CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adibah Dapat Hak Penjagaan Sementara 2 Anak, Suami Miera Liyana Dapat Seorang

19-10-2023 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4629| Komen: 25

Bekas madu Miera Liyana, Adibah Abd Mutalib diberi hak penjagaan sementara terhadap dua anak perempuannya iaitu Nur Liyana, 18 dan Nurin Tasnim, 11, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.


Bekas suaminya, Rosland Othman, 50, mendapat hak penjagaan untuk anak keempat mereka iaitu Nur Anisa yang berumur 12 tahun.

Aibah bersyukur serta menghormati keputusan mahkamah, walaupun sudah menjangkakan pilihan anak-anak sebelum prosiding selesai lagi.

Foto: IG

“Saya bersyukur dan menghormati keputusan mahkamah, saya berpuas hati dengan pemilihan anak-anak,” katanya kepada mStar.

Tambahnya sebelum ke mahkamah dia berdepan dugaan apabila kereta miliknya mengalami kerosakan.

Lebih malang kata Adibah, keputusan menumpang kakaknya ke mahkamah turut bermasalah apabila kereta tersebut turut rosak.


“Ada ujian sikit, sebenarnya kereta saya gunakan rosak dan sedang dibaiki di bengkel.

“Kereta tu dah berumur 12 tahun dan mula buat hal, jadi saya tiada kereta saya tumpang kakak saya dan secara tiba-tiba kereta kakak pun buat hal sebelum hadir ke mahkamah.

“Itulah antara ujian... tapi tidak mengapa Palestin lebih teruk ujiannya, saya tetap bersyukur dengan ujian kecil ini,” ujarnya.

Sementara itu, Adibah juga mendedahkan bahawa Rosland ada meminta passport Anisa dan Tasnim untuk membawa mereka keluar bercuti di luar negara.

Namun Adibah enggan menyerahkan passport berkenaan kerana Rosland masih belum menyelesaikan hutang-hutang tertunggak sebelum ini yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Sementara itu, Rosland yang mengenakan baju kemeja putih hadir bersama ibu mentua dan Anisa kelihatan tenang ketika berada di perkarangan mahkamah.

Pihak plaintif yang diwakili peguam Nurul Balqis Nordin tetap dengan pendirian tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan ketika ditemui media.

Kes Hadanah pasangan ini akan bersambung pada tarikh 7 Disember 2023 bagi perbicaraan kes bagi pihak plaintif.

Terdahulu, Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu.

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 28 tahun selepas mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995.

Selain Liyana, Anisa dan Nurin, pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Nur Izzah, 26 dan Nur Iffah, 24 tahun.

Rosland kemudiannya bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chillipepper 19-10-2023 02:15 PM
kenapa mak ML ni selalu ikut gi mahkamah eh?
Quote laksmanabentan 19-10-2023 02:18 PM
chillipepper replied at 19-10-2023 02:15 PM
kenapa mak ML ni selalu ikut gi mahkamah eh?

mewakili anak tuh.... agak2 kerana mak tu pun sendiri tak berapa percaya kat anak sendiri kott...
tu yang beriya ikut jer menantu dia kemana2.... hahahhahahahaha......
Quote chillipepper 19-10-2023 02:28 PM
laksmanabentan replied at 19-10-2023 02:18 PM
mewakili anak tuh.... agak2 kerana mak tu pun sendiri tak berapa percaya kat anak sendiri kott...
...

agak sus .. hahahah. Mcm control menantu pun ya
but rasanya anak yang 12 tahun ni dah mesra belah sana kut ya tu yang taknak balik ikut mak dah
Quote laksmanabentan 19-10-2023 02:30 PM
chillipepper replied at 19-10-2023 02:28 PM
agak sus .. hahahah. Mcm control menantu pun ya
but rasanya anak yang 12 tahun ni dah mesra belah  ...

enviroment baru uoollsss....
maybe... rumah baru?? rumah yang lebih luas?? dapat bilik sendiri?? ada bibik kat rumah siapkan semua.... hihihihi...

kalau yang bungsu tu kan mesti manja dengan mak dia tu kann.....
Quote Mamason 19-10-2023 02:40 PM
Anak2 pun ada yg dah besar... dah kawin ke anak sulung dia... xsangka laa jugak kan.. mak ayah cerai bila dah masing2 berusia...
Quote syamzana 19-10-2023 02:48 PM
sedihnya bila anak2 terbahagi camni (tatau kot anaknya lagi happy).
payah betul bila cerai berai habis berantakan semua. tgk pada usaha tu mcm gigih betul ye bekas lakinya nak menjaga anak, bagus laaaaa.
Quote A-Are 19-10-2023 02:50 PM
Sedihnya kalau sampai anak kena pilih nk ddk mana...of coz utk yg kecik2 ni akan pilih mana yg lbh menyenangkan mereka
Quote opie5662 19-10-2023 02:53 PM
chillipepper: kenapa mak ML ni selalu ikut g ...


Tah2 mak yg minat pakcik roslan, tp pakcik minat kat anak... Dpt teman pon jd la
Quote Binodino 19-10-2023 02:53 PM
chillipepper replied at 19-10-2023 02:15 PM
kenapa mak ML ni selalu ikut gi mahkamah eh?

Saka tu
Quote chillipepper 19-10-2023 03:10 PM
opie5662 replied at 19-10-2023 02:53 PM
Tah2 mak yg minat pakcik roslan, tp pakcik minat kat anak... Dpt teman pon jd la

hehehehehe
Quote IzzahF 19-10-2023 03:13 PM
rasanya ML tak berani teman laki sheols. sbb tak berani bertemu muka dgn kak deeb. takkan nk ckp sheols outstation uruskan project billion2 plak kan sampai tak sempat teman laki. gitew

kesian yg umur 12 tu terpisah dari kakak2 dan mak kandung
Quote wikedsaikel 19-10-2023 03:14 PM
chillipepper replied at 19-10-2023 02:28 PM
agak sus .. hahahah. Mcm control menantu pun ya
but rasanya anak yang 12 tahun ni dah mesra belah  ...

Takpon lifestyle sana lebih menepati citarasa. Ada baca dalam benang yg lepas pasal sana lebih banyak hiburam. Tak salah aku benang kes ni la.
Quote NazRysha 19-10-2023 03:20 PM
Doa ni senjata orang yang teraniaya.
Mungkin bukan hari ini, tapi esok
Semoga Rosland ml mertua dapat kirafah atas perbuatan menganiaya Adibah
Quote zehra2 19-10-2023 04:13 PM
mak mira liyana tu saksi tuduhan nuzusy pn adibah kalo tk silap..
gila kan? sbb tk nk berbahagi harta sepencarian
Quote Meiizu 19-10-2023 04:18 PM
Kenapa ehh anak tu pilih bapak...me ollss mcm seram je kena duk serumah dgn maktiri plus ada lagi nenek tiri
Quote 3480 19-10-2023 05:30 PM
Agaknya selama ni kakak jeles sbb semua layan adik bongsu lebih kot.
Tu yg pilih bapak.
Umur kan dekat2
Agakla
Quote Fly_over 19-10-2023 06:39 PM
bapaknya nak bawak jalan2 yg 2 kt bawah tu je. lain2 heols dah x kisah ye? ada sorg lg baru 18. gadis remaja bapak layan cmtu..
Quote Yumerling 19-10-2023 07:11 PM
Umur berapa budak dah boleh pilih dia nak duduk side mana ya? Tak dapat bayang kalau i jauh dari anak². Kak Dib pun bukannya jaga anak2 tak elok pun Rosland ni nak berebut. Macam sengaja nak sakitkan hati je lebihnya. Nak kata dia jaga lebih elok dari Kak Dib, hurmm boleh je bagi mak tu jaga Rosland bayar je nafkah anak.
Quote Cassieopeia 20-10-2023 11:17 AM
moga kes lain kak Adibah ni menangla..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.167703 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top