CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fad Bocey Dedah Nama Dan Jantina Anak Lepas Tujuh Hari Isteri Bersalin

19-10-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1588| Komen: 4

Selepas tujuh hari bersalin, Fad Bocey dan isterinya, Syaheera A. Rahman dedahkan nama dan jantina anak kelima mereka.

Terdahulu, Fad telah memaklumkan bahawa isterinya, Syaheera telah selamat melahirkan anak kelima mereka, pada 12 Oktober yang lalu.


Foto: IG

Di Instagram, Syaheera memaklumkan mereka sekali lagi dikurniakan cahaya mata lelaki.


Menurut Syaheera, mereka telah memilih Kahl Maleeq sempena nama anak kelimanya itu dan meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat si kecil itu.

“Assalamualaikum dah janji hari ketujuh nak reveal gender kan. Walaupun 99% teka mommy pregnant girl tapi Allah cakap kalini rezeki untuk kami seorang lagi baby boy.


“Alhamdulillah syukur untuk kurniaan rezeki ni buat kami. Kami kenalkan anak ke lima kami “Kahl Maleeq” doakan anak ni semoga menjadi anak yang soleh yang patuh pada perintah Allah.

“Banyak sebenarnya kisah-kisah atas pilihan nama kali ni. Semoga anak ni menjadi sebaik dan secantik namanya,” tulisnya.



Menurut Syaheera, anak perempuannya, Aminah pada awalnya sedih kerana dia dikurniakan adik lelaki.

Namun, isteri kepada pelawak itu turut menyatakan dia tidak kisah untuk hamil sekali lagi.



“Aminah frust sebab bukan girl. First day dia nangis kenapa bukan girl. Sekali tiba-tiba baby nangis terus. Dia dah fobia dia cakap tak tak kakak sayang adik jugak walaupun adik boy.

“Now, dia dah happy sangat. Jangan risau inah mommy isytihar mommy akan pregnant anak keenam pulak nanti. Thank you untuk semua wish dan doa buat keluarga kami. Hanya Allah yang dapat membalas semuanya,” katanya. -CARI

Suber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 19-10-2023 11:58 AM
Kalau x announce pon kitorg tau je... Kalau x lelaki mesti perempuan ataupun khunsa...
Quote doubleA 19-10-2023 10:33 PM
Fuh baru lepas beranak terus cakap nak beranak lagi. Fokus satu2 kak, tau la subur cakap je toing anak boleh jadi
Quote telracs 21-10-2023 09:27 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
Lagi!

Sila benamkan benang si duda terpaling lembam dan si janda terpaling teraniaya...
Quote telracs 21-10-2023 09:27 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
Lagi!

Sila benamkan benang si duda terpaling lembam dan si janda terpaling teraniaya...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.030911 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top