bra and seluar dalam pun RM5 jer beli dari shopee.hehe. Lunch pun kadang-kadang I sanggup skip, asalkan anak minta MCD , KFC nanti, cukup  duit untuk diaorg.
Quote aechae 20-10-2023 10:58 PM
Iols dr azali mkn sikit so mmg senang jimat.. sebungkus nasi i boleh mkn 2x..asing siap2 lh..
Dr zmn study lg cmtu smpai lh dh tua ni..
Tp klu nk jimat masak..buat nasi goreng letak ikan bilis n telur je..jnji ada bawang, telur, ikn bilis nasi..xkn kebulur lh..lg 1 asing duit ikut minggu siap2.. letak dlm smpul.Pndai2 lh nk spend mcm mna.
Quote aechae 20-10-2023 11:01 PM
glump replied at 20-10-2023 09:21 PM
Masa org baru dapat gaji Kita berjimat..makan dirumah , entertainment di rumah etc ..bila org kering ...

Klu iols, lps 15hb bru pnjang lgkah menyopping ke g mkn fancy2 ke..nk g bercuti ke blk kmpung pn iols mmg suka pilih tengah2 bulan dgn harapan org lain dh hbs duit dlu msti x rmai gtuu
Quote allshares 20-10-2023 11:35 PM
Ko ambik gaji ko, ko bahagi2 ikut sampul. Contoh 1 sampul utk petrol: 200, sampul utk brg basah: 300, beli mkn: 500 n so on. Pakai duit base on budget yg da dibahagi ikut sampul. Nanti lama2 akan disiplin tak terover budget. Iols husband n wife da practice dari awal kawin. Awal2 mmg akan ade bln2 yg terciuk tapi lama2 disiplin dan insyaAllah takkan over budget.
Quote vespa_oren 21-10-2023 05:35 AM
Far replied at 20-10-2023 10:55 PM
samalah dengan I, bra and seluar dalam pun RM5 jer beli dari shopee.hehe. Lunch pun kadang-kadang  ...

aku punya downgrade dri naik kereta ke motor, jdi bwa anak gie sekolah pun naik motor, jemput org rumah balik kerja pun naik motor
makan pun menu ikan goreng, sayur air, sambal kosong, anak lak biasa makan ayam goreng potong kecil2 dgn kicap atau ikan goreng dengan kicap
Quote Suchi 21-10-2023 06:12 AM
Edited by Suchi at 21-10-2023 06:18 AM

Downgrade la apa yg patut.

Beli brg bila time sale jimat banyak
Dulu ada kwn penah perlekehkan iols katanya dia tak kuasa la nk berjaga mlm nk tunggu2 hari tertentu yg ada shopee sale.

Tp iols lantakkan je hasilnya byk brg2 umah dapat dibeli dgn harga jaaaaauh lebih murah sbb beli masa sale, beli guna voucher itu ini termasuk brg groceries, skincare bagai.
Persiapan sekolah n raya  anak2 tuk tahun depan pun iols dah setelkan beli sikit2, Setiap bulan ada je beli tiap kali sale.

Iols tak suka pakai keta mahal sbb nak ada duit lebih hujung minggu leh bawak anak mkn kat luar ke apa.
Kalau pakai keta mahal tp keta lebih byk tersadai je kt umah sbb tak mampu nk g jjcm memana buat apa.
Maklumlah duit byk abis bayo loan keta bulan2.

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.161871 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top