CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Engku Emran Akhirnya Buka Mulut Tentang Hubungan Dengan Fiza Halim

20-10-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9511| Komen: 40

Engku Emran akhirnya membuka mulut mengenai gosip dia ada hubungan dengan Fiza Halim.

Gambar dirinya yang tular bersama dua orang remaja sebelum ini merupakan anak kepada sahabatnya dan bukan anak kepada pelakon berkenaan.


Katanya disebabkan foto tersebut ramai terus membuat spekulasi dan prasangka tanpa mengetahui kebenaran di sebaliknya.

Foto: IG

"Sebelum ini ada cerita mengenai saya dating dengan seorang selebriti... Saya ambil gambar dengan anak dia.

"Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak dia kacukanlah.

"Bulan puasa mereka datang ke Malaysia... Saya jamu dia buka puasa di rumah saya. Kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.



"Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian-sekian.

"Daripada situ orang buat cerita... Masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah," katanya.

Emran berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu radio Zayan pada pagi Jumaat.

Dia juga memaklumkan khabar angin seperti itu turut memberi kesan kepada Allahyarham ibunya iaitu Salmah Abu Bakar.



Malah kata Emran, gosip seperti itu membuatkan dia bimbang dengan keadaan anaknya iaitu Engku Aleesya, 14, yang meningkat sedang meningkat dewasa.

"Masa itu arwah ibu saya masih hidup... Dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran?

"Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita... anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedap lah," ujarnya.



Dalam pada itu, Emran turut memberitahu dia tidak selesa berkongsi masalah dengan rakan sekeliling sebaliknya mencari orang berpengalaman untuk mendapatkan nasihat.

Menurut Emran, tindakan tersebut dibuat kerana enggan menjejaskan hubungan bersama bekas-bekas isteri dengan rakan-rakan mereka.

"Kita kalau nak tengok masalah peribadi kena tengok siapa orangnya... Jangan sebarangnya bercerita. Masalah saya ini kawan saya pun tak tahu.

"Bagi saya baik saya tanya ustaz, dia lebih berpengalaman tapi bukannya kawan saya tak berpengalaman.

"Tapi saya tak nak hubungan dia dengan mana-mana bekas isteri saya terjejas. Bila saya luahkan masalah pada kawan sedikit sebanyak akan terjejas.

"Jadi kalau kawan baik saya tidak tahu masalah saya tapi netizen diluar tahu masalah saya... Gempak lah! Mereka ini pakar tapi biarlah mereka bercakap," kongsinya lagi.



Sebelum ini, Emran pernah dikaitkan dengan pelakon Fiza Halim susulan tular sebuah foto yang didakwa bersama anak selebriti berkenaan.

Pada 25 September lalu, Emran melafazkan talak satu terhadap Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya selepas dua tahun berkahwin.



Emran juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya, 14 tahun.

Emran kemudiannya berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan bercerai pada 2020. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 20-10-2023 05:11 PM
Meran, kau tu dah 3x kahwin cerai. Ex wives kau semua lawa2 tapi bercerai jugak. Apa kata kali ni kau tone down sikit? Kau try la ngorat janda si apiz tu. Ngai tu tengah mencari abah baru untuk anak2 dia. Cuba lah, mana tau ada jodoh kan? Dia pandai masak, pandai urus rumahtangga tau. Dia pun suka cycling macam kau. Siap pakai tutu lagi. Boleh la korang cycling together gether.

Oh, dia pun pandai mengaji siap tarannum jiharkah. Terkesima jemaah umrah dengar dia mengaji MasyaAllah. Bukan setakat jemaah umrah, burung pun terkesima dengar dia mengaji. Boleh la kau jadi imam dia, dia jadi makmum kau. Anak kau aleesya pun boleh dapat adik2 instant. Anak2 ngai pun mesti happy ada kakak. Barulah complete, happy family
Quote matjerk 20-10-2023 05:19 PM
Binodino: Meran, kau tu dah 3x kahwin ce ...


X dapat Istana Arau Impian.. dapat Istana Engku pun jadi.  Nanti dapat anak2 ENGKU kannnn????
Quote Buritan 20-10-2023 05:24 PM
Binodino: Meran, kau tu dah 3x kahwin ce ...


Ye saya sudi....
Quote putericahaya999 20-10-2023 05:26 PM
Hbs tu oppa oppa tu xmalu pulok
Quote MissYouSayang 20-10-2023 06:01 PM
X habis2 cite psl si duda jenab yg sangap ni tersiar
Quote sharlenetexas 20-10-2023 06:05 PM
Iras matjen pulak.


Quote Binodino 20-10-2023 06:12 PM
matjerk replied at 20-10-2023 05:19 PM
X dapat Istana Arau Impian.. dapat Istana Engku pun jadi.  Nanti dapat anak2 ENGKU kannnn????

Asal ada bau2 blue blood pun jadilah dari takde langsung

Quote I.K.A888990 20-10-2023 06:33 PM
aah ada rupa somi nek ta
terkezut den
Quote Qatrunnadaain 20-10-2023 06:54 PM
Binodino replied at 20-10-2023 06:12 PM
Asal ada bau2 blue blood pun jadilah dari takde langsung

Blue blood yg xdpt allowance and kena kerja mcm marhaen baik xpayah
Quote Binodino 20-10-2023 07:02 PM
Qatrunnadaain replied at 20-10-2023 06:54 PM
Blue blood yg xdpt allowance and kena kerja mcm marhaen baik xpayah

Eh, siapa kata meran kena kerja macam marhaen? Dia tu takde nampak pun perlu bersusah payah masuk pejabat, tapi ada je income. Mungkin ada hasil main saham atau jadi sleeping partner.

Quote scarflicious 20-10-2023 07:30 PM
Org dah lupa dah citer pasal kau and fiza tu. Nak ungkit balik kenapa?
Quote jihyomelly 20-10-2023 07:43 PM
bukan crita lama ke? ke sbb dan menduda baru boleh komen? janda apis ada kot2 berkenan buat teman baru
Quote sukanyanyi 20-10-2023 07:47 PM
I.K.A888990 replied at 20-10-2023 06:33 PM
aah ada rupa somi nek ta
terkezut den

Oh iyelah, dari td i pikir cam rupa saaape ye, cam familiar
Quote I.K.A888990 20-10-2023 07:55 PM
sukanyanyi replied at 20-10-2023 07:47 PM
Oh iyelah, dari td i pikir cam rupa saaape ye, cam familiar

haha sama kan
Quote shernazz 20-10-2023 08:27 PM
Binodino replied at 20-10-2023 05:11 PM
Meran, kau tu dah 3x kahwin cerai. Ex wives kau semua lawa2 tapi bercerai jugak. Apa kata kali ni ka ...

Takut nnt dah kawen asik kena jerkah
Quote momopoko 20-10-2023 08:58 PM
Binodino replied at 20-10-2023 05:11 PM
Meran, kau tu dah 3x kahwin cerai. Ex wives kau semua lawa2 tapi bercerai jugak. Apa kata kali ni ka ...

Goshhh tersembur baca komen ni.

I sokong couple ni #kushuk
Quote telracs 20-10-2023 09:28 PM
Edited by telracs at 20-10-2023 01:32 PM
Binodino replied at 20-10-2023 09:11 AM
Meran, kau tu dah 3x kahwin cerai. Ex wives kau semua lawa2 tapi bercerai jugak. Apa kata kali ni ka ...


Oit... Jumpa hang kat sini....
Hang masuk ke benang baru si shungai tu?
Saya malas nak mencemar duli dah...
Cuba untuk tidak masuk mana² benang duda & janda terpaling itu...
Hahahahaha... Adehhhhhh...


Untuk tak ot, melihat pada gambar² di atas, rajin anak dara dia melayan dia selfie eh.
Quote telracs 20-10-2023 09:30 PM
matjerk replied at 20-10-2023 09:19 AM
X dapat Istana Arau Impian.. dapat Istana Engku pun jadi.  Nanti dapat anak2 ENGKU kannnn????

Oit... Hang pun ada sini matjerk...

Kikiki...
Ye la kan, ini pun tred duda gak... Duda terpaling kawen cerai kawen cerai...
Quote Binodino 20-10-2023 09:33 PM
shernazz replied at 20-10-2023 08:27 PM
Takut nnt dah kawen asik kena jerkah

Siapa kena jerkah? Takkan ngai berani nak jerkah meran? Meran alpha terpaling alpha kot. Bukan macam apiz

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.069971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top