CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

To'ki Tak Peduli Dicop Gengster, Kasar Dan Degil

20-10-2023 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3249| Komen: 17

To’ki dicop gengster, kasar dan degil gara-gara isu rumah sewa, namun penyanyi itu tak melatah berdepan pelbagai tuduhan liar yang mencemarkan maruahnya.

Katanya segala tindakannya selama ini demi mempertahankan keluarga, terutama ibu mentua yang terlantar akibat masalah kaki.


Bukan sekali bahkan selama ini sudah berulang kali mereka cuba dihalau dari kediaman diduduki.

Foto: Kosmo

Begitupun, tahap kesabarannya diakui semakin tipis apabila beberapa minggu lalu, dia dikejutkan dengan kemunculan tuan rumah sewa bersama enam lelaki.

Situasi yang berlaku pada tengah malam tersebut memaksanya mengeluarkan parang untuk melindungi keluarga.

“Ketika itu ada enam lelaki datang, takkan saya nak biar mereka apa-apakan kami terutama ibu mentua yang ketika itu terbaring depan pintu akibat masalah pergerakan.

“Sebagai lelaki, dayuslah saya kalau biarkan mereka apa-apakan keluarga saya atau halau kami begitu sahaja sedangkan saya dah minta tempoh.


“Saya cuma pegang saja (parang) untuk berjaga-jaga kerana tak tahu motif mereka datang beramai-ramai. Itu saja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pemilik nama sebenar Mohd. Zaki Mansur, 57, itu mengakui terpalit kontroversi yang masih hangat diperkatakan hingga dicop sebagai gengster.

Begitupun, penyanyi lagu Biasan itu tidak kisah dilabel sedemikian kerana memahami bukan semua orang mengenali keperibadiannya secara dekat.

“Mereka yang kenal saya tahu saya macam mana. Kalau dulu waktu muda saya lantang, tapi sekarang  kita dah makin berusia, malas nak gaduh jadi saya bagi peluang pihak sana saja bercakap.

“Tetapi banyak cakap pun boleh tunjuk bodoh kita. Kejujuran juga penting, andai perkara asas seperti nama sendiri pun tidak didedahkan dengan tepat, itu menunjukkan apa?,” tambahnya.

Sebelum ini tular mengenai seorang penyanyi lelaki yang didakwa bertindak menunjukkan parang ketika pemilik rumah sewanya datang untuk berbincang.

To’ki yang didakwa mempunyai tunggakan sewaan sebanyak empat bulan berjumlah RM3,600 menjelaskan hal berkenaan sudah selesai dengan bantuan Baitulmal tetapi daripada semakan, dia hanya mempunyai baki tertunggak dua bulan.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 20-10-2023 11:28 AM
jadi kite pun xperlu peduli dia hidup ke tak
ade tempat perlindungan ke tak [em:18:]
Quote lanacondor 20-10-2023 11:30 AM
Dh miskin ssh berlagak pulak tu. Rendah diri tu kan lebih baik
Quote cikatilia 20-10-2023 11:41 AM
nak jadi bewak pon kena kesabaran ke??
tak pikir plak kesabaran tuan punya umah
Quote Belibis 20-10-2023 11:41 AM
Ulang2 cerita sama jer..
Quote Buritan 20-10-2023 11:47 AM
Lagi buruk gambo ditepek.. hahaha
Quote ketupatnasi 20-10-2023 12:12 PM
orang tu janda kematian laki.
kau dgn emosi tak menentu dgn rekod mendadih lagi.
dah banyak kali cubaan rundingan tapi kau punya respon mcmana kan?
dah tentu orang tu datang bawak jantan 5 - 6 org.
kalau org tu datang sorang, gamaknya yang masuk news nt... " tuan rumah mati ditetak ketika minta hutang sewaan dari retis 90an taik dadah"
Quote boylondonn 20-10-2023 12:51 PM
Sorry la tokti! iols terbaca tokti tak peduli dianggap gangster :p rupanya to'ki
Quote prettyuglybabe 20-10-2023 12:59 PM
sorry.. langsung tak percaya cerita taik dadah..
kalau owner bawak gengster sekali pun, mesti sebab dah takde jalan nak halau kau keluar..
perangai serupa zionis..
duduk rumah orang, tuan rumah pulak nak diparang..
Quote Buritan 20-10-2023 01:02 PM
boylondonn replied at 20-10-2023 12:51 PM
Sorry la tokti! iols terbaca tokti tak peduli dianggap gangster :p rupanya to'ki

Aku pun baca tokti hahaha
Quote acikbrown 20-10-2023 01:05 PM
Tuduhan liar yang mencemarkan maruah beliau.

Ooooo ada maruah rupanya.
Quote Dolmat 20-10-2023 02:10 PM
57 tahun biar betik???? Awat macam 70?
Quote Buritan 20-10-2023 02:16 PM
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 12:59 PM
sorry.. langsung tak percaya cerita taik dadah..
kalau owner bawak gengster sekali pun, mesti sebab  ...

Bg aku yg patut diparang tu si ebit liew . Org tuu aman aman duk dlm hutan dgn unggas burung berkicau.. ala ala tarzan.. pas tu kutip balik..

Kan ke tarzan tak leh hidup dibandar..
Quote Mata.kucing 20-10-2023 02:27 PM
tinggal kt hutanla snng xsshkn org..sndri pn lbeh tenang
Quote cmf_premierleag 20-10-2023 02:28 PM
Gengster konon...ko tu katek and kurus melidi je kan to'ki
Skali kene hembus,ko dh tumbang
Gengster taik kucing
Quote sofi_sofia 20-10-2023 02:51 PM
dia nih mmg konsepnya 24jam lalok ke? setiap kali org interview tak pernahnya lagi cakap mcm org waras ... merapu2 mcm badan ke lain otak ke lain
Quote Ferr_Remy 20-10-2023 09:22 PM
Kerlasss kepam2 pun gambo dlm studio uolssss. Ko hader?
Quote spy_caridotdot 20-10-2023 09:41 PM
Kesian owner rumah tu. Orang tu pun nak beli beras nak bagi anak makan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.227212 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top