CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bayaran Tak Setimpal Umpama Hina Artis Senior - Didie Alias

19-10-2023 05:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1294| Komen: 5

Pelakon, Didie Alias, 51, terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana bayarannya tidak setimpal dengan pengalamannya hampir 40 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Didie berkata, dia kecewa dengan bayaran tidak setimpal yang ditawarkan syarikat produksi kepada pelakon senior sejak kebelakangan ini.



"Ia semakin teruk kerana 'menghina' artis senior seperti kami dengan bayaran yang terlalu rendah dan tidak setimpal dengan pengalaman dimiliki," katanya.

Didie berkata, bayaran sebanyak RM20,000 untuk drama bersiri 60 episod yang menjalani penggambaran selama enam bulan adalah tak berbaloi.

Dia juga menolak bayaran RM1,000 untuk satu episod yang turut disifatkan sebagai tidak setimpal.

"Saya juga datang dengan pakej lengkap dan watak yang ditawarkan pada saya juga bukan yang biasa-biasa. Banyak yang perlu dilakukan untuk menjiwai watak itu," katanya.


Didie berkata, ramai rakan artis seangkatannya yang dihina dengan bayaran rendah.

"Saya tetap dengan prinsip akan menolak jika bayaran yang ditawarkan tidak setimpal kerana saya bukan saja berlakon tetapi terbabit sebagai pengacara dan penganjur karnival jualan.

"Namun, saya kasihan dengan ramai rakan artis seperjuangan yang bergantung pada lakonan dan sudah empat hingga lima bulan tiada tawaran berlakon," katanya.

Didie berkata, mereka bukanlah 'demand' dengan meletakkan harga yang tinggi kepada penerbit.

"Kami bukannya letak harga RM10,000 untuk satu episod, tetapi bayarlah artis senior sesuai dengan pengalaman mereka.

"Golongan artis senior ini semuanya bersandarkan bakat dan nak masuk dalam bidang seni dulu pun susah bukannya seperti sekarang.

"Pada masa sama, ramai pula artis yang masih muda berlakon watak emak dan datuk semuanya kerana bayaran," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 19-10-2023 09:38 PM
hat yg atas2 tu makan banyak... kalau tak takkan la semua berebut nak jadi penerbit...
Quote Alang357 19-10-2023 10:18 PM
Kesian senior2
Quote sayurmayur88 20-10-2023 07:36 AM
itulah realiti industri hiburan d mesia ni.
Quote beni_nikaido 20-10-2023 10:18 AM
ya betul mummy.
hencap lagi!!!
retis yg berlakon kayu dapat bayaran mahal
yg senior ni bayaran macam dari balance peruntukan je.
Quote twins 20-10-2023 12:02 PM
yg sibuk dpt payment tinggi yg comey2 muda2 yg menyeksi dengan rela... walau berlaku mcm kayu kayan dan bercakap mcm baca berita....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.114279 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top