CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Desak Teman Wanita Adik Keluar Dari Banglo Miliknya, Beri Tempoh Sampai Jumaat

19-10-2023 04:17 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 59265| Komen: 653|Original author: Saiful

Shila Amzah mohon wanita bernama Eiza agar keluar daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Penyanyi itu memberi tempoh sehingga Jumaat ini bagi wanita yang dipercayai kekasih adiknyq iaitu Amir Syafiq untuk keluar daripada rumah berkenaan.




Dia juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika individu itu berdegil.

“Assalamualaikum teruntuk orang luar yang sebenar.

"Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat itu, sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang.

"Sila keluar dengan kadar segera!," katanya di  Instastory miliknya pada petang Khamis.




Tambahnya Eiza berpindah masuk ke banglo miliknya itu tanpa kebenarannya malah sejak tahun lalu pernah meminta wanita itu keluar melalui ibunya, Fauziah Sarman.

Shila turut memberi amaran agar wanita itu tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang dirinya dan keluarga di media sosial atau berdepan tindakan.


"Satu lagi kata tentang diri saya dan keluarga saya di akaun sosial media awak... Saya akan hantar surat tuntutan kepada awak.

"Sha dah pernah beritahu melalui mak saya untuk meminta awak keluar sejak tahun lalu. Dia pindah masuk tanpa kebenaran saya," ujarnya.

Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.


Foto: IG

Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 19-10-2023 04:18 PM
betul2 pig la perangai ko sapig
Quote miracle_forever 19-10-2023 04:18 PM
bewak jantan bawak girlfriend duduk sekali ke. ewah ewah… abis tu penghuni asal banglo tu including mak terpaling victim tu diam tutup mata je ke?
Quote Diamondmoney 19-10-2023 04:19 PM
Dgn gf adik pun dia kena tanggung

Dsat betol ank didikan pak lalat ni. Dasar bewak
Quote Suchi 19-10-2023 04:19 PM
Adoi ingat dah abis dah isu family nih
Ada season 2 rupanya
Quote Diamondmoney 19-10-2023 04:19 PM
miracle_forever replied at 19-10-2023 04:18 PM
bewak jantan bawak girlfriend duduk sekali ke. ewah ewah… abis tu penghuni asal banglo tu including ...

Dasar mak tak guna la mak ko ni sha
Quote sharlenetexas 19-10-2023 04:19 PM
Duduk sekali dengan gf?

Quote sharlenetexas 19-10-2023 04:20 PM
Gf tak tolong kaut tahi kucing ke?

Quote yylkasy 19-10-2023 04:21 PM
Acik poziah tak bising pulak bkn muhrim duk serumah ni? Yang hat Shila kemain lagi dia berlagu. Anak bewak perangai cam syaitan dia diam je.
Quote Diamondmoney 19-10-2023 04:21 PM
Sapa ada ig gf adik dia yg tak malu ni. Cer tepek.


Lawo ke idak??
Quote Dysania@72 19-10-2023 04:22 PM
to be continue.......apa pun aku simpati kat ko xilat
Quote Buritan 19-10-2023 04:22 PM
Mmm tanggung bewak mana laa plk..
Quote Buritan 19-10-2023 04:24 PM
mamajawie replied at 19-10-2023 04:18 PM
betul2 pig la perangai ko sapig

Kalo aku jd xila.. bwk pistol jee.. tembakkk.. settle
Quote sharlenetexas 19-10-2023 04:24 PM
Banglo maksiat ke? Patutlah suram kusam.

Quote fadz84 19-10-2023 04:24 PM
Gf sapig yg xtau malu tu dlm gmbar (atas) berdiri sebelah sapig tu ye?
Quote beni_nikaido 19-10-2023 04:25 PM
jap jap...
shilalat ada byk rumah ke?
GF tu duk rumah shilalat yang lain atau serumah dengan mommy, bewaks dan kucings kat banglo 7 bilik yg diorg rebut2 kan ni???
Quote jihyomelly 19-10-2023 04:25 PM
bewak bawak couple berjemaah membewak rupanya..
Quote jlo 19-10-2023 04:26 PM
aduhai gf nye pun dok sekali
Quote virgocircus 19-10-2023 04:28 PM
beni_nikaido replied at 19-10-2023 04:25 PM
jap jap...
shilalat ada byk rumah ke?
GF tu duk rumah shilalat yang lain atau serumah dengan mommy,  ...

Serumah chuols berdasarkan igs Xila tu.
Quote Cyempaka 19-10-2023 04:28 PM
Eww tak malunya duduk rumah bf.
Dan ewww malunya kena halau 1 malaysia tau.. mak pak kau mana eiza? Buat malu je

Lihat semua komen(653)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.101193 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top