CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuhada Nak Tunjuk Lemak Badan Je, Bukan Tak Move On "Kalau Buang Gambar Dia, Takkan Saya Nak Terapung"

20-10-2023 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12082| Komen: 155

Nurul Shuhada nafi belum move on dan berkata tindakannya memuat naik gambar dengan Hafidz Roshdi itu adalah atas arahan pihak syarikat produk kecantikan berkenaan.

Shuhada kata dia tidak pernah melihat bahan promosi yang disediakan dan hanya mengikut kehendak produk tersebut.



Foto: IG

"Saya nak jelaskan dan bagi keterangan, saya sebagai duta produk kelangsingan badan, saya memang sudah tandatangan kontrak dengan mereka. Segala konten, gambar itu memang semua daripada dia (produk) dan saya muat naik sahaja selesaikan kerja.

"Perjanjian memang saya akan ada posting secara berjadual. Saya cuma buat kerja saya. Saya memang tiada kena mengena dengan gambar dan sebagainya.

"Saya tidak tengok (bahan yang disediakan).. Saya post sahaja," katanya kepada mStar pada Rabu.




Sementara itu, Shuhadah menjelaskan tujuannya memuat naik gambar tersebut adalah kerana pihak syarikat mahu menunjukkan lemak di bahagian belakang tubuhnya.

"Mereka guna gambar itu sebab nak tunjuk lemak belakang badan saya. Kalau nak buang gambar dia, takkan saya nak terapung, macam pelik pula kan?

"Saya memang tiada niat lain. Bukan tak move on ya, saya dah terlampau move on dah... tak terfikir nak ingat dekat dia," ujarnya.



Diminta memadam foto tersebut, Shuhadah tidak menolak Hafidz menggesanya melakukan hal itu kerana mahu menjaga hati individu lain.

Shuhada bagaimanapun mengakui sedih terpaksa menurunkan foto berkenaan kerana ia merupakan platform mencari rezeki dan menyara anak-anak mereka.

"Mungkin betul apa yang orang cakap, untuk jaga hati orang lain kot.

"Agak sedih la sebab saya sekarang ini dah jadi ketua keluarga. Cari rezeki dan dan jaga anak tapi pihak sana buat macam itu.

"Patutnya dia membantu senangkan anak-anak. Tidak sangkalah macam itu sekali (perangai) dia," ujarnya.



Pada Selasa lalu, Hafidz menegur bekas isterinya untuk tidak lagi menggunakan gambarnya lama ketika mereka bersama sebelum ini.

Hafidz meminta supaya gambar yang dimuat naik untuk tujuan mempromosikan produk itu segera dipadam sebelum tindakan diambil.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 20-10-2023 03:47 PM
Berapa bnyk dah benang shubingai ni

Reput ambik la dia jadi bini no 2 baru srnyap mulut atas bawah
Quote nuryakmal 20-10-2023 03:55 PM
buat la content sendiri tanpa dia. belajar2 la takpayah nak up kan ex. berdiri la atas diri sendiri. every day nak hencap ex, lama2 orang pun bosan and u think people would but your products ke? dulu i ni on your side sebab u kena pukul, now, dek, seriously da macam ko gila talak plk.

any picture u googled, IP is with the person who took  the pic. kalau ko buat marketing guna gambar yang orang lain amik, ko da amik hak orang and u should pay for that.
Quote kawahapi 20-10-2023 03:57 PM
Terpaling bingai lah dia ni. Dah boleh ignore je.
Quote BomBoLoniS 20-10-2023 03:59 PM
lahai.. bosan la ulang2 cite dia nie.. nextt
Quote Yoonggi 20-10-2023 04:00 PM
Xkan la 1 tu je gmbr ko yg nmpk lemak tu
Quote zidane2011 20-10-2023 04:02 PM
Rimas lah dia ni.
Quote makita 20-10-2023 04:02 PM
Patut shubingai ni up gambar ni kat fb edit apa hari yinneh. Tahu lak dorg dlm tu edit gambar laki dia jadi pokok ke, tiang leterik ke nak bagi nampak shubingai tak terapung sangat. Free pulak tu. Ko try la Shubingai
Quote miss_strangers 20-10-2023 04:02 PM
Aku rasa reputs Cari ni ada scandal dgn Kakak dagu aka founder cirit birit.....nowonder benang kuli Kakak dagu asik naik je
Quote I.K.A888990 20-10-2023 04:06 PM
terpaling artis...dua2 si pomouan n ex laki teraling psiko
byk giler benang dia kat situ...
kira dia ni mmg nombor syatttuuu la kannnnn
jgn memain
Quote mamapea 20-10-2023 04:10 PM
tak lama lg shuringai jd pelakon la kot...
Quote Buritan 20-10-2023 04:15 PM
missHaidiD replied at 20-10-2023 03:47 PM
Berapa bnyk dah benang shubingai ni

Reput ambik la dia jadi bini no 2 baru srnyap mulut atas bawah ...

Kalo aku jd shu.. aku ngaku jee tak move on . Senang cite..

yeeee saya masih sayangkan dia.. hari tuu saje je test power mintak cerai.. ingat dia tinggalkan skandal tp sekali ambikkk.. so skrg masih dlm proses move on tp time saya meroyan saya up le gambo gambo romantik kami dedulu utk cuci mata dgn cuci punai .
Quote Skyline_84 20-10-2023 04:15 PM
ko mcm2 la ringai ooii.. dh move on tkde la nk perli sana sini
Quote K_Lily 20-10-2023 04:17 PM
diam la Shu oii...
Quote codenamedream 20-10-2023 04:27 PM
Shu boleh pakai gambar ni kalau nak tunjuk lemak

1000081252.jpg
Quote kuzaime 20-10-2023 04:29 PM
Terpaling move on katanyerrr orang kot betul2 move on dah xdenya meratib pasal ex. Padahal baru aje lalu lalang benang dia terkenang ex masa masak sambal
Quote Dolmat 20-10-2023 04:32 PM
codenamedream replied at 20-10-2023 04:27 PM
Shu boleh pakai gambar ni kalau nak tunjuk lemak




Quote hanihan16 20-10-2023 04:35 PM
"gambar disediakan, saya tak tengok gambar tu, saya post je," - post sambil tutup mata ke?

"kecewa disuruh turunkan gambar tersebut kerana ia platform saya mencari rezeki" -suruh turunkn gambar, bukan suruh delete ig. pos gambar lain je lah.

Quote honam 20-10-2023 04:36 PM
kiranya kuat juga ex-laki dia boleh angkat dia yg berat mcm tu
Quote Tunakimchi 20-10-2023 04:41 PM
Hilang laki sekali dengan otak dia hilang. Pakej.

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.092846 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top