Jarang memuat naik foto bersama suami, rumah tangga Adira Suhaimi dan suami Datuk Red didakwa sedang berdepan masalah. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, sebaliknya menjelaskan tuduhan itu tidak benar dan menyifatkan cakap-cakap mengenai rumah tangganya sebagai lumrah sebagai seorang selebriti.
"Saya tiada komen tentang apa yang anda dengar itu selagi tiada kenyataan daripada mulut saya sendiri... Jangan buat spekulasi. "Orang luar boleh cakap macam-macam... Nak kata rimas pun tak boleh sebab memang lumrah sebagai selebriti semua perkara orang nak ambil tahu," katanya kepada mStar. Fokusnya kini hanya kepada tumbesaran empat anak-anaknya bersama suami dan enggan melayan perkara diperkatakan orang lain mengenainya.
|
ADVERTISEMENT