CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Perjelas Identiti Sebanar Budak Bernama Icha, Dakwa Kekasih Adik Tinggal Dalam Banglo Free Je

20-10-2023 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9735| Komen: 91

Shila Amzah tetap nak jual banglo yang ketika ini didiami keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

Proses itu akan dilakukan selepas isu melibatkan ahli keluarganya yang sedang hangat diperkatakan reda.


Foto: IG

“Sha (Shila) memang akan kotakan apa yang Sha cakap.

“Saya dah ada rancangan yang bagus seperti yang semua tahu. Cuma tunggu masa saja untuk reda,” katanya di IG Story.




Shila juga menjelaska identiti sebenar seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Icha sering menjadi tanda tanya peminatnya.

Jelasnya, Icha tiada kaitan dengan kekasih adiknya iaitu Eiza sebaliknya sepupunya yang dijaga sejak kecil.


"Icha ini anak saudara Sha (Shila), anak sepupu Sha dekat kampung. Tapi dari kecil memang rapat dengan keluarga kita orang.

"Bila umur dua tahun kita orang ambil keputusan jaga sebab adik beradik dia ramai... sekolah semua. Memang baik budaknya. Eiza itu tiada kena mengena," kongsinya.



Shila bagaimanapun tidak mengetahui hubungan sebenar adiknya bersama wanita berkenaan namun Eiza sentiasa ada di setiap acara keluarga sejak penceraian ibu bapanya.

Malah penyanyi Patah Seribu ini juga mengakui kurang selesa dengan sikap wanita berkenaan.

Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.



Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.


Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 20-10-2023 09:22 AM
Ko potong je laa air dgn apii xila oii.. settle.. biar mak ko sapik cada tuu dgn gf pi merempat tempat lain..
Quote shida81 20-10-2023 09:23 AM
Smua start ngn si syada... Klu dia x bj mulut dulu.. Kes dorang stop kat pak lalat je
Quote aammyy 20-10-2023 09:24 AM
Ye ke icha dgn eiza sama? I ingat xila pnh ckp "icha/chacha kecik lagi" waktu dia kira berapa orang duduk rumah tu. I thought anak Syafiq sbb Syafiq kan pernah kahwin. I assume tu nama anak dia, anak dia duduk dgn dorang
Quote likilu 20-10-2023 09:27 AM
Sebab tu ke dia tak kisah jemput ubai duk rumah dia malam malam masa belum kawen dulu? Jenis culture open house?


BTW eloklah dah buang subang hidong dia tu adoi rebel yg memalukan sendiri
Quote babelina 20-10-2023 09:35 AM
nie baru btl.. kehidupan 1 keluarga.. yg kita tgk semua yg manis2.. semua yg indah2.. yg mereka nk kita tgk.. rupa2 nya.. mcm2 hal kn.. #duniatiputipu
Quote kalchi 20-10-2023 09:53 AM
likilu replied at 20-10-2023 09:27 AM
Sebab tu ke dia tak kisah jemput ubai duk rumah dia malam malam masa belum kawen dulu? Jenis culture ...

I pelik style family ni. Bela anak ni bela anak angkat tu.  Sbb dulu drg banyak duit so jd rumah kebajikan ke apa
Quote prettyuglybabe 20-10-2023 10:21 AM
kalau i, bagi kata akhir je..
nak rumah tu transfer ke nama mak, bayar semula duit i yang dah guna untuk beli rumah tu..
dah bayar baru i transfer..
lepas tu satu sen pun i takkan bayar untuk maintain rumah tu..
lantak la rumah bersepah ke buruk ke runtuh ke, i tak peduli..
Quote Buritan 20-10-2023 10:35 AM
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:21 AM
kalau i, bagi kata akhir je..
nak rumah tu transfer ke nama mak, bayar semula duit i yang dah guna u ...

Xila ni bg aku bodo skit . Kalo aku pun aku buat benda yg sama.. tp tu laa kita tak ditmpat diaa.. dia pun pompuan sokongan tak de.. ubai tuu pun aku tgk tak power.. kalo xila ni kawin dgn lelaki yg power cthnyaa lawyer kee.. baru ade akai..
Quote sharlenetexas 20-10-2023 10:41 AM
kalchi replied at 20-10-2023 09:53 AM
I pelik style family ni. Bela anak ni bela anak angkat tu.  Sbb dulu drg banyak duit so jd rumah k ...

Pusat kebajikan biawak.

Quote prettyuglybabe 20-10-2023 10:41 AM
Buritan replied at 20-10-2023 10:35 AM
Xila ni bg aku bodo skit . Kalo aku pun aku buat benda yg sama.. tp tu laa kita tak ditmpat diaa.. ...

ye la.. dari kecik dia ditekan untuk cari duit sara keluarga.. dengan hidup kena kongkong dek mak bapak..
so boleh agak la macam mana dia berfikir..

education level dia pun kita tak tau tara mana kan..

Quote Buritan 20-10-2023 10:46 AM
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:41 AM
ye la.. dari kecik dia ditekan untuk cari duit sara keluarga.. dengan hidup kena kongkong dek mak  ...

Tu laa.. sian dia.. kalo aku jd kawan shila ni mmg sedap aku kerjakan seko seko.. hahaha.. rasa bila depa kena kuar dr rumah tuu satu kejayaan buat aku.. kalo akulaa . Aku tak jual rumah tuu tp org dlm rumah tuu dgn kucing kucing kena lelong.. hahaha
Quote rayna_raynes 20-10-2023 10:50 AM
aammyy replied at 20-10-2023 09:24 AM
Ye ke icha dgn eiza sama? I ingat xila pnh ckp "icha/chacha kecik lagi" waktu dia kira berapa orang  ...

icha tu org lain
eiza tu orang lain


Quote rayna_raynes 20-10-2023 10:52 AM
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:41 AM
ye la.. dari kecik dia ditekan untuk cari duit sara keluarga.. dengan hidup kena kongkong dek mak  ...

dia pernah masuk KDU tapi tak habis belajar. So kira SPM je la cam Nelopa

Quote nazsh 20-10-2023 10:58 AM
Suka biar org luar duk skali rupanya..patut laa ND lala kena rembat ngn betina..yg lelaki pulak pantang nmpak pmpuan muda..kawan anak sendiri pun sapu..hancur rumah tangga..anak2 berkelahi riuh rendah
Quote syamzana 20-10-2023 11:10 AM
benang kisah shila sekeluarga sama naik dgn hafiz+shu...bersilih ganti cerita terbaru

pening jahlop cari idea nak bangkitkan benang kat forum
Quote likilu 20-10-2023 11:18 AM
kalchi replied at 20-10-2023 09:53 AM
I pelik style family ni. Bela anak ni bela anak angkat tu.  Sbb dulu drg banyak duit so jd rumah k ...

Kawan xila now mak baru tu pun gitu la kot, mungkin pernah dapat PR dekat rumah tu dulu, macam probation period la. bila dah kawen baru pindah keluar tapi bawak bapaknye hehe
So ubai ada probation untuk xila, dapat pr
Ni eiza pun dapat pr, under probation sebelum konfem kawen dengan xapiq hehe

Tak perlu terima or faham pun, ketahuilah culture mereka kalau gitu mmg itulah normal mereka. Sebab xila pun kata xkisah je eiza duk situ cuma start dia api apikan dalam medsos je baru dia petition revoke her PRship tu

Gittew ND lala kingdom in langat haha
Quote likilu 20-10-2023 11:19 AM
syamzana replied at 20-10-2023 11:10 AM
benang kisah shila sekeluarga sama naik dgn hafiz+shu...bersilih ganti cerita terbaru

pening jahl ...

Nanti dia tunjuk wajah abby la untuk reclaim takhta
Tak pun tunjuk muka dia
Takpun jadi mawar gst hehr
Quote Kentot_Wangi 20-10-2023 11:29 AM
Mak & adik jantan shila xda serangan balas ke? [em:18:]
Quote Belibis 20-10-2023 11:45 AM
Anak sepupu..bukan dikira anak saudara.
Anak saudara,anak kepada adik beradik kita.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.091807 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top