Pelakon Ramona Zam Zam mendedahkan mentuanya terganggu dengan konflik Palestin-Israel sehingga mengasingkan diri di dalam bilik mengenangkan nasib saudara-mara yang masih berada d bumi berdarah itu. Katanya, kerisauan mentuanya semakin menjadi-jadi sejak serangan balas Israel ke atas Gaza sekitar dua minggu lalu.
Malah laporan perkembangan terkini di Gaza dengan catatan angka korban tinggi, termasuk serangan bom di sebuah hospital mengakibatkan emosi bapa mentuanya semakin terganggu sehingga menjejaskan rutin harian. "Anak perempuan saya datang kepada saya sebentar tadi dan beritahu yang dia nak luang lebih banyak masa dengan ‘seedo’ (panggilan atuk dalam bahasa Arab). “Dia pergi dan beberapa minit kemudian dia datang semula dan maklumkan datuknya enggan luangkan masa bersamanya dengan alasan mengantuk. “Saya kata, biarlah seedo tidur. Dia mungkin penat. Namum anak saya pelik sebab seedo sentiasa penat dan nak tidur,” tulis Ramona dalam hantaran Instagram. Menurut ibu kepada seorang anak itu, mentuanya mengakui sengaja mengelak daripada meluangkan masa bermain dengan cucu kerana enggan anak kecil itu terkesan melihat impak keganasan Israel. "Rupa-rupanya bapa mentua saya memang mengelak untuk bermain dengan Ivanna, dia mengaku terpaksa berbohong. “Dia sebenarnya sedang menonton berita mengenai konflik di Palestin dan dia tidak mahu Ivanna melihat video pembunuhan yang boleh mengganggu fikiran,” luahnya. Menurut pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam, 33, itu, kekejaman Zionis mengakibatkan fikiran anggota keluarga suaminya tidak tenang. “Sejujurnya, fikiran kami sangat terganggu sejak beberapa minggu ini. Anak kecil saya tidak tahu apa-apa. “Kalaulah anak saya tahu yang datuk dan neneknya berasal dari Gaza dan mereka sangat terpukul menonton laporan berita setiap hari,” luah lagi. Suami Ramona, Rami Alashkar yang berasal dari Palestin telah hidup berpindah-randah, termasuk di Greece, Qatar, Libya, Bulgaria, Yemen, China dan terakhir menyambung pengajian di Kuala Lumpur. Rami mendirikan rumah tangga dengan Ramona pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia enam tahun. Sumber: Murai
|
Buritan replied at 20-10-2023 10:21 AM
Aku nak ngumpat ni tp nak dengo korang ngumpat dulu
MistrezHermanaz replied at 20-10-2023 10:23 AM
ko nk ngumpat sapa..ramona ke
Buritan: Aku nak ngumpat ni tp nak deng ...
Buritan replied at 20-10-2023 10:21 AM
Aku nak ngumpat ni tp nak dengo korang ngumpat dulu
mamapea replied at 20-10-2023 12:17 PM
bfast pagi td ko mkn tebuan ke? hari ni lain mcm jer...baca kt thread heliza tu pun ko hentam cuku ...
dreamcatcher replied at 20-10-2023 12:49 PM
Husbanf dia ni keja apa jer kat msia? Seingat aku dia cita kenal kat bb kat kwsn ramai arab tu.
Perawankota replied at 20-10-2023 11:33 AM
Alaaa.. cakap jer lah… tgh ngantuk ni.. nak kasik segar sikit mata
Buritan replied at 20-10-2023 12:41 PM
Hahaha.. haah hari ni aku mcm boring ade skit.. angin ade skitt.. moody ade skit.. tak tau ape yg ...
Buritan replied at 20-10-2023 02:12 PM
Aku nak ngumpat.. muka laki dia sebijon aku jumpa mintak sedekah sambil tunjuk botol susu kat aku ...
mamapea replied at 20-10-2023 02:21 PM
ko pi gomol kucing lg bagus
Buudak replied at 20-10-2023 02:58 PM
Klakau...klakau...klakauuu
Buritan replied at 20-10-2023 10:21 AM
Aku nak ngumpat ni tp nak dengo korang ngumpat dulu
ADVERTISEMENT