CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Selar Sikap Segelintir Selebriti Diam Isu Palestin, Takut Hilang 'Job'

19-10-2023 11:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1838| Komen: 9

Lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, pelakon Sharnaaz Ahmad menyelar sikap pengecut segelintir golongan popular yang tidak menggunakan pengaruh mereka membantu menyebarkan kebenaran.


Katanya, masih ramai selebriti dan pensohor media sosial enggan menunjukkan sokongan terhadap saudara seagama di Gaza disebabkan takut kehilangan tawaran jenama antarabangsa.


“Berapa ramai idola anda semua yang pengecut takut hilang ‘followers’ atau ‘jobs’ sebab sokong Palestin?

“Itu bukan idola, elok mampus saja jadi ulat sampah,” luahnya menerusi beberapa siri hantaran dalam InstaStory.

Dalam hantaran lain, pelakon The Original Gangster itu sedar dirinya bukan Muslim yang baik namun dia akan sentiasa menyokong Palestin.

“Aku bukan Muslim yang baik, bukan yang alim dan celik agama. Tapi aku tetap akan bersama Palestin,” katanya.


Duda anak satu itu turut menyelar bangsa Yahudi yang disifatkan penakut tetapi terus hidup kerana bersifat bijak ambil peluang.

“Bangsa paling penakut adalah bangsa Yahudi. Sanggup tak nak sebarkan agama mereka sebab takut kena bunuh.

“Mereka hanya berjaya dan kaya sebab menggunakan kelebihan akal yang Allah bagi lebih kepada kaum ini,” ulas aktor berusia 38 tahun itu.

Serangan tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza yang mengakibatkan lebih 2,000 rakyat Palestin terkorban dalam tempoh tidak sampai dua minggu dikutuk masyarakat dunia.

Kemarahan ramai lebih berganda dengan tindakan Israel kelmarin yang melakukan pengeboman Hospital Ahli Arab yang mengorbankan sekurang-kuranya 500 orang. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 19-10-2023 08:55 PM
Bagus Sharnaz. Mcmana otak manusia boleh berubah jadi liberal. Konon neutral la. Tak kan nak jadi mcm kristian sabah walau dah ada video yahudi ludah org seagama kristian pun tetap sokong israel.
Quote LadyCarefree 19-10-2023 09:44 PM
Wow. Makin menjadi2lah judging menjudging antara meleis. xcukup judging psl totop ghambot tambah pulak psl falestin.
Quote ezacbee 19-10-2023 10:02 PM
Hantarkan dia ke sana..

Quote maikeer 19-10-2023 11:51 PM
你好,
Quote Piramida 20-10-2023 05:43 AM
Geli ketiak kita... Kelihatan berani.
Tp nampak agak ketakutan bila berdpn ssjkp.
Quote arffa 20-10-2023 08:20 AM
Sebenarnya manusia ni bila dia buat satu kebaikan dia rasa riak.  Kalau orang lain tak follow kebaikan macam dia buat you are not good enough. Sebab tu netizen terpaling dan semua orang lain buat salah. Tengok la orang yang kurus akan mengata orang gemuk, orang pakai tudung mengata orang free hair, sebab hati tu dah timbul perasaan riak.
Quote arffa 20-10-2023 08:22 AM
LadyCarefree replied at 19-10-2023 09:44 PM
Wow. Makin menjadi2lah judging menjudging antara meleis. xcukup judging psl totop ghambot tambah pul ...

Iyo kekadang tak share tapi menderma. Of course la ada yang jaga periuk nasi sebab nanti kalau susah bukan depa nak tolong, kecam lagi ada. Bila hati dah riak buat sedikit kebaikan akan pandang orang lain dalam kehinaan.
Quote LadyCarefree 20-10-2023 12:48 PM
arffa replied at 20-10-2023 07:22 AM
Iyo kekadang tak share tapi menderma. Of course la ada yang jaga periuk nasi sebab nanti kalau sus ...

You can post mengajak orang derma atau post pasal Palestin tp xyah nak ckp siapa xbuat tu maknanya munafik lah berdosa lah tak Islamic lah apa lah. Orang xpost tu sukati dia lah xkira apa alasan dia.
Quote Perawankota 20-10-2023 01:12 PM
Kadang tak post bukan bermakna tak membantu or menyokong.. ramai jer lagi org buat kebaikan diam2..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.191081 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top