CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sampai Hati Mengata Isteri Shuib Mandul

20-10-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2558| Komen: 8

Susulan kenyataan belum sedia timang anak sendiri, isteri Shuib dituduh mandul.

Watie kata sebagai manusia biasa dia menerima segala ketentuan ditakdirkan kepadanya berhubung soal zuriat.


Kata Watie, dia baharu sahaja tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Shuib dan sebagai seorang Muslim dia percaya dengan perancangan ditetapkan Allah SWT buatnya.

Foto: IG

"Saya baru tiga bulan kahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalau Allah bagi, Alhamdulillah... Kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur," katanya.

Watie berkongsi perkara itu sebagai membalas komen netizen yang mendakwa dia mandul kerna masih belum hamil selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.




"Cakap je lah kau tu dah mandul kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat-cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi," komen individu berkenaan.

Dalam pada itu, Watie berkata, jika ditakdirkan tidak mempunyai zuriat sendiri, dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai empat anak tirinya.


"Ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.

"Semoga doa awak itu berbalik pada awak... Kalau baik maka baiklah juga untuk awak," katanya.

Watie sebelum ini memaklumkan yang dia belum merancang atau berbincang untuk menimang cahaya mata sendiri bersama suami.



Watie berkata, ketika ini fokusnya adalah menjaga dan membesarkan empat anak tirinya yang memerlukan perhatian seorang ibu.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.



Hasil perkahwinan sebelum ini, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Dalam perkembangan lain, Watie dan Shuib bakal bergandingan dalam program relalti masakan Dapur Tempur Selebriti yang bakal ditayangkan di TV9 dan Tonton bermula 18 November ini.


Selain Shuib dan Watie, program empat episod itu turut disertai oleh ramai selebriti lain antaranya Bella dan ibunya Zarina Salleh, Didie Alias dan anak (Nur Diyana) serta Wany Kayrie dan ibunya (Mama Kay). -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 20-10-2023 04:31 PM
Ye ke ada org ckp gitu? Jgn upah @ sendiri buat akaun komen gitu sudah lah yer
Quote honam 20-10-2023 04:38 PM
anyway business air cocomelan shuib pe citer dah sekarang ni
Quote aina_shaira 20-10-2023 04:44 PM
Nape gigi watie ni? Weird, ori ke
Shuib ni keja apa yang boleh asyuk macam tak habis je
Quote Binodino 20-10-2023 04:51 PM
Soeb, apa lagi? Saman la netizen capoi tu. Dia mengata bini kau kot.

Quote Suchi 20-10-2023 05:31 PM
Tek shar kot mestilah leh nandung.
Quote Anne15 20-10-2023 10:01 PM
Semoga yg baik2 jelah utk anak2 arwah
Quote MilanAdelynn 20-10-2023 10:26 PM
aina_shaira replied at 20-10-2023 04:44 PM
Nape gigi watie ni? Weird, ori ke
Shuib ni keja apa yang boleh asyuk macam tak habis je

Pakai veneer gais. Sbb tu nampak aneh.
Quote telracs 21-10-2023 09:05 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
Lagi!

Sila benamkan benang si duda terpaling lembam dan si janda terpaling teraniaya...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.249478 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top