Penyanyi Liza Hanim meletakkan kesalahan kepada diri sendiri apabila sekadar menduduki tempat kedua dalam Konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu keempat selepas markahnya dipotong lima mata.
Pemilik nama sebenar, Haliza Abdul Halim itu berkata, kesilapan datang daripada pihaknya yang tidak peka dengan syarat pertandingan. “Saya tidak menyalahkan sesiapa, kami sudah lakukan yang terbaik, mungkin saya terlepas pandang tentang peraturan markah akan dipotong sekiranya menyanyi lagu asal bersama rakan duet. “Perbezaan markah saya dengan Noryn Aziz terlalu sikit, saya anggap ini bukan rezeki saya, namun tuah buat Noryn dan Liza Aziz,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. Enggan terlalu memikirkan perkara tersebut, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu menerima keputusan konsert GV10 minggu keempat lalu dengan hati terbuka. “Tiada istilah menyalahkan sesiapa, kerana keputusan malam tersebut memang seadil-adilnya, kak Ziana Zain pun sangat membantu persembahan saya.
“Apapun, itu sememangnya peraturan, saya perlu akur, saya sudah lakukan yang terbaik, memang silap saya sendiri tidak meneliti setiap garis panduan pertandingan. “Saya yakin semua peserta sudah buat yang terbaik dan diadili sebaiknya, tiada perlu timbul pertikaian mahupun salahkan sesiapa, rezeki itu milik Allah,” ujarnya.
|
sukanyanyi replied at 19-10-2023 11:38 AM
so kena buat mcmne patutnya kalo nk bg cover balik 5 markah tu? gimik? lakonan? sbb nyanyian dah abi ...
freyayong replied at 19-10-2023 11:40 AM
jangan nyanyi lagu sendiri je lah I guess? sebab penolakan pun sbb lagu. bukan sebab nyanyian. tu ...
luc replied at 19-10-2023 11:44 AM
Bakal juara ASGV ni.
sukanyanyi replied at 19-10-2023 11:38 AM
so kena buat mcmne patutnya kalo nk bg cover balik 5 markah tu? gimik? lakonan? sbb nyanyian dah abi ...
Bonger replied at 19-10-2023 12:09 PM
Tak rasa pon LH ni akan jadi juara allstar top 3 mungkin sbb bukan fav astro.
Chah21 replied at 19-10-2023 12:36 PM
Kena kurangkn jerit kot
bintangct replied at 19-10-2023 12:53 PM
kalau dgr dia jerit vs noryn jerit iols lebih prefer noryn kot.. liza punya jerit mcm bingit skit
ADVERTISEMENT