Mawar Rashid padam semua foto yang memperlihatkan dia tidak menutup aurat di Instagram miliknya selepas mengumumkan tidak lagi bertudung pada 10 Oktober lalu. Mawar atau Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 29, berkata, dia juga ketika ini memilih untuk menjauhkan diri daripada semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri.
Malah dia lebih selesa berkongsi segala perkara dengan pakar terapi yang merawatnya. "Saya minta maaf saya masih tidak boleh beri apa-apa maklum balas kepada sesiapa. Saya minta maaf kepada keluarga, rakan dan wartawan. Terima kasih keluarga dan rakan sebab selalu ada dengan saya. "Tetapi saya sendiri memutuskan hubungan saya dengan segala-galanya dan semua orang. "Saya hanya bercakap dengan ahli terapi saya buat masa sekarang atau mungkin selama-lamanya," kongsinya di IG Story. Sebelum ini, Mawar menjadi perhatian apabila tampil memuat naik dua foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya. Mawar menerusi kapsyen gambar tersebut hanya menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain meminta maaf.
|
prince_marhaen replied at 20-10-2023 06:37 PM
PUTUSKAN HUBUNGAN NGAN SEMUA ORANG, YET STILL HAMAK NAK ATTENTION KAT SOCMED.
Lula2 replied at 20-10-2023 07:11 PM
Aku rasa dia ni jarang berdrama kt social media. So mungkin dia memang sakit ni
ADVERTISEMENT